Puasa hari ke 11...
Sebak dan sayu hati mengenangkan mak..
Dugaan demi dugaan menimpa mak yang sedang uzur..Minggu lepas rumah peninggalan arwah ayah hampir di lelong,barang rumah hampir di sita tanpa bertolak ansur.Pinjaman peribadi arwah ayah dengan pihak tertentu yang dah hampir 15 tahun lalu di tuntut tanpa belas kasihan..mak yang sedang uzur bertambah uzur..simpati pada mak..Menangis teresak esak mak merayu agar rumah tidak di lelong.Terkedu dan sebak sangat hati ni..Apalah nasib mak di usianya terpaksa menghadapi semua ni..Lemah longlai rasanya diri ni...Saya juga banyak di uji silih berganti tapi tetap cuba bertahan.
Ya Allah ,kupohon padamu dengan rendah diri,KAU Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang terjadi pada hambaMu,Ya Allah Ya Tuhanku kau permudahkanlah segalanya,kau ringankanlah penderitaan yang ditanggung ibuku..KAU kasihi ibuku Ya Allah,ku pohon padamu Ya Allah kau hilangkanlah segala resah,duka dan permudahkanlah segalanya.amin.
Hanya simpati dan doa buat mak,apalah daya untuk membantu..Walaupun uzur mak tetap puasa walau sampai menggeletar menahan puasa..Hanya banyak terbaring,amat lesu..Tapi tetap puasa.Bila di nasihatkan untuk tidak berpuasa kerana keadaan kesihatan mak yang tidak berapa mengizinkan tapi mak tetap berpuasa..
Kesihatan saya dengan mak silih berganti..ramadhan beberapa tahun lepas saya terlantar tak dapat berbuat apa apa hanya mengharapkan simpati dan kudrat anak anak.Kesihatan saya sendiri juga tidak menentu tapi lebih baik jika berbanding dulu....
Kekuatan semangat dari anak anak buat saya gagah...
Dugaan Allah pada hambaNya,