Aiman memang anak yang sangat ringan tulang...Kalau musim cuti sekolah Aiman minta nak tolong jual surat khabar kat area rumah..Dari dulu anak anak tak pernah minta minta nak beli apa apa yang saya tak mampu.Yang beza Aiman dengan Ikhtisyam,Ikhtisyam amat pemalu.Aiman lebih peramah dan mudah bergaul dengan siapa saja.Aiman tak kekok jika berbual dengan orang yang lebih dewasa.Memang Aiman tak suka duduk diam kat rumah tanpa berbuat apa apa.Oleh kerana perangai Aiman mudah bergaul,ramai yang sukakan Aiman.
GST akan bermula 1 April 2015.
GST...Orang yang senang akan berasa susah,orang yang susah akan bertambah susah.Nafas semakin sesak hidup semakin sempit kerana masih ramai lagi hamba rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Bagaimana hamba rakyat yang mempuyai bilangan tanggungan yang ramai.Sesak nafas bila memikirkan semua ini.
Ramai yang bersuara ,keluhan keluhan mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.Kudrat akan diperah habis habisan demi menjaga ahli keluarga supaya tidak kebulur dan akan memastikan dapur sentiasa berasap.Masa bersama anak anak semakin terhad kerana mengejar keperluan yang semakin mendesak
Bila kos sara hidup semakin meningkat ramai hamba rakyat mengorbankan masa,tenaga demi mengejar keperluan bagi menyara ahli keluarga yang ramai,Jalan penyelesaiannya ialah membuat partime,dua pekerjaan dalam satu hari.Perhatian kepada anak isteri juga semakin berkurang kerana mengejar keperluan untuk keluarga.Segala barangan keperluan akan meningkat semakin tinggi.Mana nak cekau untuk bayar ansuran rumah,ansuran kereta,minyak kereta,roadtax,parking,tol,keperluan dapur,bil air,bil letrik yang tarifnya yang semakin meningkat,keperluan sekolah anak anak.
Bagaimana anak anak yang telah memasuki universiti dan keperluan perbelanjaan mereka juga yang semakin tinggi.Sakitnya kepala bila memikirkan semua ini.Pada yang tiada sumber pendapatan bagaimana pula?Pada yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang bagaimana pula?
Ya Allah Ya Tuhan ku hanya kepada Mu tempat aku berserah dan tempat aku mengadu.