Pandangan Allah lebih utama dari pandangan manusia.Hidup kita tak akan dapat lari daripada ujian dan dugaan Allah..kadang2 kita kuat dan kadang2 kita tewas kerana lemahnya iman di hati,,,begitulah lumrahnya hidup...kita selalu takut kalau manusia sekeliling membenci kita,tapi tidakkah kita takut kebenciaan Allah lagi besar? Kita juga sering bimbang dan sedih kalau manusia sekeliling meletakkan kita di tempat atau situasi yang kadang2 menyedihkan hati kita ,tapi tidakkah kita sedih dan bimbang kalau Allah lebih lagi memandang hina kepada kita?Cuba kuatkan hati,apabila kita melebihkan pandangan manusia sekeliling,kita akan rasa kecewa, sedih, jauh hati, sakit hati dan macam-macam perasaaan..yang kadang2 akhirnya membawa permusuhan hati sesama manusia...mengapa kita tidak meletakkan pandangan Allah lebih utama?Sepatutnya kita berasa lebih-lebih lagi bersalah dengan Allah SWT...dan kita sepatutnya berasa takut,bimbang,sedih dan kecewa andainya Allah memandang kita dengan pandangan yang hina...
Ya Allah bantulah hambaMu dan pimpinlah aku Ya Allah dalam mencari keredhaanMu..Sedih hati kerana terlalu memikirkan segelintir pandangan manusia yang tidak berkesudahan...biasalah dugaan hidup ... Allah datangkan ujian dan dugaan supaya kita dekat denganNya,nak kita kembali kepadaNya...kalau tidak kita sentiasa lupa dan alpa...
Begitu juga takdir Allah ke atas manusia.Ia berjalan di atas paksinya.Adakala disayangi,dibenci,dipuji dan dihina,bahagia dan derita,hidup dan mati.Yang pasti disebalik segala kejadiaan adalah penawar bagi hati,sebagaimana siang dan malam penawar bagi bumi.Jangan memusuhi takdir kerana ia datang dari ar Rahman,Allah tidak datangkan sesuatu yang menzalimi hambaNya.
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditentukan)." (Al-Qamar:49)
Berburuk sangka menunjukkan hati kering dari mengenalNya.Musuhilah diri sendiri kerana tiada memahami bahasa cinta Allah dalam setiap takdirNya.Bangunlah dari lumpur dosa dan amarah,nescaya kamu akan mengenalNya...
Buat sahabat, saling mendoakanlah antara kita agar menjadi insan yang lebih bertaqwa..Amin..
Hi Sis...mcm mana keadaan kesihatan sekarang? Didoakan agar bertambah baik. Akaun tu masih aktif ye?
ReplyDelete