Andaian yang positif...Dipetik dari buku "Bila Allah Menduga Kita"
Suatu waktu dahulu berlaku hujan yang turun terus menerus di sebuah kota di Amerika Syarikat.Hujan badai itu menyebabkan dua buah pohon besar yang berada di tepi jalan tumbang.Salah satu pohon besar itu jatuh menimpa sebuah kereta Toyota Echo yang sedang bergerak laju.Kejadian tersebut menyebabkan bahagian depan kereta hancur dan ditindih pohon tadi.45 minit masa yang diperlukan bagi para pengawal bomba untuk memotong dan memindahkan pohon besar itu dari kereta di bawahnya.Nasib baik tidak ada yang cedera disebabkan kejadian itu.Semua yang berada di dalam kereta selamat.Andainya pohon itu tumbang satu detik lebih lambat,maka bukan bahagiaan depan kereta yang akan hancur,tetapi bahagian tengah yang diduduki semua orang yang ada di dalamnya.Dalam peristiwa seperti ini,tentu orang akan berfikir,'nasib baik pokok itu tidak jatuh lambat sedikit' atau 'kalau saja pokok itu satu lebih lambat maka musibah yang akan terjadi tentu lebih besarlagi.Kereta itu memang rosak ditimpa pokok.Itu merupakan dugaan.Tapi dengan melihat kemungkinan lebih buruk yang boleh tejadi,kita merasakan ada nikmat di sebalik ujian ini.
Nikmat juga boleh kita rasakan ketika kita menyedari makna ketiadaan nikmat itu.semakin kita menyedari bagaimanakah rasanya bila ketiaadaan sesuatu nikmat itu.Semakin kita menyedari bagaimanakah rasanya bila ketiadaan nikmat itu,maka semakin besar pula kenikmatan itu kita rasakan.Kerana itu,kita mampu menerapkan andaian positif ini dalam kehidupan kita seharian.Yang kami maksud dengan andaian positif adalah membayangkan keadan atau kemungkinan yang tidak menyenangkan sehingga kita boleh berasakan hal-hal positif di sekitar kita.Selalu-selalulah membayangkan hilangnya nikmat dan seringlah melihat kepada orang orang yang tidak memiliki nikmat yang anda miliki.Dengan begitu rasa syukur akan mengisi ruang ruang jiwa anda dan kebahagiaan akan kebahagiaan akan meluru masuk ke dalamnya.Lebih dari itu,anda juga akan mempunyai lebih banyak kepekaan sosial tanpa harus berasa khuatir kehilangan nikmat setiap kali berbahagi nikmat itu dengan orang lain.
Atau sekiranya anda kurang mampu berandaian maka amalkanlah perkara yang berlawanan dengan nikmat,selagi mana perkara itu tidak menzalimi diri anda sendiri.Sebab,ketika anda berpisah dengan nikmat,barulah anda betul-betul mengetahui nilai sebuah nikmat dan pada saat itulah anda baru betul-betul menghargainya.Ketika anda mengetahui rasanya kehilangan nikmat,maka nilai nikmat itu menjadi semakin tinggi dan itu menjadikan rasa manis yang diberikan oleh nikmat tadi menjadi semakin bertambah.Jika anda selalu berasakan nikmat,maka sudah tentu hidup anda selalu terasa manis.Ambillah contoh berikut ini.Ketika perut anda mulai penuh,kemudiannya anda dihidangkan cake black forest yang sangat lazat dan anda kemudian memakannya.Adakah anda merasakan kenikmatan yang luar biasa?Mungkin anda merasa nikmat,tapi kerana sudah kenyang,maka rasa nikmat itu menjadi tidak begitu kuat.Sementara pada kesempatan yang lain,anda berpuasa seharian dan perut anda terasa sangat lapar.Kini anda sudah bersedia untuk berbuka puasa dan di hadapan anda ada makanan yang sangat sederhana,cuma nasi dengan sambal dan semangkuk Tomyam.Kerana anda sedang lapar,bukankah rasa nikmatnya jadi berlipat ganda?Mana kenikmatannya yang kenikmatannya lebih besar di antara dua contoh di atas, makan mewah ketika kenyang atau makan sederhana ketika berasa sangat lapar?
Pada umumnya orang akan merasakan kenikmatan yang lebih besar pada kes yang kedua,iaitu makan sederhana bila sedang lapar.Mengapa begitu?Sebab kita makan di tengah ketiadaan nikmat lapar.Perkara itu menyebabkan rasa nikmat menjadi berlipat ganda.Tapi kita tidak harus menunggu hilangnya nikmat untuk merasakan kenikmatan yang besar ini.Anda juga mampu menggunakan andaian positif seperti yang telah disebutkan di atas.Mungkin anda termasuk orang yang sederhana dan sudah biasa makan yang enak-enak.Tapi cubalah pandang makanan anda setiap kali akan makan.Bayangkanlah nasib anda tidak sebaik sekarang ini.Fikirkanlah bahawa ramai orang yang nasibnya tidak sebaik anda dan mampu saja anda terjatuh dalam keadaan yang seperti itu.Tapi ternyata anda tidak sepertio itu.Allah memberi anda nikmat seperti yang sekarang anda lihat di depan mata anda.Alhamdulillah anda tidak merasakan kesukaran dan anda mampu menikmati makanan yang sedap pada bila bila masa saja yang anda inginkan.Tidakkah dengan mengandaikan semua itu anda akan merasa lebih bersyukur?Tidakkah kini anda merasa bahawa makanan itu betul-betul nikmat Allah yang luar biasa yang dianugerahkanNya kepada anda dan keluarga anda?
Ada sebuah filem pendek yang memenagi anugerah antarabangsa.Filem itu berjudul A La Carte dan memulakan ceritanya di sebuah kedai makan.Gambar yang diambil di kedai makan itu merupakan perkara biasa setiap hari.Restoran francais yang dipenuhi pengunjung,Mereka asyik menikmati makanan sambil berbual.Bibir mereka biasanyatersenyum dan wajah mereka ceria.Lalu setelah mereka semua selesai,siang mulai bertukar malam dan restoran ditutup,seorang lelaki muncul dari pintu belakang restoran.Dia mengambil sisa sisa makanan dari tempat pembuangannya.Ya,dia mengambil sisa sisa makananyang dibersihkan sepanjang hari dari piring piring pelanggan.Dia mengumpulkannya dan membawa pulang ke rumahnya yang sangat sederhana di salah satu kawasan lain di bandar.Bila dia balik,ada ramai anak anak miskin yang menyambutnya.Mereka berpesta.Mereka tertawa ceria.Mereka bergembira melebihi kegembiraan para pelanggan restoran yang datang di pagi dan siang hari ke restoran.Mereka sama sama gembira.Namun yang satu bergembira dengan makanan yang baik dan segar untuk dimakan dan yang lainnya berasa gembira kerana boleh mendapatkan sisa sisa makananyang dikumpulkan dari piring para pengunjung restoran.
Adakah anda akan melonjak senang,melompat dan menari nari seperti anak anak miskin itu,jika anda diberikan sisa sisa makanan dari piring bekas orang lain?Adakah anda mahu makan makanan itu?Tidakkah anda bersyukur kerana boleh memakan makanan yang baik dan bersih setiap harinya?Tidakkah anda melihat nikmat itu?Cuba bayangkan kalau suatu hari nanti anda terpaksa makan makanan seperti anak anak miskin dalam filem A La Carte?Andaian positif semacam ini akan membuat kita lebih pandai bersyukur dan lebih cepat dalam berasakan nikmat.
terima kasih atas perkongsian yg sungguh bermakna.
ReplyDeletekadang2 dlm situasi begini, hanya yg teruji dapat memahami.
bersyukur atas apa yg ada barangkali sinonim dgn sifat qanaah.
moga sabar dan tabah selalu
salam ahp,renungan bersama....
ReplyDeletehanya yang teruji amat memahami...
moga ahp juga diberikan kekuatan dan kesabaran