KISAH SEDEKAH – DUA KEPING ROTI
Renungan buat semua....
Ini
merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As Silah
oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan oleh Al
Imam daripada `Ikrimah rahimahullah:
Seorang
raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: “Sesiapa yang
bersedekah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua tangannya!”
Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu berkata: “Bersedekahlah kepadaku.”
Wanita itu menjawab: ” Bagaimana aku akan bersedekah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang bersedekah.”
Dia lalu berkata: “Aku memohon kepada engkau demi Wajah Allah agar bersedekah kepadaku.”
Wanita
itu pun bersedekah dengan dua keeping roti dan akhirnya raja mengetahui
akan kejadian tersebut. Raja pun menghantar orang kepada wanita itu
lalu memotong kedua tangannya.
Tidak berapa lama kemudian raja
menyatakan hasrat kepada ibunya agar menunjukkan kepadanya seorang
wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya pun menyebut tentang seorang
wanita yang kecantikannya tiada taranya namun dia memilki suatu
kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya telah terpotong.
Raja
pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan apabila dia melihatnya dia
menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita itu bersetuju dengan lamaran
tersebut lalu mereka pun berkahwin. Raja pun tidur dan melakukan
hubungan dengan wanita tersebut.
Apabila tiba keadaan perang dan
raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang yang dengki telah
mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang lalu melahirkan
seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan agar wanita
tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya di padang
pasir.
Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas.
Wanita itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: “Apa menyebabkan kamu menangis?”
Dia berkata: “Anak saya telah jatuh ke dalam air lalu lemas.”
“Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?” ujar kedua lelaki tersebut.
“Ya. Demi Allah,” jawab wanita tersebut.
Maka
mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar daripada air
tersebut lalu mereka berkata: “Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan
kamu?” “Ya,” jawab wanita itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan
tangannya pun kembali seperti sediakala lalu berkata, “Adakah kamu tahu
siapa kami?” “Tidak,” jawab wanita tersebut. Mereka berkata: “Kami
adalah dua roti yang kamu sedekahkan dulu.
Daripada Abi Hurairah
radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda: Tujuh
golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari
yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:
1. Pemimpin yang adil.
2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah).
3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya).
4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah.
5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah.
6.
seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan
kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya.
7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.
(Dikeluarkan oleh Al Bukhari dalam Az Zakaah 1423 dan Muslim dalam Az Zakaah
Pada
insan insan yang berhati mulia,yang pernah membantu saya,saya doakan
semoga diberikan kesihatan yg baik,dianugerahkan usia yang
berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan
dunia akhirat,dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah
Taala.amin.Semoga mendapat dan ganjaran dariNya.Sesungguhnya setiap
kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan hanya Allah sahaja yang dapat
membalasNya.amin.
alhamdulillah, semoga pembaca mendapat ikhtibar
ReplyDeletePekabar kau kak? Semoga sihat dan di bawah lindunganNya selalu ...bersama rahmatNya seperti yang kau doakan tadi.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. Semoga akak dan anak-anak sentiasa dirahmati Allah, insyaAllah. Nak tanya, nombor akaun Maybank yang ada dalam blog akak ni, kedua-duanya boleh digunakan ke? Saya berhasrat untuk memberi sedikit sumbangan untuk akak sekeluarga. Terima kasih.
ReplyDelete