30 September 2011

Mengapa wanita memerlukan lelaki

Dipetik dari I LuV ISLAM COM....

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan hingga ke akhir hayat.

Tetapi jika derita yang diberikan masih perlukah lelaki?Bukankah mereka adalah pemimpin?Iklhlas dan redha dengan mencintai isteri kerana Allah...Setiap ujian sama2 membantu bukannya tambah menghukum,tambah penderitaan.Bukan membiarkan isteri terkapar kapar seorang diri...Menahan segala derita dalam hati..Ya Allah,bukankah lelaki sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...


Pandanglah dari sudut positif

Apa reaksi anda bila dimana anda berada,pasti ada mata2 sinis yg memandang dgn pandangan yg memedihkan,mereka bercakap sesama sendiri sambil matanya mengerling kearah saya dan mengelakkan diri dari saya.Saya tidak mengenali mereka tapi kenapa perlu jatuhkan semangat insan lain yg kurang keupayaan dan hanya tabahkan diri dan cuba berpura pura sihat demi insan2 yg disayangi..Saya dipandang sinis hanya kerana fizikal saya ibarat pembawa penyakit kronik spt KUSTA,HIV,AIDS etc kerana terlalu kurus dan muka pucat kesi.Berat badan makin menurun,sekarang 35 kilo..Walau hakikatnya tidak namun yg sebenarnya sesiapa jua tiada mempunyai hak untuk menilai dan memberikan tafsiran yg negatif kerana kita sebagai manusia berada pada tahap yg sama di sisi Allah..Jangan memandang hina dan jijik pada sesuatu penyakit kerana apa yang insan terpilih ini hadap adalah adanya kasih sayang Allah Taala dan mungkin satu kifarah..Berilah peluang pada insan2 lain agar mampu hidup seperti insan2 kebanyakan di bumi Allah.Cukuplah tekanan yang mereka hadapi dan adalah lebih afdal untuk kita membantu dan mendoakan insan2 ini...

Hanya bila,dimana dan bagaimana ujian Allah itu datang pada kita dan bagaimana kita cuba melalui ujian yg Allah berikan dgn jalan yg diredhainya....Bagi mereka yg masih sihat dan bebas melakukan sebarang apa jua,pasti tidak akan terfikir kebarangkalian apa yg bakal mereka hadapi di kemudian hari namun ingatlah dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi.Kadang kadang sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran,tetapi terjadi pada diri kita.Oleh itu jangan mudah memandang negatif pada diri insan lain..Sehingga kini hanya ada anak2 peneman.Perlukah saya mengeluh bila tiada yang sanggup mendekati?Bukankah di sini saya dapat mengenali betapa "ikhlasnya"mereka yang berada di samping saya sebelum ini?

Memang benar saya tidak dapat tipu hati saya tatkala sedih namun saya cuba menipu minda supaya ignore kesedihan itu untuk saya tabah..Pernah saya berasa ibarat berada di awang awangan.Pada siapa yang mampu saya harapkan?Saya hanya mampu menahan dalam hati dan memohon kekuatan yang luar biasa.Segala luahan bukanlah untuk menagih simpati tapi supaya kita jadikan satu peringatan,dorongan,dan beroleh sokongan agar mampu sama2 menghadapi ujian dan tidak mengalah supaya tidak tersungkur dan berada pada tahap yang tidak sepatutnya.

"LIFE IS TEST....THE ONE WHO KNEELS TO ALLAH (TAALA) CAN STAND UP TO ANYTHING.....


Be Strong

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMU
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada ku harap hanya diriMU yang bertahta
Hanya cintaMu yang abadi...
Cinta Sejati hanya Cinta Illahi

Buat mereka yang sedang diuji Sang Khalid..................

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali".Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah:155~157)

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."(Ali-Imran:139)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya,maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."
(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Ubat hati ada lima
Yang pertama,baca Quran dan maknanya
Yang kedua,dirikanlah solat malam
Yang ketiga,berkumpullah dengan orang orang soleh
Yang keempat,perbanyakkanlah berpuasa
Yang kelima,perbanyakkanlah berzikir

Selagi kita bernafas di atas muka bumi,selagi itulah kita akan diuji,kita hanyalah maklukNya yang cuma menumpang seketika di alam fana ini,berkelana menuju destinasi yang pasti,lalu mengapa mendambakan kesenangan yang sementara.Dunia ini bukankah tempat ujian semata?Tuhan kupohon kepadaMU diberikan kekuatan dan kesabaran buatku menempuh hari hari yang mendatang yang pastinya akan lebih mencabar."Ku pujuk hati ini,sabarlah wahai hati,cuma untuk beberapa waktu sahaja lagi,mentarikan pastinya muncul lagi.Wahai hati,janganlah bersedih lagi.Senyumlah dan tabahlah menghadapi hari hari demi mengejar sinar di hujung destinasi.

Ku pasrahkan segalanya padaMu oh Tuhan,janganlah kau palingkan hati ini dari kebenaran..........

29 September 2011



Ada sebuah ungkapan mengatakan:

A moment of patience at the time of anger saves one from years of regret and sorrow..

Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah bersabda :Sabar itu dilakukan pada hentakan yang pertama."(Riwayat Muslim)

28 September 2011

Andaian yang Positif

Andaian yang positif...Dipetik dari buku "Bila Allah Menduga Kita"

Suatu waktu dahulu berlaku hujan yang turun terus menerus di sebuah kota di Amerika Syarikat.Hujan badai itu menyebabkan dua buah pohon besar yang berada di tepi jalan tumbang.Salah satu pohon besar itu jatuh menimpa sebuah kereta Toyota Echo yang sedang bergerak laju.Kejadian tersebut menyebabkan bahagian depan kereta hancur dan ditindih pohon tadi.45 minit masa yang diperlukan bagi para pengawal bomba untuk memotong dan memindahkan pohon besar itu dari kereta di bawahnya.Nasib baik tidak ada yang cedera disebabkan kejadian itu.Semua yang berada di dalam kereta selamat.Andainya pohon itu tumbang satu detik lebih lambat,maka bukan bahagiaan depan kereta yang akan hancur,tetapi bahagian tengah yang diduduki semua orang yang ada di dalamnya.Dalam peristiwa seperti ini,tentu orang akan berfikir,'nasib baik pokok itu tidak jatuh lambat sedikit' atau 'kalau saja pokok itu satu lebih lambat maka musibah yang akan terjadi tentu lebih besarlagi.Kereta itu memang rosak ditimpa pokok.Itu merupakan dugaan.Tapi dengan melihat kemungkinan lebih buruk yang boleh tejadi,kita merasakan ada nikmat di sebalik ujian ini.

Nikmat juga boleh kita rasakan ketika kita menyedari makna ketiadaan nikmat itu.semakin kita menyedari bagaimanakah rasanya bila ketiaadaan sesuatu nikmat itu.Semakin kita menyedari bagaimanakah rasanya bila ketiadaan nikmat itu,maka semakin besar pula kenikmatan itu kita rasakan.Kerana itu,kita mampu menerapkan andaian positif ini dalam kehidupan kita seharian.Yang kami maksud dengan andaian positif adalah membayangkan keadan atau kemungkinan yang tidak menyenangkan sehingga kita boleh berasakan hal-hal positif di sekitar kita.Selalu-selalulah membayangkan hilangnya nikmat dan seringlah melihat kepada orang orang yang tidak memiliki nikmat yang anda miliki.Dengan begitu rasa syukur akan mengisi ruang ruang jiwa anda dan kebahagiaan akan kebahagiaan akan meluru masuk ke dalamnya.Lebih dari itu,anda juga akan mempunyai lebih banyak kepekaan sosial tanpa harus berasa khuatir kehilangan nikmat setiap kali berbahagi nikmat itu dengan orang lain.

Atau sekiranya anda kurang mampu berandaian maka amalkanlah perkara yang berlawanan dengan nikmat,selagi mana perkara itu tidak menzalimi diri anda sendiri.Sebab,ketika anda berpisah dengan nikmat,barulah anda betul-betul mengetahui nilai sebuah nikmat dan pada saat itulah anda baru betul-betul menghargainya.Ketika anda mengetahui rasanya kehilangan nikmat,maka nilai nikmat itu menjadi semakin tinggi dan itu menjadikan rasa manis yang diberikan oleh nikmat tadi menjadi semakin bertambah.Jika anda selalu berasakan nikmat,maka sudah tentu hidup anda selalu terasa manis.Ambillah contoh berikut ini.Ketika perut anda mulai penuh,kemudiannya anda dihidangkan cake black forest yang sangat lazat dan anda kemudian memakannya.Adakah anda merasakan kenikmatan yang luar biasa?Mungkin anda merasa nikmat,tapi kerana sudah kenyang,maka rasa nikmat itu menjadi tidak begitu kuat.Sementara pada kesempatan yang lain,anda berpuasa seharian dan perut anda terasa sangat lapar.Kini anda sudah bersedia untuk berbuka puasa dan di hadapan anda ada makanan yang sangat sederhana,cuma nasi dengan sambal dan semangkuk Tomyam.Kerana anda sedang lapar,bukankah rasa nikmatnya jadi berlipat ganda?Mana kenikmatannya yang kenikmatannya lebih besar di antara dua contoh di atas, makan mewah ketika kenyang atau makan sederhana ketika berasa sangat lapar?

Pada umumnya orang akan merasakan kenikmatan yang lebih besar pada kes yang kedua,iaitu makan sederhana bila sedang lapar.Mengapa begitu?Sebab kita makan di tengah ketiadaan nikmat lapar.Perkara itu menyebabkan rasa nikmat menjadi berlipat ganda.Tapi kita tidak harus menunggu hilangnya nikmat untuk merasakan kenikmatan yang besar ini.Anda juga mampu menggunakan andaian positif seperti yang telah disebutkan di atas.Mungkin anda termasuk orang yang sederhana dan sudah biasa makan yang enak-enak.Tapi cubalah pandang makanan anda setiap kali akan makan.Bayangkanlah nasib anda tidak sebaik sekarang ini.Fikirkanlah bahawa ramai orang yang nasibnya tidak sebaik anda dan mampu saja anda terjatuh dalam keadaan yang seperti itu.Tapi ternyata anda tidak sepertio itu.Allah memberi anda nikmat seperti yang sekarang anda lihat di depan mata anda.Alhamdulillah anda tidak merasakan kesukaran dan anda mampu menikmati makanan yang sedap pada bila bila masa saja yang anda inginkan.Tidakkah dengan mengandaikan semua itu anda akan merasa lebih bersyukur?Tidakkah kini anda merasa bahawa makanan itu betul-betul nikmat Allah yang luar biasa yang dianugerahkanNya kepada anda dan keluarga anda?

Ada sebuah filem pendek yang memenagi anugerah antarabangsa.Filem itu berjudul A La Carte dan memulakan ceritanya di sebuah kedai makan.Gambar yang diambil di kedai makan itu merupakan perkara biasa setiap hari.Restoran francais yang dipenuhi pengunjung,Mereka asyik menikmati makanan sambil berbual.Bibir mereka biasanyatersenyum dan wajah mereka ceria.Lalu setelah mereka semua selesai,siang mulai bertukar malam dan restoran ditutup,seorang lelaki muncul dari pintu belakang restoran.Dia mengambil sisa sisa makanan dari tempat pembuangannya.Ya,dia mengambil sisa sisa makananyang dibersihkan sepanjang hari dari piring piring pelanggan.Dia mengumpulkannya dan membawa pulang ke rumahnya yang sangat sederhana di salah satu kawasan lain di bandar.Bila dia balik,ada ramai anak anak miskin yang menyambutnya.Mereka berpesta.Mereka tertawa ceria.Mereka bergembira melebihi kegembiraan para pelanggan restoran yang datang di pagi dan siang hari ke restoran.Mereka sama sama gembira.Namun yang satu bergembira dengan makanan yang baik dan segar untuk dimakan dan yang lainnya berasa gembira kerana boleh mendapatkan sisa sisa makananyang dikumpulkan dari piring para pengunjung restoran.

Adakah anda akan melonjak senang,melompat dan menari nari seperti anak anak miskin itu,jika anda diberikan sisa sisa makanan dari piring bekas orang lain?Adakah anda mahu makan makanan itu?Tidakkah anda bersyukur kerana boleh memakan makanan yang baik dan bersih setiap harinya?Tidakkah anda melihat nikmat itu?Cuba bayangkan kalau suatu hari nanti anda terpaksa makan makanan seperti anak anak miskin dalam filem A La Carte?Andaian positif semacam ini akan membuat kita lebih pandai bersyukur dan lebih cepat dalam berasakan nikmat.

26 September 2011

Mencari ketenangan hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan –forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?

Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!