11 March 2012

Kesabaran yang sesungguhnya adalah keredhaan....

 

 

  

 

 



Sesungguhnya derita itu indah.Pahit,manis berselang seli..Redha terhadap musibah itu lebih berat bagi jiwa berbanding kesabaran.Namun redha adalah sebaik baiknya..  

Rutinku sebagai seorang pesakit kronik..Berat badan makin menurun semula,wajah yang mula berisi kini cengkung semula.Badan yang makin lemah,namun tetap digagahi jua.Dugaan yang sering menghimpit,tangisan yang sentiasa berteman namun bukan menagih simpati.Selagi diberi peluang menghirup udara ini,berjuanglah sedaya mungkin.Berjuanglah selagi bernafas..Ingatlah insan di sekeliling.Jangan mudah berputus asa di atas ujian Allah.Keredhaan itu lebih tinggi darjatnya daripada kesabaran.Walau ujian2 ini sering menguji tanpa hentinya,amat2 lelah dan kesihatan dan dugaan yang amat menghimpit...namun tetap dikuatkan diri dan cuba mengingatkan diri,ada lagi yang lebih derita.Sentiasa bersyukurlah kerana syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada keredhaan.Pandanglah setiap ujian sebagai satu kenikmatan lalu bersyukurlah.

Setiap kali ke hospital saya dapat lihat pelbagai lapisan umur menanggung pelbagai penyakit kronik.Ketika sedang menerima rawatan di bilik Rawatan Hematologi,saya duduk di sebelah seorang pakcik yang sudah lewat usianya yang menghidap berbagai sakit kronik, namun amat tenang,sempat menasihati saya agar tabah.Ada yang muda lagi tapi menghidap penyakit barah,rawatan untuk kimoterapi saja bukan sedikit2...Tapi mereka kelihatan tabah adakah kerana mereka di temani oleh saudara terdekat yang amat memahami ? Kadang kadang terdetik di hati sukarkah untuk memahami dan menyelami penderitaan insan2 lain?..

Alangkah bertuahnya bagi mereka yang masih memiliki nikmat kesihatan....

Setiap manusia di uji dan tiada yang akan terlepas dari ujian..Pahit dunia adalah manisnya di Akhirat...





06 March 2012

Kadang kala dugaan yang datang itu terlalu berat dan tanpa diduga..

Kadang kala dugaan yang datang terlalu berat dan tidak terduga.Diri kita seolah olah tidak sanggup menanggungnya.Seperti langit runtuh menimpa kita,malah semua itu boleh membawa kepada penderitaan serta berputus asa dan kita rasakan hidup ini sudah berakhir sebelum sampai waktunya.Renunglah insan sekeliling jika berputus asa...walaupun hempasan kesukaran itu kian menghimpit.Ingatlah Allah telah melarang hamba hambanya dari berputus asa terhadap rahmatnya.Orang orang yang berputus asa disifatkan al Quran sebagai orang orang yang kafir dan sesat."Tapi ingatlah Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai denganm kesanggupannya.....

Kesihatan yang amat2 menguji dan dugaan lain silih berganti..Makin dikuatkan diri makin cubaan itu datang,kekuatan yang makin pudar tapi digagahi juga melalui renungan anak anak.Di situ terhimpun segala kekuatan..Kekuatan yang tak akan hilang selagi bergelar ibu...Walau hati di dalam meraung,amat takut dengan  kesihatan diri yang tidak stabil,injap jantung bocor dan jantung yang makin lemah. Sering kali hampir pitam,sayup2 kedengaran suara anak2,digagahi untuk tidak terpejam..Langkah yang hampir terhenti,digagahi juga..Rawatan sering mengalami komplikasi,adakah sudah terlewat untuk menerima rawatan?Penyakit lain yang belum dapat dikenal pasti?Pelbagai persoalan yang sering mengganggu.

Moga diberikan peluang untuk meneruskan langkah bersama anak2...


25 February 2012

Dugaanku.....

Semalaman di hospital,ambil ubat iron sucrose(venofer) ubat tambah darah tapi ada masalah kaki tiba tiba sembab sampai ke betis.sama ada alahan atau masalah jantung...dugaan...Sehingga ke hari ini badan masih lemah...

15 February 2012

Dugaan...kenangan yang terindah


Petang tadi di ward sementara..anemia dan masalah jantung...

14 February 2012

Kekuatanku...


Kekuatanku ada di sebalik renungan mata dan wajah anak anak tercinta.Senyuman,gelak tawa mereka menguatkan hati dan jiwa ini untuk terus bangkit..Izinkan aku meneruskan langkah bersama anugerah dan amanah dariMU..Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar dan Maha Pegasihani.amin..



06 February 2012

Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia

Sejak kebelakangan ini banyak urusan dan jarang dapat nak update blog..Hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang perjalanan hidup hambaNya.Sehingga kini ujian sering datang menguji,benarlah Allah menguji pada titik terlemah...Titik kelemahan seseorang hamba berbeza dengan yang lain.Moga aku tidak tersungkur dan tersasar jauh dari ujian Allah..Setiap ujian yang menimpa itu penuh dengan hikmahnya yang serba tersirat.Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.

29 January 2012

Ku ingin tenang dan bahagia

Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru.....