27 April 2011

Di sebalik sebuah kisah benar

Satu kisah penderitaan dalam kehidupan seseorang yang bergelar ISTERI ingin saya kongsikan bersama untuk renungan dan ikhtibar sesama kita dan apa yang saya cuba kongsikan adalah dari apa yang saya lihat,dengar dan dapat dari rintihan ISTERI ini sendiri................

Dari segi penjagaan dan tumpuan yang dicurahkan terhadap suami tiada kurangnya dan cacat celanya,seorang isteri yang mengabdikan diri sepenuh masa pada suami dan anak-anak tetapi diberikan ANUGERAH yang amat pedih dan sukar diungkapkan........

Kepercayaan yang diberikan sepenuhnya akhirnya memakan diri dan anak-anak juga turut merasakan gelombang kepahitan dalam hidup walhal tika itu anak-anak masih kecil dan wanita ini sedang sarat mengandung anak bongsu,ditinggalkan suami tanpa sebarang sebab.

Bahagiakah suami meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung bersama anak2 yang lain,yang masih kecil?Bahagiakah di atas penderitaan insan lain?Bahagiakah membiarkan isteri dan anak2 menderita hanya kerana menyintai insan lain?Apakah salah mereka?Terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa?

Kecekalan wanita ini dalam meneruskan kehidupan,walau berbekalkan air mata tanpa henti,siang dan malam ibarat sama,menelan segala pahit demi kasih sayang pada anak2.Betapa sukarnya untuk membesarkan anak2,sehinggakan pernah meminta nasi2 yang sudah basi dari restoran.Nasi tersebut dibasuh dan digoreng semula untuk diberi makan pada anak2.Asalkan dapat mengalas perut.

Walau betapa peritnya untuk membesarkan anak2 tanpa suami di sisi,tapi penuh keazaman untuk melihat anak2 berjaya.Setiap kali anak2 melangkah ke sekolah,bisikan dari seorang ibu,5 A....Alhamdulilllah anak2 semua mencapai keputusan yang cemerlang..Moga terus berjaya..."Benarlah pepatah mengatakan kasih ibu tiada galang gantinya"...

Berilah ibu peluang untuk merasa bahagia dengan kejayaan anak2...







3 comments:

  1. Ada sambungan lagi ker...ceciter ceciter..

    ReplyDelete
  2. maaf cerita tak habis,kesihatan saya yang tidak menentu.banyak cerita dan kisah yg boleh sama2 dapat dijadikan ikhtibar.

    ReplyDelete
  3. kisah ini,kisah seorang isteri dan seorang ibu yang amat cekal mengharungi segala kepayahan keperitan,kesukaran dalam kehidupan untuk membesarkan anak2 tanpa pertolongan suami.sehingga kini mereka masih dan tetap menanti kepulangan ayah dan juga suami.

    ReplyDelete