13 June 2013

Bersyukurlah.

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"(Ibrahim:7).

Terkedu dan termenung sendirian seketika bila melihat sepasang suami isteri yang kurang upaya dan amat daif.Suami yang kurang upaya,tidak memiliki kaki yang sempurna,bertungkus lumus mengayuh kerusi roda hanya dengan kudrat tangan sedang mengendong isteri yang sedang berpaut di belakang badan suami.Teramat sedih melihat mereka.Masing masing berpaut berkongsi kudrat.Masing masing saling memerlukan.Alangkah bersyukurnya kerana masih mampu bergerak sendiri tanpa bantuan kudrat lain.Terkenang ketika tahun lepas,bila diuji kaki ni tak mampu berjalan hanya mengharapkan kudrat anak anak yang masih kecil.

Masa tu hanya Allah yang tahu segalaNya.Hanya mengharapkan bantuan kudrat anak anak.Seorang ibu terbaring seperti anak kecil.Kuasa Allah,kehendak Allah,pemberian Allah.Siapa sangka kini saya mampu berjalan semula kesembuhan dariNya.Betapa besryukurnya peluang yang Allah masih berikan.Terima kasih Allah.Anak anak mama tak perlu bersusah payah lagi papah mama,pimpin mama.Walau penyakit berkaitan darah mama belum dapat di kesanAnak anak mama,moga kita dapat sama sama melangkah meneruskan kehidupan menuju ke destinasi yang abadi.

Ujian dalam kehidupan banyak hikmahnya.Anak anak lebih matang dari usia.Aiman dan ikhtisyam setiap kali terpandang mereka yang menggunakan kerusi roda dan orang kurang upaya,aiman dan ikhtisyam seboleh bolehnya nak cuba membantu.Mama,kesian orang tu,siapa tolong mereka?......Penderitaan mama berbekas di hati mereka... 

Anak anak juga lebih penyabar dan makin memahami perjalanan kehidupan.Bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat dari Allah.Tidak mudah mengeluh.








3 comments:

  1. ...sayang akak *hugs* :)

    ReplyDelete
  2. Akak.. semoga tabah..

    ReplyDelete
  3. Semuga menjadi renungan kepada kita sendiri yang diberi nikmat yang cukup sempurna tapi kadang2 lupa untuk bersyukur..

    ReplyDelete