10 March 2013

Hidup bukan untuk derita...

Hidup bukan untuk derita. Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit,  ia datang juga, bersabarlah dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. 

Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”.

Duka dan derita itu lebih luas daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka dan derita, tetapi betapa banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit. Duka dan derita boleh hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena kepada yang miskin dan yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar raja. Kadang-kala ia datang dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu sebabnya. Kadang-kala kelihatan sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat besar.













Aiman dan ikhtisyam makin pandai berdikari.Mereka makin memahami perjalanan hidup yang sedang di lalui bersama mama..Dalam renungan mata anak anak,terselit seribu rasa dan penuh harapan.Di situlah mama mencari kekuatan dan masih bertahan dengan keajaiban dari Allah.

Meneruskan kehidupan,walau terpaksa menempuh pelbagai duka dan derita.Banyak hikmah di sebalik duka dan derita.

Apabila duka dan derita hadir, insan akan mula memanggil Tuhan siang dan malam. Insan mula insaf bahawa inilah kehidupan yang sementara, lantas harapannya bergantung kepada Allah semata. Dia pu mengharapkan apa yang hilang di sini, diperolehi di sini.


Tawakkal! Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya.

Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah.

Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya):
“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3).
Duka dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini.



7 comments:

  1. Assalamualaikum

    Moga tabah dan terus tabah. Kita insan2 terpilih..

    ReplyDelete
  2. Sabar ye kak..
    mungkin kita tak pernah berjumpa bertentang dua mata..tapi secara mayanya saya dah lama baca blog akak...
    dari mula-mula akak tulis blog sampai sekarang...mungkin saya tak dapat nak rasa sepenuhnya macamana perasaan yang akak alami..tapi saya tahu, akak seorang insan yang kuat..
    Doa saya, semoga akak dan keluarga sentiasa berada di bawah rahmatNya

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, bahagiakanlah kakak ku ini setelah apa yang dilalui beliau & anak2....kak saya mmg tak rasa & takkan faham bebanan yang akak pikul...tapi insyaAllah doa saya untuk kakak sekeluarga tetap ada:-)

    ReplyDelete
  4. Yanie apa khabar? Semoga Yanie lebih kuat semangat & tabah ye sayang. Akak dapat mendoakan dari jauh aje..

    ReplyDelete
  5. salam. saya ingin tanya, ada penah cuba x rawatan jenis non-mainstream macam homeopathy/organopathy?

    ReplyDelete
  6. Semoga Haryani terus tabah. Kuatkan semangat untuk anak2...
    Saya baru megetahui mengenai Haryani melalui email yang haryani hantar kepada En Husri rabu lepas.

    Ya Allah Kau berikan kesembuhan kepada hambaMu yang terpilih ini.

    ReplyDelete
  7. kuatkan semangat ya..kak yanie .sabar itu indah,Allah akan menguji hamba yg dia syg..anggap lah ujian ini pertolongan darinya untuk hamba nya...ke SYURGANYA..saya doakan semoga Allah memberi rahmat di sebalik kesihatan akak......KERANA ALLAH ITU MAHA BESAR

    ReplyDelete