11 May 2015

Keluhan hati...

Keluhan hati ....Aku ingin menulis. Meluahkan segalanya dalam bait-bait kata tapi aku tidak tahu dari mana harus kumulakan. Segalanya berjalan seperti yang telah tersurat dalam laluan takdir di bawah ketentuan-Nya. Dan segala yang tersirat adalah kehebatan-Nya yang tidak terjangkau oleh minda kecilku.
Apapun aku akur untuk terus berjalan pada laluan yang telah sedia terbentang di hadapanku. Tampak mudah dan lurus walau sentiasa berselang onak dan duri yang tidak terlihat oleh pandang mata. Sekali lagi aku akur.. tidak ada yang mudah walau untuk mengerdipkan sepasang mata. Segalanya dengan izin-Nya.. Subhanallah...
Aku merangkak,bertatih sendirian, berjalan dan cuba berjalan lagi.. Kemudian jatuh dan cuba bangun semula. Kuatur langkah satu demi satu dalam keperitan. Segalanya kulakukan dan laluinya sendiri.Seketika aku terkedu setabah itukah aku?Sungguh hebat dugaan yang pernah aku lalui tanpa sedar..
Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan.
Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari setiap ujian dan dugaan.Segalanya ketentuan Allah dan Allah itu Maha Peyayang..DIA ada setiap masa tanpa pernah meninggalkanku......
Terima kasih, Ya Allah.


Alia Erissha tahun ni bakal menduduki peperiksaan SPM..Tercalon di antara 14 pelajar cemerlang.Moga tercapai segala Impian,cita cita dn berjaya dunia akhirat.amin.Moga mama berpeluang melihat anak anak mengejar cita cita dan berjaya nanti.amin.Kesihatan mama bergantung pada kekuatan semangat anak anak..Segalanya keaiaiban Allah..

Bertahan dan bertahanla,kadang kadang kesihatan tidak menentu sangat tapi cuba kuatkan diri anak anak masih perlukan mama.Bisikan semangat untuk terus kuatkan diri.


9 comments:

  1. Salam kak
    saya selalu singgah baca tapi tak tahu nak komen apa
    semoga setiap ujian yang akak lalui Allah limpahkan dan balas dengan sebesar - besar rahmat dalam kehidupan akak
    pernah melalui saat - saat sukar itu.
    tapi takdelah hidup mewah mana pun, yang pasti setiap yang Allah duga dalam kehidupan sebelum ni buat KPI untuk setiap ujian yang mendatang kemudiannya

    semoga diberi kesembuhan oleh Allah pada akak.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin,insyaallah..terima kasih byk2 dik krn perihatin dn mendoakan akak.

      Delete
  2. alhamdulillah buat alya.. smoga beliau trs berjaya n dpt membela nasib mama n adik2 y lain.. smoga yani terus tabah n cekal dgn ujian khidupan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin,insyaallah.terima kasih byk2 lya..moga lya pun sama ..moga diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa brd dlm rahmat dn lindungan Allah Taala.amin..

      Delete
  3. Untuk penyakit ini, cuba Cik Alia cari daun rerama hijau. Rebus dan minum. Boleh minum kosong atau bersama air kegemaran kita. Buat mcm Butterfly tea.

    Cik Alia boleh cari kat mudah. Taip saja "rerama". Harganya boleh tahan juga ya.

    Boleh juga study pasal khasiat daun ni. Anak kawan saya kena SLE teruk.. ulang alik hospital. Alhamdulillah.. slps 1 bulan minum, dah mampu berjogging dan bersenan. Badan makin kurus semula sbb kesan ubat SLE, dia jadi gemuk sungguh.

    ReplyDelete
  4. Really decent post. I have been checking out a few of your blogs and I love your this good stuff. Keep posting. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete


  5. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete