27 March 2015

Kos sara hidup yang semakin meningkat




Aiman memang anak yang sangat ringan tulang...Kalau musim cuti sekolah Aiman minta nak tolong jual surat khabar kat area rumah..Dari dulu anak anak tak pernah minta minta nak beli apa apa yang saya tak mampu.Yang beza Aiman dengan Ikhtisyam,Ikhtisyam amat pemalu.Aiman lebih peramah dan mudah bergaul dengan siapa saja.Aiman tak kekok jika berbual dengan orang yang lebih dewasa.Memang Aiman tak suka duduk diam kat rumah tanpa berbuat apa apa.Oleh kerana perangai Aiman mudah bergaul,ramai yang sukakan Aiman.






GST akan bermula 1 April 2015.

GST...Orang yang senang akan berasa susah,orang yang susah akan bertambah susah.Nafas semakin sesak hidup semakin sempit kerana masih ramai lagi hamba rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Bagaimana hamba rakyat yang mempuyai bilangan tanggungan yang ramai.Sesak nafas bila memikirkan semua ini.


Ramai yang bersuara ,keluhan keluhan mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.Kudrat akan diperah habis habisan demi menjaga ahli keluarga supaya tidak kebulur dan akan memastikan dapur sentiasa berasap.Masa bersama anak anak semakin terhad kerana mengejar keperluan yang semakin mendesak

Bila kos sara hidup semakin meningkat ramai hamba rakyat mengorbankan masa,tenaga demi mengejar keperluan bagi menyara ahli keluarga yang ramai,Jalan penyelesaiannya ialah membuat partime,dua pekerjaan dalam satu hari.Perhatian kepada anak isteri juga semakin berkurang kerana mengejar keperluan untuk keluarga.Segala barangan keperluan akan meningkat semakin tinggi.Mana nak cekau untuk bayar ansuran rumah,ansuran kereta,minyak kereta,roadtax,parking,tol,keperluan dapur,bil air,bil letrik yang tarifnya yang semakin meningkat,keperluan sekolah anak anak.

Bagaimana anak anak yang telah memasuki universiti dan keperluan perbelanjaan mereka juga yang semakin tinggi.Sakitnya kepala bila memikirkan semua ini.Pada yang tiada sumber pendapatan bagaimana pula?Pada yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang bagaimana pula?


Ya Allah Ya Tuhan ku hanya kepada Mu tempat aku berserah dan tempat aku mengadu.

4 comments:

  1. semoga kita semua tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini

    ReplyDelete
  2. kalau ada ruang sekeliling rumah ajar anak2 tanam sayur2an. Pertanian itu perniagaan. Saya belajar dari pembantu rumah (Indonesian) - makan nasi dengan 1 lauk sahaja (ayam/ikan/daging) tambah segala jenis sayur2. ubah cara masakan. yang penting kita masih ada makanan. itu sahaja yang kakak boleh bantu alia dan anak2. doa kakak semoga alia dan anak2 sentiasa tabah.

    ReplyDelete
  3. Extraordinary article with astounding idea!Thank you for such a significant article. I truly acknowledge for this awesome data. Important and famous people from throughout history born on this day. Search thousands of historical, noteworthy and Celebrity birthdays in our archives.

    ReplyDelete


  4. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete