01 May 2013

Terus bertabahlah

Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa tidak bersekutu bagiNya,padaNya kerajaan dan PadaNya pujian,dan dia berkuasa ke atas segala sesuatu.Redha dan pasrah pada ujian Ilahi.Menyingkap sejuta rahsia.Terkedu merenung tarbiyah dan hikmahNya.Segala perjalanan telah diatur dan sudah tertulis di Lauhul mahfuz.Apakan daya sebagai hamba melawan suratan takdir Ilahi.Walau segentar mana sekali pun sebagai hamba tetap bersangka baik padaNya.Tetap akur pada aturan Allah.

Sebagai seorang insan biasa yang amat daif,sering tertanya tanya dalam diri kenapa ujian ini bertalu talu,tidak berhenti.Tiada ruangkah untuk diri dan anak anak menggapai kesenangan dan kebahagiaan?


Terus bertabahlah wahai hati,sesungguhnya Allah amat menyayangi,terlalu banyak nikmat dan rahmat dariNya pada diri ini.Masih bernafas dari keajaiban dariNya.Terima kasih Allah..Anugerah kehidupan yang masih ada..semuanya berlaku dengan perjalanan takdir dan kehendakNya. Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah itu tidak membebankan kepada hamba-hambaNya di luar kemampuan hambaNya.




Ya Allah....


Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah(husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan,redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

4 comments:

  1. Kau kuat kak..

    Kau tabah kak..

    Kau mampu kak..

    Kau tenang kak..

    Kami bersamamu.. selalu.

    ReplyDelete
  2. Yaniiii tabah yani. Betahan yani.
    Betul kate ayat tu Allah sedang pelihara awak dari sejuta keburukan.

    Kalo sihat, kalo tak sakit...
    Mungkin lambat solat, tak tutup aurat bebetul, kurang zikir, lupe bersyukur walopun nikmat macam2.
    Kalo ade suami kat seblah, mula lah begantung kat suami sampai lupe nak begantung kat Allah.

    Tak kate orang lain...sy kate kat diri sendiri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Firman Allah : Hanya Engkau sajalah yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.(Ayat 4. Surah al-Faatihah)

      Delete