27 June 2013

Berserah padaMu

Anemia...

Dukacita ku, hilangkan kesedihan  dan keresahan dari jiwa ku.. Hanya ENGKAU yang MAHA mengetahui segalanya.. 

Ya Allah hamba Mu tahu apa pun daripadaMu adalah yang terbaik buat ku..Ya Allah sabarkan hati ini menerima ujian dari Mu..
Ya Allah kuatkan hati ini dengan segala cemuhan hamba Mu yang lain.. 

 Ya Allah bersih kan hati dan jiwa ini ...
Ya Allah yakin hati ini dengan setiap apa yang telah Engkau berikan pada diri ini adalah yang terbaik untuk ku..
Lindungi kesedihan hati ini dengan senyuman,meski di hati penuh kedukaan,Kerana ketabahan menghadapi dugaan,menunjukkan kita mempunyai iman.


22 June 2013

Bantu saya



Masalah kesihatan silih berganti dengan dugaan hidup.Walaupun saya dah mampu berjalan tapi masalah darah masih menguji.Sesiapa yang membaca blog ni,harap sudi membantu dan memberi sedikit sokongan semangat..Ada kalanya amat lemah..Innalla ha ma'ana..

18 June 2013

Sujudku padaMu...

Ya Allah,
Sujudku pada-Mu
Hamba-Mu yang serba lemah ni,
Mendambakan ampunan dan kasih sayang-Mu,
Ku harapkan rahmat-Mu
Ku harapkan syafaat-Mu,
Ku harapkan cinta- Mu yang tak pernah pudar,

Aku Cuma hamba Ilahi,
Selayaknya aku diuji,
Tidak sekali tidak aku lupa pada janji-Mu,
Aku meneruskan perjalanan musafir ini,
Mencari dan terus mencari sinar kasih-Mu
Semata-mata untuk mengejar redha-Mu,
Andai perjalanan ini tidak tersasar dari jalan yang Engkau tunjukkan,
Bimbinglah langkah ini Ya Allah,
Meniti perjalanan yang penuh bermakna,
Meniti jannah-Mu..


Masalah kesihatan masih menguji,anemia makin bermasalah.Kurang darah merah masih tidak di ketahui punca.Walau terlalu risau pada masalah darah untuk mengeluh tidak sesekali kerana masih banyak nikmat dan rahmat yang masih ada...

Ujian yang datang bertalu talu,kadang kadang membuatkan diri terlalu lemah tapi perjalanan kehidupan perlu diteruskan.Ujian yang datang pelbagai bentuk..

13 June 2013

Bersyukurlah.

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"(Ibrahim:7).

Terkedu dan termenung sendirian seketika bila melihat sepasang suami isteri yang kurang upaya dan amat daif.Suami yang kurang upaya,tidak memiliki kaki yang sempurna,bertungkus lumus mengayuh kerusi roda hanya dengan kudrat tangan sedang mengendong isteri yang sedang berpaut di belakang badan suami.Teramat sedih melihat mereka.Masing masing berpaut berkongsi kudrat.Masing masing saling memerlukan.Alangkah bersyukurnya kerana masih mampu bergerak sendiri tanpa bantuan kudrat lain.Terkenang ketika tahun lepas,bila diuji kaki ni tak mampu berjalan hanya mengharapkan kudrat anak anak yang masih kecil.

Masa tu hanya Allah yang tahu segalaNya.Hanya mengharapkan bantuan kudrat anak anak.Seorang ibu terbaring seperti anak kecil.Kuasa Allah,kehendak Allah,pemberian Allah.Siapa sangka kini saya mampu berjalan semula kesembuhan dariNya.Betapa besryukurnya peluang yang Allah masih berikan.Terima kasih Allah.Anak anak mama tak perlu bersusah payah lagi papah mama,pimpin mama.Walau penyakit berkaitan darah mama belum dapat di kesanAnak anak mama,moga kita dapat sama sama melangkah meneruskan kehidupan menuju ke destinasi yang abadi.

Ujian dalam kehidupan banyak hikmahnya.Anak anak lebih matang dari usia.Aiman dan ikhtisyam setiap kali terpandang mereka yang menggunakan kerusi roda dan orang kurang upaya,aiman dan ikhtisyam seboleh bolehnya nak cuba membantu.Mama,kesian orang tu,siapa tolong mereka?......Penderitaan mama berbekas di hati mereka... 

Anak anak juga lebih penyabar dan makin memahami perjalanan kehidupan.Bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat dari Allah.Tidak mudah mengeluh.








11 June 2013

Ya Allah

Hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu.Perjalanan hidup yang ditempuhi semakin menguji..Kekuatan semangat semakin hilang tapi di gagahi dengan renungan permata hati...