09 August 2010

berikan saya peluang dan ruang




sesungguhnya saya teramat penat dan terlalu letih dgn keadaan kesihatan dan masalah kewangan yg tiada berkesudahan yg benar2 menghimpit saya...saya tiada daya memikirkan keadaan ini walaupun sy cuba gagahkan diri dan cuba melawan ujian ini.Saya rasa jika org lain di tempat sy boleh tumpukan rawatan tanpa memikirkan soal kewangan dan kebajikan anak2 tapi apa daya sy.tika ini amat perit buat saya..saya tidak dapat meneruskan rawatan dan perbelanjaan ank2...saya tidak pernah mengalah dengan ujian ini tapi bila melibatkan masalah kewangan,bagaimanakah cara untuk saya menghadapinya..segalanya terbatas.saya terpaksa merayu di sini....berilah peluang untu saya dan anak2.adakah ruang dan jalan untu saya dan ank2.

08 August 2010

Tenangkan fikiran di taman HUSM


Minggu lepas selepas berjumpa dengan pakar saraf sempat bawa anak2 kat taman air terjun dalam HUSM.cantik taman air tejun ni..anak2 seronok walau dapat bermain di taman HUSM...anak2 cukup memahami,asal dapat bermain tak kisah walau di hospital.tak de nak minta bawa jalan2 ke mana2...tak banyak ragam..Dia org faham mama sakit..tengok titisan air terjun ciptaan ni rasa tenang je..gelodak hati tiada siapa yg tahu..
























Siapakah insan ini....



Lyafrina...satu nama yang amat saya kagumi...org yg mengenalkan dunia blog pada saya dan banyak beri tunjuk ajar dalam arena blog ni..sejak mengenali lya,byk dapat membantu menambahkan kekuatan semangat...lya byk beri nasihat,semangat dan kekuatan pada saya..sungguh insan yang bernama lya ni mempunyai ketabahan yg luar biasa...kita hampir senasib,tapi bagi saya lya lebih menderita walau di wajah beliau nampak ceria.kuatnya lya..tiada siapa yg tahu di wajah ceria itu tersorok seribu penderitaan...

Di saat saya amat memerlukan bantuan,lya tak pernah hilang..lya sentiasa tampil walau diri lya sendiri sedang berada dalam kesukaran..saya amat berasa serba salah bila lya sanggup mengetepikan dirinya untuk insan lain...sungguh mulia hati lya...tapi janganlah korbankan diri lya kerana lya juga amat memerlukan.mungkin lya memahami akan erti derita bila diuji begini..Semoga lya diberikan kesembuhan,dipanjangkan umur,dan sentiasa dilindungi Allah.moga lya makin tabah dn ceria.Anak2 amat memerlukan kita,kita ibu..erti derita seorang ibu bertarung,berjuang dengan kesakitan untuk meneruskan kehidupan dalam saat2 getir..
terima kasih lya.....lyafrina..kisah lya klik SINI



La Tahzan

Ya Allah..himpunkan keperitanku dlm genggaman doa,tutuplah kekecewaanku dgn taqwa....amin.
Jangan bersedih...kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda KasihNya.Jalannya dihias duri duri luka,tidak dibiarkan lena dlm nikmat melimpah.Tapi dihidangkan keperitan susah payah yg tiada sudah.

06 August 2010

pohon bantuan....


di pagi jumaat ini,saya memohon ihsan teman2 di luar sana agar dpt membantu saya.Bukan niat meraih simpati,namun saya masih berharap agar ada insan2 di luar sana yg dapat memahami keperitan yg saya alami....sesungguhnya saya amat2 mengharapkan sebarang bantuan...benar saya pernah menerima bantuan sebelum ini,namun dgn kos rawatan saya di HUSM dan makin kerap masuk wad...segalanya memerlukan kos yg agak tinggi.banyak test yg dilakukan dan perlu dilakukan lagi.Saya tidak pernah berhenti ikhtiar walaupun dgn keupayaan yg tidak seberapa...berubat kg juga dah banyak tempat yg sy cuba....segalanya memerlukan kewangan..setiap peluang yg ada dlm rawatan saya tak saya sia2kan dgn harapan agar saya sembuh kembali serta mampu berdikari demi anak2 saya yg memerlukan saya sepanjang masa.

04 August 2010

anak2 penawar duka




berila kekuatan pada saya...dugaan yg benar2 hebat...berilah peluang untuk saya meneruskan kehidupan dengan anak2.anak2la kekuatan semangat saya untuk bertahan atas segala kesakitan,kesukaran...segala2nya benar2 menguji saya...kemampuan saya terbatas...saya kena kuatkan diri walau apa jua rintangan walau pun kadang2 ada satu tahap saya buntu.tapi saya tak pernah mengalah.cuma tekanan boleh menyebabkan sakit saya akan bertambah teruk...
akhir2 ini,kesihatan dah tak menentu.saya sering diselubungi ketakutan atas kesakitan saya.kini saya pertahankan diri saya,kerana saya tiada sesiapa didepan mahupun di belakang saya,segalanya saya lakukan sendiri,apa yg perlu dilakukan,kemana dan segalanya saya pendam sendirian.kadang-kadang saya terfikir andai kata suatu masa nanti saya hanya mampu bernafas tanpa boleh membuka mata,tanpa boleh mengangkat tangan....siapakah yg akan membantu saya menjaga anak2 saya,jika kini saya pertahankan diri demi anak2 saya kerana dgn merekalah saya mampu bertahan hingga kini...saya hidup ibarat dlm dunia saya sendiri yg hanya bertemankan anak2....jika dulu semasa sihat,kawan2 sentiasa ada lebih2 lagi saat suka kini semuanya jd sepi,sunyi.................


03 August 2010

Berilah ketabahan yg luar biasa padaku....




Tiada siapa dalam dunia yg memilih untuk hidup susah dan tiada juga dalam dunia yg minta hidup dalam berpenyakit.Ini semua takdir Illahi.Namun sebagai insan yg kerdil dan lemah saya terpaksa meminta pertolongan dari pelbagai pihak.Bayangkan dengan keadaan saya yg sememangnya tiada keupayaan...terpaksa saya gagahkan diri demi kehidupan saya dan anak2.

Alangkah bertuahnya kalau ada insan di sisi yg dapat membantu saya dalam menguruskan hal2 seharian..Ingin seperti kehidupan insan lain tapi apakan daya untuk menolak suratan takdir.Segala perbelanjaan termasuk kos rawatan dan ank2 terpaksa saya ikhtiarkan sendiri.Walaupun ibu ada membantu tapi dalam keadaanya yg juga uzur dan adik yang masih belajar membataskan kewangan.Pendapatan ibu sebagai guru telah dipotong akibat medical leave yg telah mencapai setahun empat bulan.Kewangan benar2 terhad.

Alangkah leganya jika tak perlu fikirkan semua ni dan dapat meneruskan rawatan dengan tenang..namun saya tiada sesiapa di depan mahu pun di belakang saya.Jatuh bangun saya sendiri.Sakit dan segala penderitaan hanya saya sendiri yg alami dan hanya saya sendiri yg memahami.

Saya terpaksa bergerak sendiri mencari bantuan dan memohon pertolongan.Dah banyak saya memohon bantuan antaranya Pusat Kebajikan,dan beberapa agensi lain termasuk NGO.sehingga kini masih belum mendapat perhatian yg sewajarnya.tetapi hujung bulan lima saya mendapat bantuan dari pusat kebajikan untuk ibu tunggal,rm 300 sebulan.tapi untuk bantuan sakit kronik saya tak dapat.Puas saya merayu agar permasalahan saya dititikberatkan..Saya juga ada berjumpa dgn beberapa org kenamaan tapi masing2 meletakkan permasalahan saya atas bahu orang lain.Kenapa? Sukarnya untuk mendapatkan perhatian dan bantuan walaupun saya amat2 memerlukan...

Ke hulu ke hilir mencari bantuan hanya mengharapkan kerusi roda sebagai pengganti kaki, walaupun semangat hampir jatuh tapi kasih sayang pada anak2 mengatasi segala2nya.Cukup menguji,hati meraung menangis dgn keadaan sebegini....tapi kalau meratap nasib tiada apa yg boleh merubah dan tiada apa yg akan berubah.Jika saya tidak meminta tiada siapa yg akan meminta untuk saya.Saya bukan meminta untuk hidup senang tapi saya ingin melakukan sesuatu untuk jaminan masa depan anak2.Sehinggalah akak siti yg sudi membantu menerbitkan kisah saya dalam harian metro untuk membantu saya.

Rawatan saya sehingga kini masih byk ujian lagi yg perlu dilakukan.. saya tak dapat pentingkan diri sendiri sedangkan kesihatan makin merosot.Ada ketikanya jika saya rasa badan saya benar2 sudah tidak bermaya barulah saya ke hospital tapi selagi saya boleh bertahan pada kesakitan,saya tetap cuba melawan kesakitan dan bertahan kerana kewangan yg terhad.duit byk habis untuk berubat kg dan hospital sebelum ini....Adakah apa yg saya lakukan ini di jalan yg betul?

Walaupun kesihatan makin merosot tapi saya ingin melakukan sesuatu untuk anak2 yang amat saya sayang.....kerana mereka adalah harta saya dunia akhirat.Hanya mereka yg sentiasa di samping saya dan saya hanya mahukan mereka sentiasa di samping saya.Kerana ramai yg menjauhkan diri dari saya........Kenapa perlu menjauhkan diri? adakah kerana saya meminta2 ?
Cuba memahami kalau berada di tempat saya,bayangkanlah kaki yg lesu,mata yg kabur,tenaga yg tak seberapa,namun terpaksa di gagahkan untuk mencari sesuap nasi demi kehidupan seharian.Setiap kali melihat anak2 kaki ini terasa mahu berlari tapi .............Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga,sehingga harus dibenci.Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan pd seseorang.

Bukan simpati yang dipinta tapi ini luahan hati dan janganlah mudah berputus asa dalam kehidupan selagi kita mampu bernafas,hidup perlu diteruskan.Jangan mudah mengalah...Hidup kena banyak bersabar walau dalam keperitan yg teramat sangat...Jangan mudah mengeluh kerana kita sentiasa dikelilingi oleh rahmat Allah.Selagi boleh berjuang,berjuanglah...Kentalkan semangat dan jati diri kita.Kesengsaraan penuh hikmat.Kasih sayang Allah melebihi segala2nya..


Solat,Ubat Mujarab Pengusir Kesedihan................