30 November 2010

Walau bertatih,walau perlu menyusur jalan yang perit,tulang ini tongkat kudrat...walau berliku,walau perit...tetap berjuang........

27 November 2010

Kesihatan...


hari ni masuk air lagi di wad kecemasan..badan masih lagi rasa lemah,kering..Sepatutnya kena masuk wad tapi minta balik.Kesian kat anak2.Seperti biasa cuba bertahan dan bertahan.Moga2 tidak mudarat..







26 November 2010

Nikmat Kesihatan terlalu berharga

Anak demam sebab tonsil bengkak,saya pula yang kena tahan wad sementara masuk air,hydration.Nak buat macam mana mama sakit,bertahan dengan kekuatan semangat anak2.Badan kerap kekurangan air.Ada masanya tak dapat juga nak melawan kesakitan ni terutama bila badan kita tak cukup air,darah.kuatkanlah diri ni...Ingat lagi ada satu babak dalam sinetron Indonisia Andai ku Tahu,Bolehkah aku meminta Ya Allah,aku rela selamanya berkerusi roda,asalkan dapat meneruskan kehidupan bersama bonda....

Alangkah bersyukurnya jika kita memiliki nikmat kesihatan,...

25 November 2010

Blog ni la tempat meluah rasa...moga tabahkanlah hati ni.kuatkanlah hati ni...sebagai seorang pesakit yg menghidap beberapa penyakit kronik mestilah sentiasa diselubungi dengan pelbagai kerisauan...Risau dengan kesihatan yg makin merosot..moga2 dapat bertahan dengan dugaan kesakitan dan pelbagai dugaan dalam meniti hari....Moga setiap coretan dalam blog ni boleh buat renungan bersama...

24 November 2010

Qada dan Qadar

Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal. [1]

Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Allah juga mahukan kita berusaha sebelum Qada dan qadar seseorang itu diubah:-

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11)

[2]

Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..


23 November 2010

Demam akibat tonsil bengkak

Cuaca tak menentu sekarang ni...anak pun tak sihat.demam..tonsil bengkak.sakitnyala nak menelan kalau ada tonsil..kesian kalau tengok anak2 demam ni.

Info ni dipetik dari sumber2....


Tonsil adalah bebola tisu limfatik yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ianya terletak pada kiri, kanan, atas dan belakang permulaan lidah. Sudah beberapa hari saya bangun tidur dengan tekak yang sangat perit. Saya selalu menghadapi masalah tonsil bengkak ataupun tonsilitis. Ianya berlaku sekerap sebulan sekali dan setelah saya dimasukkan ke wad akibat jangkitan yang berpanjangan Julai 2007, seminggu selepas saya mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa, ianya tidak bengkak lagi. Apabila tekak sudah mula perit, saya selalunya mempastikan saya minum air lebih 2 liter setiap hari dan minuman berais serta aiskrim memang tidak saya sentuh kerana ianya akan menerukkan jangkitan. Saya memang agak sensitif dengan benda sejuk. Oleh sebab itulah, di rumah kami tiada ais dan air tidak disimpan di dalam peti. Aiskrim pun jarang sangat dibeli.Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
  • bakteria (perlu rawatan antibiotik)
  • virus (tidak perlukan antibiotik)
  • parasit dan fungus (cendawan tumbuh kat tekak? Tidakkk!! :p) yang agak jarang berlaku.
Tanda-tanda awal jangkitan ini ialah
  • sakit tekak
  • kering dalam mulut dan bibir merekah.
  • demam
  • sakit-sakit badan.
Rawatan awal yang boleh dibuat ialah
  • berkumur dengan air garam
  • minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).
  • Paracetamol juga boleh diambil sekiranya demam berlarutan. Jangkitan akan sembuh dalam masa 4-10 hari


19 November 2010

kemana rasa ihsan kini?


kadang-kadang rasa diri ini kerdil sesangat,bila cuba melupakan kesakitan...kenapala sikap sesetengah masyarakat ni?peristiwa seperti ini dah banyak kali berlaku..saya bergerak menggunakan kerusi roda...tapi kenapa bila berada di tempat yang ramai org ibarat kita ni tidak mengalami kesukaran untuk bergerak walhal secara terang dan jelas kita hanya bergantung kepada kerusi roda.susahnya segelintir mereka2 ini nak beri sedikit laluan.kita yang di atas kerusi ni la yang nak kena beri laluan..bukan nak menagih simpati tapi sikap perihatin atas kesukaran insan lain..kadang2 kita perlu peka pada keadaan orang sekeliling.Tak salah menyelami dan cuba memahami erti kesukaran dan kesusahan...Kita yang masih sempurna boleh mengejar apa saja tapi yang tak berupaya hanya mampu menguatkan semangat untuk terus dapat bertahan...agar2 dapat juga berlari mengejar impian seorang ibu pada anak2...

18 November 2010

Pengorbanan seorang isteri

Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.

Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.

Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.

Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.

Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.

Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.

Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.

Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.

Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.

Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.

Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.

Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.

Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.

Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masayang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.

Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ˜kerjaya sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.

Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk layan diri bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.

Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap sporting dan tahu menghargai susah payah isteri.

Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.

Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.

Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.

Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.

Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Seorang suami sanggupkah berkorban??Atau meninggalkan isteri bila dia sudah tidak berupaya lagi??


16 November 2010

Salam Aidiladha

Salam aidiladha....

Allah swt bercerita kepada kita erti sebuah pengorbanan melalui kisah Nabi Allah Ibrahim as dan anaknya Nabi Allah Ismail as di dalam surah as-Saaffat ayat 100-113. Jom kita hayati kisah ini bersama-sama.

  • Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100)
  • Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101)
  • Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102)
  • Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103)
  • Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104)
  • Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105)
  • Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106)
  • Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107)
  • Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108)
  • Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109)
  • Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110)
  • Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (111)
  • Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. (112)
  • Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri. (113)

Inilah contoh dari sebuah kisah agung yang ingin mengajarkan kepada kita ketergantungan di jalan penghambaan Tuhan adalah kemuncak kepada jalan menuju kesempurnaan hidup. Nabi Ibrahim as telah menanggalkan ketergantungan terhadap dunia dari hatinya iaitu kecintaan terhadap anaknya demi mematuhi perintah Allah swt. Baginda as tidak pernah ragu dengan apa yang dilakukan dan begitu juga Nabi Ismail as tunduk ikhlas menerima perintah Tuhan. Hasilnya, Allah berfirman “Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan“.


15 November 2010

Jom berkenalan khas buat blogger baru

Jom berkenalan khas buat blogger baru

Salam En Ben..dah lama hajat di hati untuk menyertai segmen2 yang dianjurkan oleh En Ben.Saya sentiasa mengikuti entry En Ben kerana banyak entry yang positif dan memberi manfaat.Tapi oleh kerana masih baru dan rasa tidak layak untuk menyertainya maka terpendam begitu sahaja.Walaupun blog saya tidak ada entry yang menarik namun saya sentiasa berharap diterima dan dinilai secara positif.Saya cuba nak terapkan semangat seperti mana saya mengharapkan semangat dalam meneruskan kehidupan.Lebih2 lagi kepada insan2 senasib yang menderita sakit dan seumpamanya serta sebagai renungan bersama pada yang masih memiliki nikmat dalam kehidupan.Blog ini juga sebagai satu medium perantaraan untuk saya memasarkan barangan dalam menampung kehidupan seharian di samping untuk kos rawatan saya.

Saya amat berharap kalau En Ben sudi singgah dan memberi komen dan tunjuk ajar pada blog yang tak seberapa ini..

14 November 2010

Dodol lemak perasa asli


Marila menikmati keenakan dodol dari pantai timur..Lebih2 lagi di musim perayaan nanti...

Kelebihan pad herbal Susen

PAD HERBA SUSEN

PAD HERBA SUSEN DARI LIFECODE.
100% COTTON.
SESUAI DIPAKAI OLEH LELAKI JUGA WANITA .
SESUAI UNTUK LELAKI YANG MENGALAMI ANGIN PASANG, BUASIR



9 Keperibadian yang unik:

1. Lapisan luar daripada kapas asli
2. Cepat meresap
3. Ultra nipis
4. Mengandungi formula khas herba asli
5. Kandungan bio-tek & anti bakteria
6. Pelapik khas telus udara
7. Segar & tidak berbau
8. Bukti tidak beracun
9. Kawalan mutu yang bertaraf tinggi

12 November 2010

Pad Herbal Susen

Saya ada menjual pad herbal yang amat baik untuk kesihatan.Jagala kesihatan ketika masih berpeluang terutama wanita.


INI SATU PRODUK KELUARAN LIFECODE-PAD HERBA SUSEN
SEGAR DAN TIDAK BERBAU
TUALA WANITA SUSEN telah mendapat Pingat Emas di pameran pencitpaan antarabangsa 2000 di geneva, switzerland. Ianya selesa dipakai, menyegarkan dan tidak mengeluarkan bau.


KEBAIKAN PENGGUNAAN PAD SUSEN

Merawat penyakit Angin Pasang (lelaki)
Merawat semua masalah utama wanita
Merawat penyakit haid
~ Mengimbangkan sistem haid
~ Mencegah kegatalan, sakit sendi semasa haid
~ Membuang toksid dlm badan
~ Menghindari pembiakan bacteria di tempat sulit
~ Menghindari penyakit & kulat (FUNGUS)
~ Menghindari jangkitan pundit kencing
~ Membuang gumpulan darah dlm uterus
~ Mengeringkan luka dgn cepat
~ Mencegah sengugut
~ Merawat keputihan
~ Merawat kekuningan
~ Menyedut kotoran yg tersimpan
~ Mencegah Cancer rahim & payudara
~ Mencegah & merawat buasir
~ Mengecutkan rahim selepas bersalin
~ Memulihkan penyakit di bahagian usus
~ Merawat dari kembung perut
Antara pembaikpulihan yg bleh dilakukan oleh pad susen ni ialah :


+ tuala wanita ini berkesan untuk lelaki yang mengidap buasir...
+ sesuai utk mereka yang datang haid lama....
+ sesuai kepada mereka yang ada banyak angin dalam badan
+ Ibu baru lepas bersalin...dalam pantang boleh guna pack ULTRA THICK.....

Produk baru 2 tahun berada di pasaran Malaysia..

Selama saya dan pelanggan saya serta ramai yg telah mencubanya tiadaside efek plak..

Orang lelaki juga mesti baca, sampaikan kepada kaum wanita, isteri, makwe, mak, adik, kakak, makcik, kawan dll. Kalau mereka sihat dan dijauhi penyakit merbahaya, anda sebenarnya telah berjasa. Jom bantu seramai mungkin wanita sambil anda buat duit!
Betulkah jual pad boleh jadi jutawan?

Cuba anda fikir sendiri, setiap wanita perlukan pad. Seorang wanita dianggarkan menggunakan 15,000 keping pad sepanjang hayatnya. Anda tahu berapa bilangan wanita di Malaysia? Cuba anda bilang berapa rumah yang ada wanita dan berapa yang tak ada? Cuba anda berjalan2 dan kira berapa orang wanita yang anda nampak? Di merata-rata kan? Wanita memang ramai.... ramai sekali ! Kalau anda lebih berani cuba tanya wanita (termasuk gadis-gadis) ada guna pad tak? Jangan lupa wanita yang dah menopaus (putus haid) pun guna pad juga... "pantiliner".

Cuba anda dapatkan statistik penyakit/ masalah sakit puan... pasti anda terkejut dan sukar percaya betapa ramainya wanita menderita dengan berbagai masalah kesihatan. Memang kasihan....

Dalam bisnes ini tak ada penipuan atau risiko. Yang paling baiknya dan menyeronokkan memperkenalkan produk ini, kita dapat membantu wanita mengatasi masalah mereka dan mencegah penyakit merbahaya seperti fibroid/ kanser. Sambil buat duit kita bantu wanita lain... kira beramal juga kan.

Pada masa kini, hanya produk ini yang terbaik di antara semua produk seumpamanya dan mendapat pengikhtirafan antarabangsa. Jika tak percaya tanyalah mana-mana produk yang pernah mendapat anugerah pingat emas dua kali serta no paten R.O.C.? Jawapannya belum ada..... Kalau ada orang kata ya... pastikan anda melihat sijilnya. Walau apapun, pilih yang terbaik untuk nilai wang anda. Produk yang terbaik sudah pasti menjamin pembelian ulangan dan memberikan pulangan yang lumayan dan berterusan!

Disebabkan pengiktirafannya mesti ada yang fikir ianya tentu mahal berbanding pad yang boleh dibeli di mana-mana. Sebenarnya, pad herba susen lebih murah. Jika anda terpaksa menukar pad biasa setiap 3 atau 4 jam, dengan pad susen anda boleh menggunakannya sampai 12 jam tanpa bimbang kebocorannya dan tidak menyebabkan kegatalan.
Apa buktinya SuSen terbaik?
Tuala Wanita/ pad SuSen adalah satu-satunya tuala wanita yang dianugerahkan PINGAT EMAS No 1 di Pameran Penciptaan Antarabangsa 2000 di Geneva, Switzerland. Ini membuktikan SuSen berkualiti tinggi.
Pad SuSen sekali lagi menerima PINGAT EMAS pada Pameran Penciptaan Antarabangsa di Nurenberg, Jerman pada 2002. Kualiti SuSen memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Pad SuSen juga mendapat Anugerah Cemerlang di Pameran Inovasi Kebangsaan Taiwan pada tahun 1999 dan mempunyai No. Hak Cipta (Paten) Taiwan R.O.C. : 135928. Ini mengsahkan ketulinan kandungan dalam pad SuSen.
Pad Susen mempunyai perlindungan insuran sebanyak RM2.4 juta. Ini menjamin ianya selamat digunakan. Jadi, sesiapa juga boleh terus menggunakannya tanpa perlu ragu-ragu.
Hingga ke hari ini, belum lagi ada mana-mana tuala wanita yang mendapat Silver atau Bronze , apa lagi Gold Award.
Walaupun baru setahun berada di pasaran negara ini, pad SuSen yang menakjubkan ini sudah enam tahun berada di pasaran Taiwan, Singapura, Hong Kong, China dan Brunei, manakala pasaran Amerika Syarikat dijangka mula diterokai tahun ini.
Jika anda mempunyai peluang menikmati kesihatan dari pad Susen yang telah memenangi anugerah tertinggi peringkat antarabangsa, mengapa harus anda pilih pad jenama lain yang belum mendapat apa-apa pingat walaupun perak atau gangsa? Pilihlah yang terbaik untuk diri anda & nilai wang anda!

a) REGULAR
~ Digunakan ketika pengeluaran darah yang sederhana
~ Mencegah kegatalan
~ Membantu mengecutkan sistem peranakan
~ Nipis dan selesa hingga tidak terasa kehadirannya
~ Lebih tahan daripada tuala wanita biasa dan tidak perlu menukar
berkali-kali

b) HEAVY FLOW
~ Datang haid pada hari pertama dan kedua (kotoran yang banyak)
~ Menghilangkan sakit senggugut waktu datang haid
~ Membantu mengecutkan sistem peranakan
~ Dapat mengelakkan kebocoran dan ukuran lebih panjang

c) OVERNIGHT
~ Digunakan pada waktu malam dan ukuran lebih panjang
~ Membantu mengecutkan sistem peranakan

d) ULTRA THICK
~ Untuk wanita yang baru bersalin (dalam nifas)
~ Kebaikan seperti bertungku (bertangas),mengecutkan rahim
~ Merawat luka selepas bersalin
~ Mengecutkan rahim dan merapatkan sistem peranakan
~ Menyedut segala darah kotor dan beku
~ Menghilangkan sakit merengat perut bagi wanita dalam pantang
~ Bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak,sesuai
dipakai sekali dalam sebulan
~ Sangat baik untuk merawat buasir (buang air besar berdarah)
~ Membantu menyembuhkan penyakit angin pasang bagi kaum lelaki
~ Amat baik bagi warga tua yang tidak boleh mengawal pembuangan
air kecil

e) PANTILINER
~ Merawat penyakit keputihan
~ Mencegah pembiakan bakteria dan kulat
~ Mencegah penyakit senggugut sebelum tiba waktu haid
~ Mencegah bau dan kegatalan
~ Membantu mengecutkan rahim dan merapatkan sistem peranakan
~ Mengelakkan jangkitan pada usus besar
~ Menurunkan suhu panas badan(demam)- sejukkan seketika dalam
peti sejuk dan letakkan pada dahi
~ Mengurangkan sakit sendi/ anggota badan-letakkan di tempat yang
sakit
~ Meghilangkan bau kasut-letakkan di dalam kasut
~ Jika sakit pada tapak kaki, letakkan bhgn berherba pada tapak kaki
bersama stokin apabila hendak tidur
~ Selsema atau resdung, mabuk laut/kenderaan- hidu pantiliner
~ Letakkan dalam topi keledar untuk mengelakkan rambur gugur dan
berbau

color=blue]REGULAR FLOW[/color

Harge **RM11.00**


~ Digunakan ketika pengeluaran darah yang sederhana
~ Mencegah kegatalan
~ Membantu mengecutkan sistem peranakan
~ Nipis dan selesa hingga tidak terasa kehadirannya
~ Lebih tahan daripada tuala wanita biasa dan tidak perlu menukar
berkali-kali



OVERNIGHT -

Harge **RM13.50**





Digunakan pada waktu malam dan ukuran lebih panjang
~ Membantu mengecutkan sistem peranakan

HEAVY FLOW -

Harge Runcit **Rm 14




[IMG]http://im

Datang haid pada hari pertama dan kedua (kotoran yang banyak)
~ Menghilangkan sakit senggugut waktu datang haid
~ Membantu mengecutkan sistem peranakan
~ Dapat mengelakkan kebocoran dan ukuran lebih panjang

ULTRA THICK


Harge **RM12.00

RL[U=http://img122.imageshack.us/my.php?image=susenmaternitysmallpq9sw6.jpg]

Untuk wanita yang baru bersalin (dalam nifas)
~ Kebaikan seperti bertungku (bertangas),mengecutkan rahim
~ Merawat luka selepas bersalin
~ Mengecutkan rahim dan merapatkan sistem peranakan
~ Menyedut segala darah kotor dan beku
~ Menghilangkan sakit merengat perut bagi wanita dalam pantang
~ Bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak,sesuai
dipakai sekali dalam sebulan
~ Sangat baik untuk merawat buasir (buang air besar berdarah)
~ Membantu menyembuhkan penyakit angin pasang bagi kaum lelaki
~ Amat baik bagi warga tua yang tidak boleh mengawal pembuangan


PANTILINER

Harge **RM10.00**





Merawat penyakit keputihan
~ Mencegah pembiakan bakteria dan kulat
~ Mencegah penyakit senggugut sebelum tiba waktu haid
~ Mencegah bau dan kegatalan
~ Membantu mengecutkan rahim dan merapatkan sistem peranakan
~ Mengelakkan jangkitan pada usus besar
~ Menurunkan suhu panas badan(demam)- sejukkan seketika dalam
peti sejuk dan letakkan pada dahi
~ Mengurangkan sakit sendi/ anggota badan-letakkan di tempat yang
sakit
~ Meghilangkan bau kasut-letakkan di dalam kasut
~ Jika sakit pada tapak kaki, letakkan bhgn berherba pada tapak kaki
bersama stokin apabila hendak tidur
~ Selsema atau resdung, mabuk laut/kenderaan- hidu pantiliner
~ Letakkan dalam topi keledar untuk mengelakkan rambur gugur dan
berbau




Meminta sedekah?dah berulang kali dituduh dan dipanggil macam ni....Cukup2la menguji ketabahan dan perit hati ni...Kalau sihat dan mampu bekerja seperti insan lain tak akan meminta atau mengharang sumbangan dari orang...Cubala duduk di tempat saya dan selami..Kos perubatan bukannya sedikit.Rawatan di hospital pun saya dah ketepikan buat sementara waktu..Nak bertahan pun selama mana..Saya cuba berniaga kecil kecilan,ini juga adalah jalan mencari sumber pendapatan.

11 November 2010

Rupa paraskah menjamin kebahagiaan?


Adakah rupa paras menjamin kebahagiaan?Adakah rupa paras kunci kesempurnaan.Adakah rupa paras jaminan dalam kehidupan?Adakah rupa paras menjamin masa depan?Bila ia berubah sebaliknya adakah tanggapan negatif sahaja yg harus diterima?Adakah tika ini layak dicemuh sahaja?Adakah bila seseorang itu indah rupa parasnya,dia sentiasa dijulang..dan jika sebaliknya dia dicemuh?Sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada sebab yg tersendiri..Keindahan hanya sementara.Bila Allah menduga kita....

Jadikan setiap rentetan kehidupan sebagai renungan bersama untuk dijadikan ikhtibar..

Ibarat lilin



Aku cuma sebatang lilin
Yang menerangi suasana kelam
Pabila sumbunya dinyalakan..

Ya.. Cahaya aku tidak setanding cahaya si lampu neon yang bergemerlapan
Namun inilah pengorbananku
Menerangi sekeliling dengan diriku ini terbakar
Tanpa ada siapa yang ambil peduli, mahupun sedar
Kerana bagi mereka, pengorbananku ini tidaklah seberapa..

Tatkala cahaya dari tubuhku yang terbakar ini galak menyala
Aku cair sedikit demi sedikit…
Ingin aku bersuara, tapi aku tiada daya
Hanya mampu membisu seribu bahasa
Sedangkan mereka di sekeliling
Tidak pernah mempedulikan apa yang aku rasa
Api yang marak menyala
Kepanasannya mencairkan aku sedikit demi sedikit
Tidak berdayaku merintih, meskipun terasa pedih

Setelah cahayaku lemah dan tidak bermaya
Setelah cahayaku tidak mampu menerangi kelam dunia mereka
Setelah aku menjadi sisa
Mereka ambil sebatang lagi lilin yang lain
lalu dinyalakannnya…
bersama senyum terukir di bibir mereka berkata
"Oh.. dah terang semula.."

Lalu aku tertanya sendiri
Berbaloikah pengorbananku ini
Sanggup membakar diri sendiri
Cair di dalam kekecewaan yang meragut tangkai hati
Sedangkan nasibku tiada siapa yang peduli?

Jemput ke website jualan yg diterbitkan oleh Puan Sarah


Terima kasih banyak2 pada Puan Sarah kerana sudi membantu dan membina website untuk juala .Sesungguhnya amat bernilai dan bererti pada saya...Terima kasih banyak2 kerana membuka jalan untuk saya mengembangkan lagi perniagaan kecil kecilan saya ni...



10 November 2010

mari dapatkan selimut2 yg bercorak menarik lebih2 lagi tika musim hujan kini,juga terdapat toto narita bercorak baru......

08 November 2010


Marilah tengok toto narita,toto sweeten,baby mattress,toto baby n macam2 ada.bantal jepun pun ada..gambar tak upload lagi.kelambu new design pun ada...Jenguk2la kat sini...Moga2 dapat membantu kami....

07 November 2010

Baby Matress and Blanket

Baby Mattress Rm 40 (Kekabu)
Baby Mattress Rm 25 ( toto n blanket)
Baby Mattress Rm 25 (toto n blanket)

Selimut size queen Rm 35





Selimut size queen