Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus.
Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Salah satu bahan merawat santau ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.
Wallahua’lam…