16 May 2014

Hamba yang dhaif

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,tabahkanlah hati ini dan semngatku ya Allah..Limpahkan daku dengan kesabaran yang tiada terbatas..Aku hanya insan biasa ya Allah..Bertubi tubi ujian yang tidak lagi aku mampu hadapi walau aku yakin Engkau tidak akan sesekali membiarkan hambamu sendirian..ya Allah,hinanya aku di pandangan segelintir manusia,moga aku tidak hina di pandanganmu Wahai Allah..

Ya Allah,satu persatu ujianMu yang amat hebat kepadaku,habis satu,ujian lain pula yang datang..maafkan aku Ya Allah.aku tidak mahu kalah dengan percaturan hidup ini..Tabahkan diriku walau seberat ujian yang datang menimpaku,aku tahu Engkau masih sayangkanku wahai Allah...

Dulu tika di uji terlantar tak mampu untuk melangkah,anak anaklah menjadi tongkat..Apa sahaja yang nak di lakukan perlu bantuan.Anak anaklah yang membantu dengan penuh kesungguhan.Tika itu hati seorang ibu amat amat tersentuh,apa sangatlah daya anak anak yang masih kecil.Merayu rayu tika tu memohon bantuan kudrat..Kini bila Allah beri peluang untuk melangkah semula,lain pula ujianNya...bertubi tubi,amat hebat.Hanya Allah yang tahu segala rahsiaNya.Benarlah,life is test,the one who kneels to Allah Taala can stand up to anything..Bertahanlah walau di uji sehebat mana,Allah ingin menguji sejauh mana keteguhan iman hambanya padaNya.

Sungguh,jangan mengharapkan selain bantuan Allah.Biarlah kudrat dari Allah...Wahai Allah,sesungguhnya hanya Engkau yang  Maha Mengetahui segala galaNya.Setiap kali jiwa ini semakin lemah,tapi bila memandang kan anak anak,terpaksa juga kuat..Simpati pada mereka.Mereka amat amat mengharapkan kewujudan ibu...Walau sekuat dan segentar mana,terpelanting tercampak sekali pun,mama perlu bertahan...kerana anak anak.

Andai semua ini telah ditakdirkan untukku hadapi semasa hayatku atas dunia ini..Ya Allah berilah aku sedikit masa dan peluang untuk membesarkan anak anak dan membahagiakan mereka..

Ampuni hambamu yang dhaif ini..

Ya Allah,Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku,
Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapanku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya ada aku terlalai tanggungjawabku,
Kau hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhiratMu,
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu.
Ya Allah,kuatkanlah hati dan semangatku,
Tabahkan hati dan semangatku dalam menhadapi cabaranMu,
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu,
Hanya padaMu ku pohon segala harapan..kerana aku pasrah dengan segala dugaanmu..
Ya Allah ya Tuhanku,
kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Amin.

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebaga...
imana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, amin.


Kasihanilah anak anak ya Allah...







   Jangan sesekali tinggal solat ya anak anak mama walau di mana kita berada...




4 comments:

  1. ingatan dan doa dr jauh utk yanie

    ReplyDelete
  2. Insyallah..anak2 faham penderitaan ibunya

    ReplyDelete
  3. ingatan dan doa untuk akak dr jauh...semoga Allah meringankan dan memberi kesembuhan kepada akak....

    ReplyDelete
  4. Yanie ajar anak2 macam mana nak update blog. apa2 berlaku boleh ikhtiar buat apa2 perlu memandangkan anak2 masih kecil. Tabah dan terus bersabar.

    ReplyDelete