17 October 2013

Salam Aidiladha


Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.Selamat Hari Raya Aidiladha..

Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.

Kesihatan semakin hari semakin menguji..Masih bertahan..Amat mengharap jika ada sesiapa yang sudi membantu untuk meneruskan rawatan dan kehidupan bersama anak anak..Pada sesiapa yang pernah membantu saya,saya doakan semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah.amin.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan.amin.



07 October 2013

Selagi ada daya...

Ada yang comment blog saya ni penuh dengan cerita sedih saja kenapa tidak diceritakan hal hal yang positif.Blog ni satu satunya tempat saya meluah dan berkongsi semangat untuk meneruskan kehidupan.Hari hari yang dilalui ditempuhi dengan pelbagai ujian..Hanya Allah yang Mengetahui segalanya...

Walaupun saya dah mampu berjalan kembali tapi kesihatan lain tidak menentu.Saya cuba gagahkan diri demi anak anak yang amat memerlukan saya.Hiba,sayu memikirkan anak anak tapi selagi ada daya saya cuba bertahan...

02 October 2013

Semoga berjaya

Buat Anakanda Alia Erissha dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan PMR hari ini semoga berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik..




01 October 2013

Pasrahlah dengan segalanya..

Langit tidak selalunya cerah,mendung bukan selamanya...  Allah adalah tunjang hidup kita...

Pada saat sekeliling dirasakan gelap tanpa sinar semangat,wajah yang sayu dibasahkan dengan air wuduk.Hati yang layu dipujuk menghadap yang Maha Penyayang.Allah tidak pernah meninggalkanku walau sesaat dan dalam sujud ku berserah..tawakal hanya pada Allah.


Renungan buat permata hati mama,sekuat mana dugaan menguji,jika kita letak Allah sebagai tempat bergantung,tentu Allah tidak akan menghampakan kita.Allah menguji kita kerana terlalu sayangkan kita.Dia mahu kita merintih menghadapNya.Syukurlah...Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.Dia takkan uji kita dengan dugaan yang tak tertanggung oleh kita..Merintihlah PadaNya...

Kita ada Allah..Allah itu Ar Rahman (Maha Pemurah) dan Ar Rahim (penuh kasih sayang dan cinta).Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang sering menyebut namaNya dan meminta padaNya kelelahan seorang diri.Allah ada bersama kita dan sangat dekat dengan kita lebih daripada urat leher kita sekalipun.Di sebalik ujian,ada hikmahNya yang amat besar mahu diberikan kepada kita...

Alia Erisha,Aiman dan ikhtisyam...Moga dilindungi dan dipelihara Allah,dibekalkan dengan limpahan iman,agar tabah menghadapi dugaan,agar tidak terhenti di pertengahan.amin..

Pasrahlah dengan segalanya...


p/s: Setakat ni,anak anak jaga solat...Aiman..bila masuk waktu solat atau dekat masuk waktu solat,terus ambil air sembahyang..Puasa hanya tinggal 3 hari bukan empat...Ikhtisyam puasa enam,aiman ikut sekali tapi hanya mampu 3 hari..Ingatlah anak anak mama,jaga solat..Kita jaga hubungan dengan Allah,Allah jaga kita...amin..insyaallah.