Assalamualaikum.Dah lama tak post apa apa kat blog ni..banyak yang nak di kongsi dan di luahkan di sini.Tahun baru 2015,Alia Erissha tingkatan lima bakal menduduki SPM,Ikhtisyam pula UPSR tahun ni.Aiman darjah dua.Semoga anak anak berjaya dunia akhirat,amin.Persiapan persekolahan anak anak alhamdulillah,guna yang tahun lepas,cuma tambah sehelai dua baju sekolah.Beg sekolah yang tahun lepas masih boleh di gunakan.Alhamdulillah.Anak anak masih bertuah,walaupun begitu amat bersyukur selamat dari musibah banjir.Masih dapat lagi ke sekolah,masih ada lagi tempat tinggal.Ada ramai lagi kanak kanak yang tidak bernasib baik yang terlibat dengan banjir,pelbagai ujian pada mereka yang amat meruntun hati.Apalah daya,hanya dapat mendoakan dari jauh,tak dapat untuk membantu.Kalaulah saya mampu walau dari segi kudrat,terasa sangat ingin turut sama membantu mereka yang sedang diuji dengan musibah banjir..
Banyak dugaan dan cabaran sebelum ni yang amat hebat..Di saat banjir semakin teruk di Kelantan,anak anak di uji dengan kesihatan.Keluar masuk HUSM.Bermula dengan Aiman,lepas tu Ikhtisyam,tapi sekarang alhamdulillah.Syukur sangat tempat tinggal kami selamat dari di naiki air.Allah masih selamatkan saya dan anak anak dari musibah banjir.Kalau tak,tak tahulah apa jadi.Cuma tetap terkesan dengan banjir,jalan jalan penghubung untuk ke hospital,kami terpaksa jua meredah banjir.Ketika dalam perjalanan ke HUSM air semakin naik di beberapa tempat..Dengan kesihatan anak yang semakin lembik akibat cirit birit dan muntah muntah berterusan tika itu,tetap teruskan perjalanan.Untuk berpatah balik bahaya pula nanti..
Wad HUSM penuh dengan pesakit pesakit dari Hospital Kota Bharu,Hospital Kuala Krai yang teruk di naiki air,dan mangsa mangsa banjir.Kedengaran heli ulang alik di udara mengambil mangsa mangsa banjir dari pusat pemindahan.Tika itu dah tak terasa seperti berada di hospital tapi seperti berada di Kem askar..Sebak melihat,anak anak kecil,orang orang tua yang keuzuran di bawa menaiki heli untuk mendapatkan rawatan di HUSM.Ada anak anak kecil yang kena sawan di pusat pemindahan akibat demam yang agak tinggi.Kasihan mereka semua..Kebanyakkan rumah rumah mereka semua habis tenggelam dengan banjir.Ada yang kehilangan rumah,rumah rosak sehingga tidak dapat di diami.Saudara mara saya juga ramai yang diuji dengan musibah banjir ini.
Rumah bapa saudara di guchil kuala krai, ditenggelami air.Rumah ibu saudara di kampung pahi juga habis ditenggelami air dan banyak barang barang yang tak dapat diselamatkan.Kini terpaksa menyewa di rumah lain.Arwah ayah asal dari Kuala Krai dan disemadikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid Kuala Krai.Masjid Kuala Krai juga habis ditenggelami air hanya tinggal bumbung tika itu.Mengenangkan mereka semua makin sayu hati..Dan ada rumah yang di bawa arus banjir sampai berkilo meter daripada tapak asal.Banjir 2014 seumpama tsunami sungai,cuma yang berbeza di Acheh 2004 tsunami yang datang dari laut.Apa apa pun ujian ini semua ujian dari Allah dan bukan bala yang sering digembar gemburkan kerana orang orang yang dicintai Allah sahaja akan ditimpa ujian sama ada kecil atau besar.Sesungguhnya ujian para Nabi,para Rasul,alim alim ulamak,mujahid mujahid di jalan Allah lebih berat lagi ujianNya di sisi Allah Taala.Ini semua sebagai kifarah pengahapus dosa untuk hamba hambaNya dan untuk membezakan di antara golongan orang yang sabar,serta redha dan orang yang tidak bersyukur diatas nikmatnya..
Rumah mak di Kubang kerian juga hampir dinaiki air tapi alhamdulillah hanya paras buku lali.Kesihatan mak juga semakin merosot kebelakangan ini,hanya banyak terbaring di atas katil.Apalah daya hamya mampu mendoakan ma moga Allah berikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat dan sentiasa dlm lindungan Allah Taala.amin.Doakan mak saya...Kesihatan sendiri juga makin tidak menentu.Tapi digagahkan diri demi anak anak..Hati berbisik,jika suatu masa nanti jika saya rebah dan tidak mampu bangkit lagi..sesungguhnya saya bertahan selama ini dengan kekuatan semangat dari anak anak tersayang dan dari kasih sayang Allah pada hambaNya...Sungguh Allah itu Maha Mendengar,Allah maha Megetahui segala perit derita hambaNya..
salams alia
ReplyDeletekak mieja doakan semoga lia dan anak2 sentiasa dalam lindungannya. amin
sekejap betul masa berlalu errisya dah form 5 abg dah nak upsr,....
wsalam.amin,insyaallah. ya kak..sekejap masa berlalu..
DeleteAssalamualaikum Kak..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukurrr aku dapat membaca post mu kali ini.. risau yang amat. Semalam aku layari blog mu.. :) .. tapi tak sempat tinggalkan apa2 komen.
Semoga hari yang dilalui datang dengan sabar mu, tenang mu, kegembiraan mu bersama anak2..
Kau tabah kak.. seperti selalu. Aku perlu itu.
wsalam..amin,insyaallah..terima kasih dik....
Delete