30 September 2010

santau....


Santau...apakah maksudnya?

santau : racun yg paling berbahaya (dibuat drpd berbagai-bagai ramuan) menyantau memberi (seseorang) makan santau: ~ orang sememangnya perbuatan yg keji.

Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus.

Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah

Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.

Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksudnya kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh2 juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.


Salah satu bahan merawat santau ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.


Beringat2lah,bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya dan atas apa yg dinasihatkan dan diperdengarkan bahawa semakin kita menuju ke akhir zaman,semakin byk perkara2 yg berkaitan sihir dan ilmu hitam dilakukan..waspada dan renungkanlah.....
Wallahua’lam…

2 comments:

  1. hmm.. hebat gak perubatan santau ni yerk.. hmm.. nape tak santau je askar2 kapirun kt palestin tuh? haha..

    ReplyDelete
  2. terima kasih info. saya baru tahu

    ReplyDelete