Salam ramadhan buat semua umat islam di dunia...semoga amalan di bulan puasa diterima dan diberkati.amin.
Terkedu,deraian air mata,betapa bersyukurnya yang tiada terhingga kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Alhamdulillah syukur sangat masih berpeluang bertemu ramadhan kali ini.Jika diingat kembali ramadhan tahun lepas saya hanya mampu terbaring dan terlantar.Tiada kudrat.Dengan kuasa Allah,kekuatan semangat dari anak anak saya dan sokongan dan bantuan dari semua sahabat sahabat dan insan insan yang berhati mulia saya mampu bertahan.Hari hari
yang di lalui amat menguji tika itu,dalam menghadapi ujian Allah yang agak hebat tapi
bersyukur di atas ujianNya.Untuk di luahkan tidak terluah tapi
percayalah kasih sayang Allah itu amat luas..
Kepada semua yang pernah membantu saya,saya doakan semoga
Allah menambahkan pahala,rahmat,ganjaran dan keberkatan.amin.Semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia
yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan
dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.Setiap kebaikan dan pertolongan yang di hulurkan hanya Allah yang dapat membalasNya.amin.
Semoga Ramadhan Kali Ini Akan Lebih
Bermakna Dari Ramadhan Yang Lepas. Sesungguhnya amat menghargai Ramadhan
Ini Seperti Tiada Lagi ramadhan.Semoga Iman & Takwa Dalam
Diri Ini Dapat Ditingkatkan.
Buat permata hati mama,hargailah setiap detik masa yang Allah masih berikan.Segalanya milik Allah.Dan peluang kita untuk lebih mendekatkan diri padaNya.
Kuasa Allah,Kehendak Allah,Pemberian Allah.
Insya-Allah.
Buat permata hati mama,hargailah setiap detik masa yang Allah masih berikan.Segalanya milik Allah.Dan peluang kita untuk lebih mendekatkan diri padaNya.
Kuasa Allah,Kehendak Allah,Pemberian Allah.
Insya-Allah.
singgah jenguk yani kat sini ;)
ReplyDeletesalam ramadhan
ReplyDeleteselamat menyambut bulan ramadhan k.yanie
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kak... tersenyum tiba2 bila aku menjenguk lagi di sini. Tenang membaca tulisan mu kali ini, Kak. Terima kasih kerana menyedarkan aku yang sering alpa. Terima kasih kerana sudi menulis buat tatapan kami. Kalau kau kuat... aku juga mampu sekuat mu. Terima kasih Kak. Kau ilhamku.
ReplyDeleteCEPATNYA MASA BERLALU. SIAPA SANGKA KESAKITAN DAN PENDERITAAN YANG DIALAMI SELAMA 5 TAHUN AKHIRNYA ALLAH SWT GANTIKAN DENGAN KESEMBUHAN DAN KESIHATAN. SYUKUR PADA ALLAH YANG MAHA MENDENGAR, MAHA BERKUASA, MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG. AMBIL IKTIBAR ATAS KISAH HIDUP ALIA HARYANI.
ReplyDelete