19 June 2014

Ada hikmahnya...

Tak lama lagi nak menyambut Ramadhan.Dua tahun yang lepas saya hanya mampu terlantar hanya mengharapkan bantuan dan kudrat anak anak..Tiada kudrat untuk bergerak,hanya mampu mengengsot dan merangkak seperti bayi.Anak anak ibarat tongkat..Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala penderitaan,segala susah payah yang di lalui dengan anak anak..Setiap yang di lalui ada hikmah yang tersembunyi.Yakinlah dengan Allah,Dia Maha Mendengar,Dia Maha Pengasihani..Bersangka baiklah dengan Allah walau sehebat mana pun ujian.Jangan menyerah,jangan salahkan takdir..Walaupun kesihatan masih juga menguji,alhamdulillah tidak sehebat dulu...Moga dianugerahkan usia yang berkat dan dapat berpeluang bertemu ramadhan dan dapat menjalani ibadah lebih baik dari tahun lepas.Moga kesihatan mengizinkan...Hargailah setiap detik masa yang masih ada..Ingat Allah,peluang semaksimum yang mungkin untuk lebih mendekatiNya dan mengabdikan diri padaNya..Kita hanya tetamu di dunia...

1 comment:

  1. salam..moga kak aliah tabah..betul la..nikmat sihat tu mmg nikmat yg terlalu besar nilainya..moga Allah berikan ganjaran yg berlipat ganda kpd akak..Allah betul2 sygkan akak kerana dia bg dugaan ni pada akak..akak tabahkan hati yer..sya doakan akak& anak2 sentiasa berada dlm rahmatnya.sya betul2 kagum dgn ketabahan akak..moga akak terus berjuang&jgn putus harap pd Allah swt..

    ReplyDelete