Aiman bersusah payah basuh kasut sendiri..dia anak yang sangat baik setakat ni.Doa mama moga aiman menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.amin.Kasihan sebagai seorang ibu bila melihat sikap anak anak yang amat memahami dan sanggup membantu ibu dalam apa sahaja.Dari saya lumpuh sehingga saya mampu kembali berjalan,anak anak masih tongkat saya dan ibarat penyuluh jalan saya.Kekuatan untuk diri saya.Cuma maafkan mama anak anak jika hidup ini tidak seindah yang diimpikan..
Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba tiba.Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti selama lamanya...
Insyallah..Aiman anak yg baik
ReplyDeleteanak2 masa kecik saya ajar cuci kasut. Then gosok baju. Mula2 tak licin. Slowly bertambah baik. Saya bagitau anak2 - nanti kalau mak mati senang. Nenek dah tua. Maklong anak2 ramai.
ReplyDeleteAjar2 anak2 apa yg perlu. Buat persiapan. Tak salah.
Apa2 pun saya doakan yang terbaik buat Alia dan anak2.