
Sesungguhnya derita itu indah.Pahit,manis berselang seli..Redha terhadap musibah itu lebih berat bagi jiwa berbanding kesabaran.Namun redha adalah sebaik baiknya..
Rutinku sebagai seorang pesakit kronik..Berat badan makin menurun semula,wajah yang mula berisi kini cengkung semula.Badan yang makin lemah,namun tetap digagahi jua.Dugaan yang sering menghimpit,tangisan yang sentiasa berteman namun bukan menagih simpati.Selagi diberi peluang menghirup udara ini,berjuanglah sedaya mungkin.Berjuanglah selagi bernafas..Ingatlah insan di sekeliling.Jangan mudah berputus asa di atas ujian Allah.Keredhaan itu lebih tinggi darjatnya daripada kesabaran.Walau ujian2 ini sering menguji tanpa hentinya,amat2 lelah dan kesihatan dan dugaan yang amat menghimpit...namun tetap dikuatkan diri dan cuba mengingatkan diri,ada lagi yang lebih derita.Sentiasa bersyukurlah kerana syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada keredhaan.Pandanglah setiap ujian sebagai satu kenikmatan lalu bersyukurlah.
Setiap kali ke hospital saya dapat lihat pelbagai lapisan umur menanggung pelbagai penyakit kronik.Ketika sedang menerima rawatan di bilik Rawatan Hematologi,saya duduk di sebelah seorang pakcik yang sudah lewat usianya yang menghidap berbagai sakit kronik, namun amat tenang,sempat menasihati saya agar tabah.Ada yang muda lagi tapi menghidap penyakit barah,rawatan untuk kimoterapi saja bukan sedikit2...Tapi mereka kelihatan tabah adakah kerana mereka di temani oleh saudara terdekat yang amat memahami ? Kadang kadang terdetik di hati sukarkah untuk memahami dan menyelami penderitaan insan2 lain?..
Alangkah bertuahnya bagi mereka yang masih memiliki nikmat kesihatan....
Setiap manusia di uji dan tiada yang akan terlepas dari ujian..Pahit dunia adalah manisnya di Akhirat...