03 August 2010

Berilah ketabahan yg luar biasa padaku....




Tiada siapa dalam dunia yg memilih untuk hidup susah dan tiada juga dalam dunia yg minta hidup dalam berpenyakit.Ini semua takdir Illahi.Namun sebagai insan yg kerdil dan lemah saya terpaksa meminta pertolongan dari pelbagai pihak.Bayangkan dengan keadaan saya yg sememangnya tiada keupayaan...terpaksa saya gagahkan diri demi kehidupan saya dan anak2.

Alangkah bertuahnya kalau ada insan di sisi yg dapat membantu saya dalam menguruskan hal2 seharian..Ingin seperti kehidupan insan lain tapi apakan daya untuk menolak suratan takdir.Segala perbelanjaan termasuk kos rawatan dan ank2 terpaksa saya ikhtiarkan sendiri.Walaupun ibu ada membantu tapi dalam keadaanya yg juga uzur dan adik yang masih belajar membataskan kewangan.Pendapatan ibu sebagai guru telah dipotong akibat medical leave yg telah mencapai setahun empat bulan.Kewangan benar2 terhad.

Alangkah leganya jika tak perlu fikirkan semua ni dan dapat meneruskan rawatan dengan tenang..namun saya tiada sesiapa di depan mahu pun di belakang saya.Jatuh bangun saya sendiri.Sakit dan segala penderitaan hanya saya sendiri yg alami dan hanya saya sendiri yg memahami.

Saya terpaksa bergerak sendiri mencari bantuan dan memohon pertolongan.Dah banyak saya memohon bantuan antaranya Pusat Kebajikan,dan beberapa agensi lain termasuk NGO.sehingga kini masih belum mendapat perhatian yg sewajarnya.tetapi hujung bulan lima saya mendapat bantuan dari pusat kebajikan untuk ibu tunggal,rm 300 sebulan.tapi untuk bantuan sakit kronik saya tak dapat.Puas saya merayu agar permasalahan saya dititikberatkan..Saya juga ada berjumpa dgn beberapa org kenamaan tapi masing2 meletakkan permasalahan saya atas bahu orang lain.Kenapa? Sukarnya untuk mendapatkan perhatian dan bantuan walaupun saya amat2 memerlukan...

Ke hulu ke hilir mencari bantuan hanya mengharapkan kerusi roda sebagai pengganti kaki, walaupun semangat hampir jatuh tapi kasih sayang pada anak2 mengatasi segala2nya.Cukup menguji,hati meraung menangis dgn keadaan sebegini....tapi kalau meratap nasib tiada apa yg boleh merubah dan tiada apa yg akan berubah.Jika saya tidak meminta tiada siapa yg akan meminta untuk saya.Saya bukan meminta untuk hidup senang tapi saya ingin melakukan sesuatu untuk jaminan masa depan anak2.Sehinggalah akak siti yg sudi membantu menerbitkan kisah saya dalam harian metro untuk membantu saya.

Rawatan saya sehingga kini masih byk ujian lagi yg perlu dilakukan.. saya tak dapat pentingkan diri sendiri sedangkan kesihatan makin merosot.Ada ketikanya jika saya rasa badan saya benar2 sudah tidak bermaya barulah saya ke hospital tapi selagi saya boleh bertahan pada kesakitan,saya tetap cuba melawan kesakitan dan bertahan kerana kewangan yg terhad.duit byk habis untuk berubat kg dan hospital sebelum ini....Adakah apa yg saya lakukan ini di jalan yg betul?

Walaupun kesihatan makin merosot tapi saya ingin melakukan sesuatu untuk anak2 yang amat saya sayang.....kerana mereka adalah harta saya dunia akhirat.Hanya mereka yg sentiasa di samping saya dan saya hanya mahukan mereka sentiasa di samping saya.Kerana ramai yg menjauhkan diri dari saya........Kenapa perlu menjauhkan diri? adakah kerana saya meminta2 ?
Cuba memahami kalau berada di tempat saya,bayangkanlah kaki yg lesu,mata yg kabur,tenaga yg tak seberapa,namun terpaksa di gagahkan untuk mencari sesuap nasi demi kehidupan seharian.Setiap kali melihat anak2 kaki ini terasa mahu berlari tapi .............Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga,sehingga harus dibenci.Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan pd seseorang.

Bukan simpati yang dipinta tapi ini luahan hati dan janganlah mudah berputus asa dalam kehidupan selagi kita mampu bernafas,hidup perlu diteruskan.Jangan mudah mengalah...Hidup kena banyak bersabar walau dalam keperitan yg teramat sangat...Jangan mudah mengeluh kerana kita sentiasa dikelilingi oleh rahmat Allah.Selagi boleh berjuang,berjuanglah...Kentalkan semangat dan jati diri kita.Kesengsaraan penuh hikmat.Kasih sayang Allah melebihi segala2nya..


Solat,Ubat Mujarab Pengusir Kesedihan................


2 comments:

  1. yani..
    ketabahan adalah kunci utama...
    ketabahan juga kekuatan utama...
    Dan keredhaan membuat kita tenang mengharungi detik2 sukar walaupun ada ketika kt x mampu sgt2 utk btahan..

    kita mempunyai nasib y hampir serupa...
    yani.. kan lya dh janji akn terus berada disisi yani saat yani perlukn seseorg..

    cuma skrang lya jarang dpt dtg sini, sbb faktor ksihatan lya y merosot jugak.. jrng dpt b'YM mcm dulu.. tp bila dh better sikit.. semuanya akn kembali normal..

    KETABAHAN YANG LUAR BIASA akan yani dapat bila yani redha dgn semua takdirnya.. Percayalah.. apabila hati kita redha.. kita akn jd tabah.. Dan fikirlah.. apa y terjadi adalah krn tuhan sygkan kita.. dia x ambik kita dlm sekelip mata.. tp sebaliknya, diberi dugaan utk sakit dulu dimana setiap dosa2 kita akan gugur.. Betapa bertuahnya kita Yani..

    Dan.. tangungjawab sbg ibu & bapa utk ank2 yani satu lg pahala y berlipat ganda dimana.. yani mjaga amanat allah dgn sebaik mungkin walaupun dlm keadaan y penuh keuzuran...

    YANI..LYA FAHAM SGT SITUASI TU..
    LYA FAHAM BILA ADA KAKI.. TP X DPT DIGUNAKAN.. SBB LYA PERNAH DAH PUN MGALAMINYA..
    YANI TERUS BERDOA AGAR MENDAPAT KEHIDUPAN NORMAL SEMULA..

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak2 atas semangat yg diberikan...terima kasih juga kerana lya sentiasa berada di belakang yani.tapi lya bukan senang untuk menghadapi segalanya tanpa ada sesiapa di sisi melainkan ank2 kecil yg belum mampu mengenal erti hidup...sokongan keluarga juga amat penting.yani ibarat bergantung pada diri sendiri saja..kemana,nak buat apa,bagaimana cara semua terpaksa ikhtiar dan fikir sendiri.jika lya di tempat yani,mampukah lya?
    sokongan dan kasih sayang amat penting untuk kekuatan diri.kalau yani tak buka mata yani,kalau tak angkat tangan yani,bagaimana nasib ank yani lebih2 lagi yg kecil?dan masih mengharapkan bantuan dan sokongan dari yani.tapi yani tetap kagum dan amat menghargai lya.kerana lya hadir waktu ramai kawan2 lain pergi...lya terlalu baik...moga lya makin tabah n makin sihat...bertahanla selagi mampu..

    ReplyDelete