24 February 2014

Sesungguhnya aku hanya ada Engkau Ya Allah

Ya Allah,kuatkanlah diri ini untuk terus melangkah..Merenung sayu wajah permata hati..Ketahuilah bahawa anakanda mama tercinta,kekuatan diri mama amat lemah.Tapi mama masih cuba berjuang untuk anakanda...Bergantung hanya PadaNya...Allah sentiasa ada bersama..





Padamu ku bersujud…Padamu ku luahkan segalanya,hanya padamu…Hanya Engkau Yang Maha Mendengar segala kesuh kesah hambamu..


Hanya Engkau yang tahu perjalanan kehidupan hamba hambaMu..
Ingatan pada arwah abah tak pernah luput,arwah abah terlalu sayangkan satu satunya anak perempuan abah ini.Kasih sayang abah yang tiada galang gantinya lagi di alam fana ni.Tiada abah,tiada lagi tempat mengadu,tiada lagi perhatian,tiada lagi bimbingan…Tiada lagi yang akan membela dan mempertahankan anak perempuan abah…
Bila teringatkan arwah abah,hati sayu dan teramat sebak..abah tiada lagi,abah tak akan pernah ada lagi tapi arwah abah tetap  segar di ingatan.Hanya titipan doa yang dapat di kirimkan buat arwah abah,moga tenang di sana dan hanya doa yang jadi perhubungan kita..Anakanda pasti kan menyusul pula,entah bila jemputannya…Harapan di jemput biarlah sempurna…
 
Harapan bertemu abah di sana nanti.
Arwah abah di lahirkan pada 02/02/1946,abah kembali pada 03/03/2006…
 

Tanggal 02/02/2014,dapat juga ziarah pusara arwah abah..Permintaan arwah abah pada anak anak agar selalu menziarahi pusara abah 

Hanya Allah yang Mengetahui rahsia di sebalik semua ini..

Ya Allah,tolong hamba..hentikanlah derita ini..tiada daya dan upaya lagi.Aku hambamu yang lemah tanpa bimbinganMu..


Ya Allah,berikan aku kekuatan sepenuhnya...
 

Ya Allah…
Berikan aku kekuatan di saat aku rebah
Berikan aku Ketenangan di saat aku lemah..
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu…
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku kekuatan...


Ya Allah... Sesungguhnya aku hanya ada Engkau Ya Allah,. Hanya Engkau Ya Allah,Temani aku saat ku keseorangan, ... ya Allah, kuatkan aku dalam ujian ini,.Temaniku saatku keseorangan,hiburkan aku saat ku kesedihan,tenangkan aku saat ku keresahan,aku hambamu yang lemah tanpa pertolonganMu,sesungguhnya hanya yang tahu erti air mataku ini ya Allah...Tolonglah ya Allah kuatkan hambamu ini 


Bahagia itu pilihan,Derita kita tak sama, kerana Allah tahu kemampuan hamba-Nya~Jika ada seribu manusia yang bercerita, tentu ada seribu cerita derita yang tak sama. Tetapi Allah itu Maha Penyayang, walaupun diberinya derita, Dia tetap ilhamkan bahagia apabila insan mendekat kepada-Nya.


Wahai hati yang sedang bersedih,ada hikmah semua yang terjadi,buanglah sedih,buanglah duka,yakinlah pada rabb yang sentiasa mengasihi,Ya Allah Ya Rabb Ya Tuhanku kasihi aku dan anak anak,hati ini berterusan memohon kasihMu,Setiap hela dan nafasku hanya milikmu,kasihilah aku dan anak anak peliharalah anak anakku selamanya,rahmatilah dan berkatilah aku dan anak anak Ya Allah,Redhailah aku selamanya.amin.





6 comments:

  1. Al fatihah untuk arwah abahmu, Kak. Semoga tempatnya di kalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin,insyaallah..terima kasih banyak banyak kerana mendoakan.

      Delete
  2. SAYA MASIH ADA MAK DAN AYAH
    SY TAK TAHU MCM MANA NANTI BILA MAK AYAH DAH TAKDE ;(
    MMBAYANGKAN PUN DAH CUKUP BUAT SAYA SEDIH
    SABAR LAH YANI

    ReplyDelete
  3. Salam...baru jumpa blog puan..dapat merasakan derita puan. Luahkanlah sepuas-puasnya kepada Yang Maha Berkuasa..yakin dgn kekuasaanNya..

    ReplyDelete
  4. Salam alia......
    how r u?
    Anwar

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum pn alia. Sy ada sedikit pertanyaan mengenai gbs. Boleh kah sy menghubungi puan. Sy adalah seorg ibu & skrg menetap di selangor.

    ReplyDelete