28 February 2013

Bila takdir berbicara,berserahlah padaNya.



Bila takdir berbicara lidah kelu tidak terkata.Allah itu Maha Adil,Maha Mengetahui setiap kehendak hambaNya.Tarbiyahnya penuh hikmah.Bila hati tawakal padaNya,ketenangan pasti menyinggah.Tersentuh akan nikmat kasihNya pada diri.Katakan pada hati segalanya penuh hikmah yang telah cantik disusunNya .Senyumlah selalu walau pahit diuji,walau hati rasa tak mampu dengan ujian .Kita perlukanNya dari segala galaNya.Allah,ada DIA di setiap langkah.

Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.Sesungguhnya segala yang berlaku penuh hikmah dan dalam rahsiaNya.


Daripada Anas r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Hadis riwayat Tirmizi)


Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.


Bertabahlah wahai hati...Innallahama Ana...

3 comments:

  1. Assalamualaikum

    Moga bahagia mendakapmu, tabah dan diberkati..

    ReplyDelete
  2. semoga kamu dalam rahmat Illahi

    ReplyDelete
  3. semoga akak kuat menghadapi semua dugaan . Allah berikan ujian kpade hambaNya yang cukup kuat untuk mghadapi ujian tersebut . =) . semoga akak sekeluarga berada di dalam lingkungan rahmat Allah Taala .

    ReplyDelete