31 March 2012

Ke Husm lagi....


Platlet makin rendah...Akhir2 ini keadaan kesihatan tidak mengizinkan.Dah hampir 3.30 pagi,baru pulang dari Husm..(AOR lagi).Pengsan tiba tiba...Gelap gelita sekejap...Saat itu renungan dan wajah anak2 makin jauh,makin samar...Dalam sayup2 berjuang dan berbisik dengan diri sendiri.Bertahan dan bertahan..Mana anak2?Soalan bertubi tubi...Ya Allah berilah aku peluang,izinkan aku terus bertahan..


30 March 2012

Semangat dari seorang anak


Gelak tawa yang membuatkan mata ini untuk tidak terus terpejam dan hati ini untuk terus hidup


Sebak mengenang semangat dan kasih seorang anak yang masih mentah.Penderitaan ibu cuba di selami dalam diam.Tanpa di sedari dah berapa lama membawa pulang duit belanja sekolahtanpa tmenggunakan langsung di sekolah.Sanggup mengikat perut," mama jangan banyak risau.Bob dengar doktor pesan mama tak boleh stress,nanti mama boleh mati." Rupa rupanya dia cuba mendengari dan mengamati setiap yang doktor beritahu.Keletah dan semangat dari anakanda buat mama sebakSimpati pada dirinya kerana tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa.Perit dan jerit tak terluah tapi kasih sayang mama penuh dan tiada galang gantinya.Kasih yang tiada penghujungnya.Ingat sayang walau apa kemungkinan yang berlaku mama tetap sayang dan doa mama akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anakanda.Kasih Allah lebih lagi kasih seorang bapa...Pesanan mama jangan pernah dilupakan...Ingat Allah...

Demam...

Bertabahlah,semoga cepat sembuh... Panas sgt badan,boleh lagi kuatkan semangat mama di hospital...Merah matanya menahan tangis...


 p/s : doakan kesihatan yang makin menguji.entry pendek untuk anakanda tercinta.

26 March 2012

Dugaan yang sering menguji...Bertabahlah anakanda

Semalaman di hospital,anak2la setia menemani..Setiap insan tidak akan lepas dari ujian Ilahi...Maka bersyukurlah pada setiap nikmat dan rahmat yang masih ada.Hargailah kehidupan...Setiap detik masa adalah terlalu berharga..Tiada yang lebih indah dari menghargai peluang yang Allah masih berikan...Bertabahlah hati wahai anakanda tercinta,kehidupan harus diteruskan walau berliku..jangan sesekali tersasar jauh dari Ujian Allah.Ingatlah,kita insan terpilih dari Allah...Ingat pesan mama..

Kekuatan ada di sebalik mereka...

25 March 2012

Kesihatan yang makin tergugat...

Hb dan platlet makin menurun,wbc makin naik...Risau dengan kesihatan.Demam yang berpanjangan dan batuk yang sudah bermula.Dan yang teramat risau perlu bersetuju untuk menjalani Bone Marrow Biopsy...Walau apa sekali pun  cubaan yang datang,tetap akan digagahi jua dengan peluang yang Allah masih berikan..Tetap bersyukur.....Setiap renungan wajah dan gelak tawa anakanda tercinta membuatkan diri ada kekuatan.Tika sedang mencoret di sini,keadaan kesihatan amat2 menguji.Jangan sesekali mengalah,patah sayap bertongkatkan paruh kan...Hargailah setiap peluang yang masih ada...Ya Allah izinkanku terus bernafas...Izinkanku terus melihat anak2 membesar..Doakan saya...

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu,melainkan telah sedia ada di dalam kitab(pengetahuan Kami)sebelum kami menjadikannya."

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji olehNya".......(Jadi janganlah mudah berprasangka buruk pada insan lain yang sedang diuji)...

"Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan,sedang merekalah yang akan ditanya nanti".

p/s: Buatlah minuman yang paling sedap dari limau nipis yang masam....

"Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda menjadi salah.Sebaliknya,apa yang membuat anda jadi salah,maka ia tidak akan membuat anda jadi benar".

22 March 2012

Indahnya derita....

Terkedu sendirian menyusur langkah yg makin longlai,kesihatan makin merosot.Result darah makin low,hb,platlet (low sgt),wbc.Jantung yang makin lemah..Pada siapa yg boleh diluahkan setiap kali mendengar penjelasan doktor,pada siapa yang boleh dikongsikan? Pada anak2 yang masih kecil?Atau pada ibu yang juga sedang bertarung dengan ujian Illahi..Mengadulah pada Yang Esa,DIAlah yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasihani.Sewajarnya,hanya padaNyalah merintih dan mengadulah sepuas hati kerana hanya DIA yang memahami segala derita dan mengetahui apa yang hambanya sedang lalui.Tiada yang akan dapat memahami dan merasai penderitaan insan lain..Walau dapat memahami,tapi tetap mereka tidak merasainya.

Berjuanglah selagi mampu,hidup tetap perlu diteruskan.Apa apa pun,kuatkanlah semangat dan azam untuk teruskan langkah..Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga,sehingga mesti selalu dibenci,kerana mungkin sahaja rasa sakit itu malah akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.Biasanya,keikhlasan doa muncul ketika rasa sakit itu datang menimpa.Begitu pulalah dengan keikhlasan tasbih yang sentiasa terucap ketika rasa sakit terasa.

p/s:  Kenalkan diri kepada Allah ketika Engkau dalam keadaan lapang,Allah akan mengenalimu ketika Engkau dalam kesusahan,"Perkenalan yang istimewa,di dalam hati hamba merupakan satu kemestian anatara hamba dengan Tuhannya.Dengan perkenalan itu ia akan mendapati dirinya dekat denganNya untuk memohon,sehingga ia merasa kemesraan dalam kesunyiannya dan mendapat nikmat dalam berzikir,berdoa,bermunajat dan taat kepadaNya.Kesusahan dan beban di dunia,di alam Barzakh dan di Penantian akan terhapusdenganperkenalan yang istimewa anatara dirinya dengan Tuhannya.

15 March 2012

Terimalah apa jua yang diberi Allah maka andalah manusia TERKAYA..


Relalah hati menerima ketentuan Allah Taala.Terimalah dengan rela hati segala ketentuan,walau apa pun keadaan diri kita,apa pun penyakit yang menimpa,sama ada musibah,penderitaan atau kesusahan.Manfaatkan segala pemberian dan ketentuan Allah di jalan yang benar.

"Oleh itu,terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang orang yang bersyukur."(Surah Al -A'raf:144)

Jangan biarkan diri dihantui dengan kekesalan,kesedihan,jangan biarkan diri sentiasa dibayang bayangi oleh sesuatu yang tidak akan mengubah apa apa.Hidup perlu dan harus diteruskan.lepasskan diri dari terpengaruh dari bayangan lampau atau apa saja penyesalan pada diri.Adakah kita dapat mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya,memulangkan matahari kepada terbitnya,mengembalikan kanak kanak ke dalam rahim ibunya,air mata kepada mata?Sesungguhnya meratapi kesedihan dan menangisinya akan membuatkan diri kita terbakar dengan apinya.

Sesungguhnya tidak perlu menoleh ke belakang atau berpaling ke belakang sebab hembusan angin sentriasa menghala ke depan,air mengalir pun menuju ke depan,kafilah berjalan pun ke arah depan.Janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup,sunnah alam.

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan,tanpa penyesalan,tanpa keresahan,tanpa kemarahan,tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.Ingatlah Allah...Kuatkanlah keyakinan pada diri segala yang menimpa adalah berasal dari Allah,sudah merupakan qada dan qadarNya.yakni,bahawasanya Allah tidak mentakdirkan semua itu untuk membinasakan dirinya juga bukan untuk menyeksanya,tetapi untuk menguji dan memberi cubaan terhadap keredhaan dan kesabarannya,pengaduan,doa dan munajatnya.Kalau dia diberi taufik maka berlakulah apa yang berlaku.dan kalau dia tidak menerimanya,semua itu akan menjadui kerugian yang besar bagi dirinya.Ingatlah......


11 March 2012

Kesabaran yang sesungguhnya adalah keredhaan....

 

 

  

 

 



Sesungguhnya derita itu indah.Pahit,manis berselang seli..Redha terhadap musibah itu lebih berat bagi jiwa berbanding kesabaran.Namun redha adalah sebaik baiknya..  

Rutinku sebagai seorang pesakit kronik..Berat badan makin menurun semula,wajah yang mula berisi kini cengkung semula.Badan yang makin lemah,namun tetap digagahi jua.Dugaan yang sering menghimpit,tangisan yang sentiasa berteman namun bukan menagih simpati.Selagi diberi peluang menghirup udara ini,berjuanglah sedaya mungkin.Berjuanglah selagi bernafas..Ingatlah insan di sekeliling.Jangan mudah berputus asa di atas ujian Allah.Keredhaan itu lebih tinggi darjatnya daripada kesabaran.Walau ujian2 ini sering menguji tanpa hentinya,amat2 lelah dan kesihatan dan dugaan yang amat menghimpit...namun tetap dikuatkan diri dan cuba mengingatkan diri,ada lagi yang lebih derita.Sentiasa bersyukurlah kerana syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada keredhaan.Pandanglah setiap ujian sebagai satu kenikmatan lalu bersyukurlah.

Setiap kali ke hospital saya dapat lihat pelbagai lapisan umur menanggung pelbagai penyakit kronik.Ketika sedang menerima rawatan di bilik Rawatan Hematologi,saya duduk di sebelah seorang pakcik yang sudah lewat usianya yang menghidap berbagai sakit kronik, namun amat tenang,sempat menasihati saya agar tabah.Ada yang muda lagi tapi menghidap penyakit barah,rawatan untuk kimoterapi saja bukan sedikit2...Tapi mereka kelihatan tabah adakah kerana mereka di temani oleh saudara terdekat yang amat memahami ? Kadang kadang terdetik di hati sukarkah untuk memahami dan menyelami penderitaan insan2 lain?..

Alangkah bertuahnya bagi mereka yang masih memiliki nikmat kesihatan....

Setiap manusia di uji dan tiada yang akan terlepas dari ujian..Pahit dunia adalah manisnya di Akhirat...





06 March 2012

Kadang kala dugaan yang datang itu terlalu berat dan tanpa diduga..

Kadang kala dugaan yang datang terlalu berat dan tidak terduga.Diri kita seolah olah tidak sanggup menanggungnya.Seperti langit runtuh menimpa kita,malah semua itu boleh membawa kepada penderitaan serta berputus asa dan kita rasakan hidup ini sudah berakhir sebelum sampai waktunya.Renunglah insan sekeliling jika berputus asa...walaupun hempasan kesukaran itu kian menghimpit.Ingatlah Allah telah melarang hamba hambanya dari berputus asa terhadap rahmatnya.Orang orang yang berputus asa disifatkan al Quran sebagai orang orang yang kafir dan sesat."Tapi ingatlah Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai denganm kesanggupannya.....

Kesihatan yang amat2 menguji dan dugaan lain silih berganti..Makin dikuatkan diri makin cubaan itu datang,kekuatan yang makin pudar tapi digagahi juga melalui renungan anak anak.Di situ terhimpun segala kekuatan..Kekuatan yang tak akan hilang selagi bergelar ibu...Walau hati di dalam meraung,amat takut dengan  kesihatan diri yang tidak stabil,injap jantung bocor dan jantung yang makin lemah. Sering kali hampir pitam,sayup2 kedengaran suara anak2,digagahi untuk tidak terpejam..Langkah yang hampir terhenti,digagahi juga..Rawatan sering mengalami komplikasi,adakah sudah terlewat untuk menerima rawatan?Penyakit lain yang belum dapat dikenal pasti?Pelbagai persoalan yang sering mengganggu.

Moga diberikan peluang untuk meneruskan langkah bersama anak2...