30 January 2015

Yakinlah padaNya

Aiman pakai tie merah,ketua kelas..



Jarang dapat bergambar bertiga ni...Yang kakak ni sangat pemalu..


Sekejap masa berlalu,Alia Erisha tingkatan lima SPM tahun ni,Ikhtisyam UPSR,Aiman darjah dua.Semoga anak anak berjaya dunia akhirat.Menjadi anak yang soleh dan solehah.Anak anak gigih mengulang kaji,Alia Erisha bercengkam mata hampir setiap malam mengulang kaji pelajaran..Kesihatan saya tidak menentu,kebelakangan ni agak merosot tak boleh duduk lama depan komputer,sakit kepala.Kebelakangan ni mata makin kabur dan sakit di bahagian dalam mata sehingga ke kepala, tapi nikmat yang Allah berikan terlalu banyak untuk saya syukuri.Dan banyak pertolongan Allah pada saya.Dari saya lumpuh sehinggalah saya mampu berjalan semula.Keaijaiban dari Allah.

Yakinlah...

dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:244)


Allah mendengar tanpa memerlukan cuping telinga atau gegendang telinga, tanpa memerlukan getaran atau angin untuk membawa bunyi. Allah mendengar setiap sesuatu walaupun ia tidak bersuara, Allah mendengar degupan jantung. Allah mendengarsetiap yang dekat ataupun jauh. Pendengaran Allah adalah pendengaran yang asli, lalu diberikan sedikit pendengaran kepada kita untuk kegunaan di dunia ini. Kita pula hanya boleh mendengar apa yang dekat atau cukup kuat dan apa yang mengeluarkan bunyi sahaja.
Allah menjadikan manusia mendengar menggunakan telinga, tapi dia sendiri tidak perlukan telinga. Bunyi dan suara yang perlahan atau kuat sama saja disisi Allah. Suara tak keluar pun Allah boleh dengar. Allah tahu apa di dalam hati kita. Setiap degup nafas jantung dan lintasan hati diketahui Allah. 
Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

 Al-A’raf [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

p/s: Pada hamba hamba Allah yang perihatin,terima kasih banyak banyak,hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan dan hanya doa yang dapat saya kirimkan.Semoga mendapat rahmat,ganjaran,keberkatan dan keredhaan dariNya.amin..Moga sentiasa dipayungi di bawah perlindungan Allah Taala.amin.

6 comments:

  1. take care alia

    dah besar kakak....dulu comei2 kecik....alhamdulllah mereka sihat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih kerana perihatin...take care.

      Delete
  2. Salam... Syukur dikurniakan anak2 sihat dan comel. Semoga beroleh kejayaan dalam pelajaran in shaa Allah.


    Maaf kak zai tanya Alia sakit apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.amin,insyaallah.alhamdulillah..

      sebelum ni saya pernah kena lumpuh,penyakit saraf,anemia yg tak tahu punca,dan beberapa penyakit kronik..alhamdulillah,saya boleh berjalan kembali,sembuh dengan keaijaiban Allah...

      saya banyak berubat dengan cara rawatan islam..perit keluar masuk hospital,pelbagai ujian darah dn mcm2 test pada sy tp blm dpt diagnose...

      Delete
  3. Alhamdulillah..Alia sudah pulih ya..akak doakan Alia sihat sejahtera sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin,insyaallah.alhamdulillah,saya sembuh dari lumpuh cuma kesihatan yg lain tidak menentu..tapi sy bersyukur sangat keaijaiban Allah..

      Delete