04 July 2013

Derita setiap insan tak sama

Derita setiap insan tidak sama.Derita  dan setiap ujian Allah beri mengikut kemampuan diri.Derita setiap insan mungkin jalannya berbeza.Derita adalah ujian.Juga jadi rahmat
Sebab Allah nak kita makin dekat dan makin rapat denganNya.

"Ada mereka, tiada liku, tiada derita, mengapa?"
Ujian itu adalah rahmat
Tapi ingat! Nikmat juga adalah ujian
Kepada hamba-hamba-Nya dalam kehidupan


Derita atau nikmat,Ia wasilah Allah beri untuk kita dekat kepada Allah.Terpulang pada kita saja Untuk memilih jalan yang mana.Jangan bersedih, Derita ini sementara, Syurga itu selamanya,
Insya Allah, nikmat bahagia dengan Allah, Moga dapat kita bawa sampai ke sana. 


Dalam menempuh ujian yang Maha Hebat memang tidak terluah oleh sebarang kata,melainkan memupuk kesabaran dalam diri.Tahun lepas beberapa bulan sebelum menyambut Ramadhan saya makin terlantar.Terbaring lesu dengan kaki yang makin lemah dan teramat sakit.Hanya mengharapkan kudrat anak anak.kecil.Keperitan hanya Allah yang tahu tika itu.

Tamat satu ujian,ujian lain pula yang datang.Sebagai hamba cuba menghadapinya..Renungan sayu dan harapan anak anak membuatkan mama masih bertahan.Pinjaman kehidupan yang Allah masih berikan untuk bersama anak anak dan memperbaiki diri denganNya.


Ya Allah,

Ya Allah, jadikan ketabahan itu milikku.Ya Allah, aku tahu setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,Setiap kedukaan pasti akan disusuli dengan kegembiraan suatu hari nanti, setiap ujian yang Kau berikan pasti mempunyai sebabnya. Mungkin ujian yang kau berikan aku pada saat ini akan menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan yang luar biasa untuk aku tempuhi ujianmu ini.amin.


 

2 comments:

  1. kehidupan kita penuh rahmah,dalam diam Allah menolong kita,dalam diam Allah melindungi kita...sempena ketibaan Ramadhan tahun ni,khai nk mintak ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa,jika ada melukai,jika ada kesalahan dan kesilapan,harap dapat dimaafkan...
    kerana manusia tidak dapat lari dari membuat dosa...sya doakan semoga k.yanie lebih kuat,lebih bersemangat dibulan yg mulia ni...aminn jazakallah

    ReplyDelete
  2. ramadhan mubarak yani...entri khas buat yani dan kawan2 di blog mumme...

    ReplyDelete