09 March 2011

Tiada suatu kebahagiaan pun yang lengkap bagi seseorang dan tiada suatu kebaikan pun yang sempurna bagi seseorang...

Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatu dan hindari serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan.....

Sesungguhnya anda keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan anda.Sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di Syurga.Sedangkan,di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak.Segala yang anda inginkan tidak mungkin semuanya tercapai.Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana,sakit,musibah dan ujian yang menimpa.

Jadilah wanita yang sentiasa bersyukur ketika senang dan bersabar ketika tertimpa musibah.Jangan bermimpi hidup di alam khayalan,yang tidak ada sakit,tidak ada kemiskinan,tidak ada kesedihan,suami yang tiada cela dan tanpa aib.Perkara seperti itu tidak akan tercapai selamanya.

Oleh tu pejamkanlah pandangan anda terhadap perkara perkara negatif,kekeliruan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain dan tunjukkanlah pandangan anda hanya pada sisi sisi positif lagi baik yang ada pada mereka.Tetaplah anda berbaik sangka,berpura pura tidak mengerti dan berpegang teguh hanya pada Allah.Jangan sampai sampai anda berpegang pada manusia,kerana sesungguhnya mereka tidak layak untuk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah S.W.T..

Jangan biarkan ada sudut gelap dalam kehidupan anda,kerana cahaya itu sudah ada dan anda hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya.


No comments:

Post a Comment