04 September 2014

Mata yang memandang tidak akan merasai apa yang di tanggung

Sejak kebelakangan ini kesihatan semakin menguji,banyak terbaring..Masalah anemia..Terhuyung hayang menahan segalanya.Tidak mengeluh kerana berbanding beberapa tahun lepas,saya hanya terlantar.Tidak menyangka dengan kesihatan yang amat teruk dulu,saya masih mampu bertahan sehingga kini.Semuanya kuasa Allah.Allah berkuasa ke atas segalanya,makluk tak kuasa.

Hanya mampu berdoa dan meminta untuk meneruskan kehidupan..Ujian terus berjalan tiada hentinya,habis satu,ujian lain pula yang datang.Kita hanya merancang perjalanan kehidupan tapi Allah Perencana dan Penentu segalanya.

Mata yang memandang tidak akan merasai apa yang di tanggung kan...Anak anak juga tak akan merasai apa yang mama tanggung.Walau segetir mana,tetap kena harungi..

Tolong doakan saya,moga ada sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu meminta minta,merayu rayu..Letih merayu,perit menumpang.Cemuhan itu sudah jadi biasa bila tiada apa apa kan..tapi ingatlah hina di pandangan manusia,moga elok di pandangan Allah..

Bertubi tubi segalanya,cuba untuk tidak tersungkur lagi...



4 comments:

  1. Salam Puan. Mudah2an sihat hendakNya dan sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah. Sy juga seperti puan. Hosp bagaikan rumah ke2. apa kata cuba berbekam. Mana tahu...sebagai ikhtiar. Allah janji semua penyakit ada ubat, kecuali mati. dan janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan segala urusan..amiin

    ReplyDelete
  3. Salam saya juga mengalami nasib yg sama sejak melahirkn putera tunggal saya yg kini berusia hmpir 4thn. sy didiagnos SLE yg membawa kpd kerosakan buah pinggang dan mata kiri saya. Sy sydah 2thn dialisis dan mata kiri sy buta sejak itu dan kini sy OKU penglihatan. Pelbagai mslh kesihata yg sy hadapi terbaru masalah saraf. Sy bersyukur masih dpt hidup dan melihat anak sy membesar tp sudah pastinya sy tak dpt pastikan smp bila sy akan hdup begini krn bila2 ms sj sy boleh pergi.Setelah 2 thn sy keluar masuk wad dan kami (saya dan husband) pernah dipndang rendah oleh msykt namun itu xpatahkan semangat kami. Suami trpksa bertukar2 kerja utk mnjaga sy di wad pd waktu mlm dn mnjaga anak pd siang hari. Kami xpunya sesiapa pn dlm keluarga yg boleh membantu kami. Gaji suami sy pula hny cukup2 mkn shj. Dia trpksa guna wang itu utk biayai rawatan sy di wad yg mencecah ratusan ringgit.Alhamdulillah berkat kesabaran kami berdua berasa lega kerana sy berasa lebih pulih sejak 2 bulan lalu. Sy akan sentiasa doakan pd org seperti puan krn sy amat memahami situasi puan. Semoga Allah meredhai kita yg sakit ini.

    ReplyDelete


  4. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete