Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
28 March 2013
Derita jua yang di tempah...
Derita jua yang di tempah,perjalanan hidup yang semakin menguji.Blog ni penuh dengan cerita sedih.Pohon maaf banyak banyak,comment2 yang tak reply.Mungkin sesiapa yang membaca akan mudah bosan.Luahan hati saya hanya di sini.Deritanya hidup tidak terkata.Makin di kuatkan diri makin tersungkur.Tapi tetap cuba untuk terus bertahan.Segalanya rahsia Allah.
19 March 2013
Bantu hamba
Ya Allah,tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuanmu....Astaqfirullahalazim...
Ya Allah bantu hamba..amin.
18 March 2013
Hanya Tuhan Yang Tahu
Air mata yang sentiasa mengalir.perit di hati hanya Tuhan
yang tahu.Untuk di luah pun tak termampu.Merenung wajah anak anak,teramat sayu
dan sebak.Hati hiba mengenangkan mereka.Perjalanan hidup yang penuh liku.Cuba
kuatkan hati untuk terus melangkah.Ada DIA di setiap langkah..
Meniti kehidupan kini dengan keajaiban dariNya.Indahnya
ujian yang Maha Hebat ini.Walau sering terkedu,tersungkur sendirian,masih mampu
untuk meneruskan langkah demi mereka.
Satu persatu penyakit kronik dan berangkai menimpa diri.tapi
kuasa Allah melebihi segala galanya.Mampu berjalan kembali dengan keajaiban
dariNya.Ada sinar di penghujung ramadhan.
Betapa indahnya tarbiyah dari Allah.Tidak lekang dari air
mata,tidak sesekali di biarkan diri ini lena dalam kesenangan.Ujian bertubi
tubi,yang sukar dimergetikan,segalaNya dalam rahsiaNya.
Terus melangkah dan sentiasa bersangka baik padaNYa.Ada
rahsia dan hikmah di sebalik setiap ujian.Janji Allah itu pasti.
10 March 2013
Hidup bukan untuk derita...
Hidup bukan untuk derita. Duka, gundah dan derita itu
tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya.
Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui
pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit, ia datang juga, bersabarlah dengan
mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari,
tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit
yang menimpanya.
Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”.
Duka dan derita itu lebih luas
daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka dan derita, tetapi betapa
banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit. Duka dan derita boleh
hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena kepada yang miskin dan
yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar raja. Kadang-kala ia datang
dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu sebabnya. Kadang-kala kelihatan
sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat besar.
Aiman dan ikhtisyam makin pandai berdikari.Mereka makin memahami perjalanan hidup yang sedang di lalui bersama mama..Dalam renungan mata anak anak,terselit seribu rasa dan penuh harapan.Di situlah mama mencari kekuatan dan masih bertahan dengan keajaiban dari Allah.
Meneruskan kehidupan,walau terpaksa menempuh pelbagai duka dan derita.Banyak hikmah di sebalik duka dan derita.
Apabila duka dan derita hadir, insan akan mula memanggil Tuhan siang dan malam. Insan mula insaf bahawa inilah kehidupan yang sementara, lantas harapannya bergantung kepada Allah semata. Dia pu mengharapkan apa yang hilang di sini, diperolehi di sini.
Tawakkal! Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya.
Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah.
Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya):
“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3).Duka dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini.
03 March 2013
Tersirat
28 February 2013
Bila takdir berbicara,berserahlah padaNya.
Bila takdir berbicara lidah kelu tidak terkata.Allah itu Maha Adil,Maha Mengetahui setiap kehendak hambaNya.Tarbiyahnya penuh hikmah.Bila hati tawakal padaNya,ketenangan pasti menyinggah.Tersentuh akan nikmat kasihNya pada diri.Katakan pada hati segalanya penuh hikmah yang telah cantik disusunNya .Senyumlah selalu walau pahit diuji,walau hati rasa tak mampu dengan ujian .Kita perlukanNya dari segala galaNya.Allah,ada DIA di setiap langkah.
Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.Sesungguhnya segala yang berlaku penuh hikmah dan dalam rahsiaNya.
Daripada Anas r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Hadis riwayat Tirmizi)
Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.
Bertabahlah wahai hati...Innallahama Ana...
22 January 2013
Dugaan datang bersama hikmah
Mari kita nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT. Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus. Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Kita hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka. Firman-Nya disebutkan, Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45).
Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan seseorang Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara. Ujian dan dugaan menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Nasihat sabar dalam keimanan adalah kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan dengan mengingatkan mereka tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul pilihan Allah, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 4: Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.
Bertabahlah wahai hati..............
Subscribe to:
Posts (Atom)






