Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

17 April 2010

Ku pohon redaMu..Ya Allah..

Dengan kebesaran Ar Rahman dan Ar-RahimMu,dengan rendah hati kami menagih keampunan dan rahmatMu.Kasihanilah kami,kedua ibu bapa kami,anak anka kami,keluarga kami dan guru guru kami.Terimalah segala amalan kami.Kami menyembah,memohon redamu....

Ya Allah..kurniakanlah ketenangan di hati kami sebagaimana tenangnya Madinah dan Raudah.Janganlah kau biarkan kedamaian Raudah berlalu daripada kami.Putarkanlah fikiran dan hati kami agar sentiasa jitu dan tidak bosan mengingati baitullah sebagaimana malaikat tanpa jemu bertawaf di BaitulMakmurMu.Berikanlah kami hati yg mencintai KaabahMu dan kerendahan jiwa yg mahu bersolat sehampir mungkin dengan KaabahMu...


Ya Allah....Anugerahkanlah kami syafaat Rasul.Bangkitkanlah kami bersama para syuhada dan berikanlah kami laluan VVIP di titian sirat.Basahkanlah tekak kami di Yaumul Akhirah dengan telaga KautharMu.Berikanlah kami penghormatan Datoship di Padang MasyarMu dan bentangkanlah karpet merah hamparan indah untuk kami melangkah ke syurgaMu.Kami tidak mampu dan tidak berdaya untuk berhadapan dengan kemurkaanMu.

Sesungguhnya.....arafah telah membina kami untuk menjadi insan yg sentiasa mengharap belas kasihMu dan kebergantungan kami hanya untukMu.Hanya diriMu Ya Allah...tempat kami berteduh daripada kepalsuan dunia yg melekakan kami...Amin ya rabbal alamin...


15 April 2010

Hanya PadaMu

Ya Allah,.. Sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku sesat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa rahmatMu Kuatkanlah hati & semangatku Tabahkan aku menghadapi segala dugaan yg datangnya drMu Amin ya Allah Amin ya Rahman Amin ya Rahim Amin ya Karim Amin ya Rabbal 'Alamin

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum...
Sebagai pembuka bicara...
Salam perkenalan untuk semua..
Semoga ikatan persahabatan kita kekal.
" Saya Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . "