21 June 2010

Manusia Bertanya, Al Quran Menjawab

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12

20 June 2010

renungan buat diriku dan sahabat2 yang dihormati,

pesan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:

Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta"
(Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).
Allah lalu berfirman:"Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

diriku dan sahabat2ku,
kita tidak sempurna dan sering melakukan dosa,namun sebaik2 orang yg melakukan dosa ialah orang yg sedar akn dosanya dan segera bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH..INSYALLAH,kita termasuk dlm golongan tersebut.ameen.
YA ALLAH,berilah kami kekuatan untuk mentaati segala perintahMU..

HADIST


  • ((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتم
    للمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" ( 233 ) . "تذآرة
    . (312- الموضوعات" ( 69 ) . "الضعيفة" ( 309
    Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari
    Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan
    dari kalangan mereka. (Dha'i
    f)

15 June 2010

di wad husm

Dah beberapa hari kat wad...husm,wad medical.kekurangan darah merah...anemia makin teruk.Kena masuk darah.sel darah merah,darah putih makin menurun...Patutla makin kuat pening....

Kesan penerimaan darah org ni ,badan rasa panas je...berat je kepala n still pening...Doctor nk ambil darah dlm tulang sum sum takut ada masalah bone marrow failure.ni tgh pening2 tk dapat nk taip byk...kuatkanlah hati ni...

09 June 2010

Coretan hati

Hidup tak selamanya....peluang hidup hanya sekali..hargailah kesihatan,hargailah apa sahaja yg kita ada.bersyukur atas segala nikmat yg ada...Jauhkan dari mengeluh atau meratap nasib.Betapa bernilainya kesihatan,alangkah bertuahnya kalau sihat ...seperti insan2 lain..dapat membesarkan anak2 dengan titik peluh sendiri....Hari2 berjuang dengan kesakitan dan ketidakupayaan diri...Mata ni celik umpama tidak...makin hari makin kabur...Nak menangis sebanyak mana pun tak akan dapat merubah apa2 ...

sungguh bertuah kalau sihat..biarlah tiada harta,biarlah tak sempurna asal asalkan masih mampu bernafas...mampu membesarkan anak2..jika diberikan kesihatan yg baik...alangkah bersyukurnya..tak kan sesekali mengeluh dengan ketidak sempurnaan diri..

Masa banyak dihabiskan terbaring...hati ni ingin menjerit,sampai bila macam ni?anak2 masih kecil,tp kuatkan hati...kuatkan hati tak guna menangis,tak kan merubah apa2...sejak dari tahun lepas bila disahkan menghidap guillain barre syndrome,dan setelah ambil air tulang belakang....memang tak boleh duduk lama,lebih 10 minit macam nak pitam...kebas,rasa kosong dlm kepala..sentiasa pening....mudah berpinar2...

kuatkan semangat,berjuang,dan jangan mengalah walaupun dah tak mampu....anak2 masih perlukan ibu...selagi boleh cuba berjuang...kuatkanlah hati ini.....biarlah tak sempurna asalkan sihat..Betapa bernilainya nikmat kesihatan...





















06 June 2010

Suami enggan kongsi derita Oleh Siti Zarinah Sahib 2010/05/12.....Harian Metro

Berapa lama tak dapat nak menulis di blog ni...Kesihatan tak mengizinkan...Enemia,kebelakangan ni makin menjadi2....makin kerap pening,mata makin kabur...Cuba gagahkan juga...badan macam terhuyung hayang,kepala rasa kosong.Kuatkanlah semangat dan hati ni...untuk dilawan segala sakit,segala ketidak upayaan badan....Banyak yg nk dikongsikan di sini sebenarnya....berbagai peristiwa dan kisah......terima kasih buat kak siti harian metro kerana membantu saya......


SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome).

Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.


Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 30, tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit 'ketidaktentuan kebimbangan' yang menyebabkan dia sukar tidur. Justeru dia tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. "Ini menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah," katanya yang berasal dari Kelantan.


Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu selepas melahirkan anak ketiga. "Selepas habis pantang saya langsung tidak boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. "Doktor memberitahu usus semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah dan terpaksa ditahan di wad," katanya.


Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat mendapatkan rawatan. "Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan. "Kos ubat-ubatan sangat tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol untuk lima hari rawatan. "Dengan jumlah yang semakin bertambah serta perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya," kata Haryani sayu. Doktor pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin menipis, namun dia tidak sanggup menanggung risiko. Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. "Mungkin mereka ingat saya mampu bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, tiga anak serta kos rawatan saya. Suami pula langsung tidak memberi nafkah," katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui kebahagiaan. Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan perpisahan.


Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.


"Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian," katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih seperti dulu, tidak boleh bergerak. Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. "Hidup saya kini hanya untuk anak-anak sahaja. Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini. "Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan harian," katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691.


Ceriakan Hati dan Wajah

Suatu ketika Rasulullah saw memasuki masjid. Tiba-tiba dilihatnya seorang lelaki Anshor bernama Abu Umamah yang duduk termenung. Rasulullah bertanya, "Hai Abu Umaamah, kenapa engkau duduk di masjid bukan pada waktu shalat?"

"Susah karena memikirkan hutang ya Rasulullah?" ujar Abu Umaamah terus terang. Rasul mengatakan, "Maukah engkau aku ajarkan satu bacaan yang bila engkau baca maka Allah akan menghapuskan kesusahanmu dan melunasi hutang-hutangmu?" Abu Umaamah berseri-seri dan segera menyambut tawaran Rasulullah tersebut.

Rasulullah saw berkata, "Ucapkanlah olehmu pada pagi dan petang: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan sedih. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang." (HR. Abu Daud)

Episode kedua :

Abu Yazid Al Busthami, salah satu tokoh sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Istri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Abu Yazid menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Setelah itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu lelaki tersebut tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Apa yang kita simpulkan dari dua episode di atas? Sesungguhnya suasana jiwa, sangat berpengaruh pada bagaimana seseorang menyikapi dan menjalani hidup. Apa yang disampaikan Rasulullah saw kepada Abu Umaamah dalam episode pertama, selain do'a itu insya Allah akan diijabah oleh Allah swt, makna dan kandungan do'a itu akan menciptakan semangat jiwa yang baru dalam diri Abu Umaamah. Dan ternyata, dalam riwayat hadits tersebut, ketika Abu Umaamah membiasakan berdo'a sebagaimana yang diajarkan Rasulullah, ia menjadi pemuda yang giat bekerja sampai ia berhasil melunasi hutang-hutangnya.

Pelajaran itu tak berbeda dengan apa yang terjadi dalam dialog antara Abu Yazid dengan seorang pemuda yang murung itu. Abu Yazid menyampaikan bahwa hendaknya ia memandang dunia ini dengan hati yang gembira, senang dan wajah yang ceria. Dengan memperbaiki penampilan wajah, maka hati pun akan ceria. Dengan kata lain, Abu Yazid ingin merubah cara pandang pemuda itu terhadap hidup. Ia ingin mengajarkan bahwa hidup tak boleh disikapi dengan keresahan. Sekedar memandang hidup dengan keceriaan wajah yang akan membawa keceriaan hati. Keadaan itulah yang akan banyak membantu seseorang untuk giat bekerja dengan hati yang senang. Sederhana bukan?