03 July 2015

Anak anak berbuka puasa di masjid











Salam jumaat yang penuh barakah..


Gambar gambar anak anak tika sedang menunggu waktu berbuka dan berbuka puasa di masjid.Seperti tahun lepas anak anak berbuka kat masjid..Berbuka dengan air,buah kurma,sedikit kuih muih lepas tu solat maghrib dulu.Selepas solat maghrib baru makan nasi.Solat isyak dan terawih..




Indahnya ramadhan..indahnya berpuasa,indahnya berterawih,solat malam,bertadarus.Bersyukurlah pada yang masih memiliki nikmat kesihatan.Hargailah peluang yang masih Allah berikan..Indahnya beribadah padaMu wahai Tuhan..Lazatnya mengadu segala keresahan hati padaMu hai kekasih hati segala kekasih.Enaknya dapat mengalirkan air mata.Air mata itu pelembut hati buat hati yang keras.Pembasuh dosa2 yang berkarat di dasar hati.Alhamdulillah.Tiada perkataan yang mampu di gambarkan lagi.Solat terawih itu hanya ekslusif di bulan ramadhan sahaja.Siapa yang mengambil ringan akannya maka rugilah ia kerana ramadhan yang akan berlabuh nanti tidak dapat menjanjikan pertemuan buat kali seterusnya pada kitaran akan datang..Saat saat ramadhan ini amatku hargai.

Nikmati dan hargailah peluang yang Allah masih berikan..
Manfaatkanlah Setiap detik dn saat di bulan ramadhan untuk beribadat kepada Allah kerana sesungguhnya berjuta juta jasad di dalam kubur memohon kepada Allah supaya dikembalikan ke alam dunia agar dapat bersujud kepada Allah hatta walau sehari di bulan ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa.





1 comment:

  1. Looking forward to reading more. Great article post.Really thank you! Much obliged. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

    ReplyDelete