19 March 2013

Bantu hamba



Ya Allah,tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuanmu....Astaqfirullahalazim...
Ya Allah bantu hamba..amin.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Rasa penderitaan itu, hanya boleh dirasa oleh yang menderitainya atau pernah mengalaminya, Tak dapat dikongsi diluah dgn kata2 dan tulisan, kecuali Allah yang Maha Mengetahui.
    Saya bersimpati, airmata saya tak dpt dibendung melihat puan dan anak2. Saya juga seperti puan tapi mungkin lain deritanya, Semalam sudah 9 bulan saya menderitai penyakit yg saya tidak pasti dan selama itulah saya tak upaya dan gagal mencari/memberi nafkah kepada anak2 dan isteri kerana derita ini. Saya dulu hanya mengambil upah menoreh getah, bila cuti sekolah membantu kedai proses ayam belah petang dan malam sekiranya ada tempahan kenduri kahwin untuk menyara keluarga. Kini saya hanya "mengurung" diri dlm rumah, kerana tiada upaya untuk menjalankan aktiviti luar. Urusan anak sekolah pun atas simpati org lain (sampai bila mereka sanggup membantu)
    Saya kini tiada membuat apa2 rawatan setelah klinik/hospital kerajaan/swata memaklumkan saya tidak mempunyai masalah penyakit fizikal. Cuma saya tidak menjalani ujian mri w/pun tak disarankan oleh doktor dan pakar kerana tiada lg kemampuan/simpanan wang. Saya juga dibawa berubat dengan kaedah tradisional, ada juga perubahan walaupun sedikit.
    Kelahiran anak ke-6 pada cuti maulidurasul yg lalu, menambah rasa pilu kerana tak mampu membantu dan berkongsi kegembiraan. Mujurlah ada anak2 yg bersekolah menengah membantu menjaga/mengurus ibunya di hospital.
    Saya hanya mampu memujuk hati, belajar redha dengan membaca ayat2 Allah, dan terasa sangat sebak bila surah6 ayat 17-18, surah13 ayat 28, surah2 ayat 285-286, surah alFatihah dan berzikir. Semoga Allah menyembuhkan kami dengan kadar segera dan mempertahankan ikatan keluarga kami..Aamiiin.

    ReplyDelete