28 February 2013

Bila takdir berbicara,berserahlah padaNya.



Bila takdir berbicara lidah kelu tidak terkata.Allah itu Maha Adil,Maha Mengetahui setiap kehendak hambaNya.Tarbiyahnya penuh hikmah.Bila hati tawakal padaNya,ketenangan pasti menyinggah.Tersentuh akan nikmat kasihNya pada diri.Katakan pada hati segalanya penuh hikmah yang telah cantik disusunNya .Senyumlah selalu walau pahit diuji,walau hati rasa tak mampu dengan ujian .Kita perlukanNya dari segala galaNya.Allah,ada DIA di setiap langkah.

Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.Sesungguhnya segala yang berlaku penuh hikmah dan dalam rahsiaNya.


Daripada Anas r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Hadis riwayat Tirmizi)


Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.


Bertabahlah wahai hati...Innallahama Ana...

22 January 2013

Dugaan datang bersama hikmah

Mari kita nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT. Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus. Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Kita hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka. Firman-Nya disebutkan, Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45).

Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan seseorang Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara. Ujian dan dugaan menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. 

Nasihat sabar dalam keimanan adalah kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan dengan mengingatkan mereka tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul pilihan Allah, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 4: Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

Bertabahlah wahai hati..............


16 January 2013

Lakaran Allah penuh rahsia..

Perit rasa hati,sayu dan sebak.Ujian Allah bertalu talu..segalanya benar benar mencabar.Menguji kekuatan jiwa.Tiada daya dan upaya lagi.Hidup tetap perlu di teruskan..Hati meraung sendirian,ujian Allah itu amat hebat,tiada hentinya.Sungguh betapa Allah sayangkanku,tidak sedikit di biarkan diri ini di buai dengan kesenangan dan kebahagiaan.Segalanya terlalu sukar untukku gapai..

Lakaran Allah penuh dengan rahsia.Hanya Engkau yang Mengetahui segala sesuatu..Tersirat segalanya.Termenung dan terkedu sendirian..



07 January 2013

Hanya Engkau Yang Sentiasa ada denganku..



Kesihatan amat tidak menentu…Pada siapa nak diluah,melainkan hanya PadaMU,atau melalui menulis coretan,luahan..Untuk mencoret juga memerlukan kekuatan.Hati semakin sebak dan sayu..kekuatan dan semangat semakin pudar.. 

Ya Allah,berikanlah aku kekuatan…
Meniti hari dengan keajaiban dariMu,kubersyukur dan terima kasih Allah kerana  masih meminjamkan waktu untukku…hanya Engkau yang Maha Mendengar..Ya Allah Ya Tuhanku..Syukurku padaMu tiada terhingga..Peluang untukku lebih mendekatkan diri padaMu..

Menggeletar menahan segalanya..Seluruh anggota terasa longlai...
Ya Allah kuatkan semangat hamba ini. ... Hati hamba pedih dan sedih sangat
tetapi hamba menahan air mata dari mengalir keluar. ... Hamba tidak dapat
menahan kesedihan. ... Ya Allah Ya Tuhanku,hanya PadaMu...Walau sering tersungkur,Engkau sering menyelamatkanku..Engkau sentiasa ada..Sungguh besar kasihMu..

ya Rabbi, wahai Penguasa hati
yang mampu membolak-balikan hati manusia..
jagalah hati hamba
agar tetap pada tempatnya..di Jalan-Mu...
ya Rabbi, wahai Penguasa hati
yang mampu membolak-balikan hati manusia..
jagalah hati hamba
agar tetap pada tempatnya..di Jalan-Mu...

Ya Allah,,, kuatkan iman hamba...
Dalam kehidupan ini penuh pancaroba…

Ujian yang tiada hentinya..
Mudahkanlah jalan hamba....
Terasa hilang jiwa ini... Sedih.
Pilu...
Ya Allah,Hanya Engkau yang sentiasa ada  denganku..
Sesunguhnya Engkau Tuhanku,Maha Pengasihani...

Ya Allah hamba meratap menangis dihadapan-Mu...
Memohon kekuatan-Mu Ya Allah...
Hanya kepada-Mu hamba berserah.....
Ku memohon penjagaan-Mu...
Ya Allah...
Ilhamkan pada diri hamba selalu bermunajat kepada-Mu
Tiada berputus-asa kepada-Mu

26 December 2012

Padamu ku berserah

Letih merayu dan menagih ihsan...Hanya yang merasai baru dapat memahami erti....

Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI ....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

Jika dirimu dilanda kesusahan bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya.......
Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. 
Perisailah dirimu dengan harapan agar tidak putus asa 
Hingga penderitaanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu 
Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain.
 Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. 
Penderitaan itu tidak selamanya mengongkong seseorang sebagaimana kegembiraan pun tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini bagi orang-orang yang waspada.......

"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba.amin.

"Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau ada menyertai kami.amin.


14 December 2012

Masa itu emas..

Moga termakbul impian untuk ke sana sebelum terpejam selamanya...Moga ada keajaiban dariNya..

"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman kenikmatan."amin.

"Masa itu adalah emas". Perumpamaan yang sudah lama kita dengar, dan tentu sekali kita sudah pun tahu apakah maksudnya? Masa sentiasa bergerak ke hadapan. Berjalan dan terus berjalan tanpa menunggu kita.Walau dalam bentuk apa sekali pun kepayahan dan keperitan hidup,hidup perlu diteruskan.


"Setiap saat adalah peluang".  Setiap saat yang diberi untuk kita, sebenarnya, ia adalah peluang. Tetapi peluang untuk apa? Peluang untuk menghargai masa yang masih ada dalam membekalkan diri untuk ke destinasi yang kekal selamanya.


Sahabat ku, mari kita  fikirkan semula. Kenapa kita masih hidup sampai hari ini? Kerana Allah mahu kita kembali padaNya. Mahu kita untuk dekat denganNya. Dan DIA memberikan kita setiap saat itu, setiap peluang itu sebagai ruang untuk kita kukuhkan cinta padaNya, menyesali segala dosa, dan melangkah untuk berjalan menuju ke syurgaNya.
Ya. Mustahil untuk manusia bersifat sempurna, tetapi tidak mustahil untuk mencuba dan berubah. Renungkan kembali, atas sebab apa kita dihidupkan. Kenapa kita diberi nyawa?
Hanya satu sebabnya. Sebagai hamba Allah S.W.T.  Dan setiap saat yang menjadi peluang untuk kita, adalah peluang untuk kita mencari seberapa banyak "tiket" untuk menetap di penempatan yang kekal selamanya. Sama ada syurga, ataupun neraka. Kita sendiri yang membuat pilihan, melalui transit kehidupan yang bergelar kehidupan dunia.
Setiap saat adalah peluang dan terlalu berharga.Fikirkan lagi tentang ini. Peluang ini. Masih terbuka luas peluang untuk kita cuba mengubah keadaan dan lebih mendekatkan diri padaNya. InsyaAllah. Allah akan membantu kita.
Jangan hilang keyakinan dalam hidup. jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil. Dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya. Dan jangan hanya bisu, tunduk pada cinta.Berpegang teguhlah pada Allah..


Terima kasih Allah di atas peluang kehidupan yang masih Allah berikan..Ia amat2 bernilai...


"Ya Rahman Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."
"Ya Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan.. Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."Amin.

12 December 2012

Hargailah....

Hargailah kehidupan dan bersyukurlah di atas segala nikmat dan rahmat dari Ilahi.Setiap detik yang di lalui terlalu bernilai dan berharga.

"Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdoa." Surah al-Fushshilat: 51


Sifat manusia yang mudah lupa. Lalai dengan kehidupan dunia yang seketika. Apabila muhasabah diri kembali, hati yang rindu pada kesyahduan kasihNya...

Imam Ghazali ada berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” 

Hidup cuma dalam 2 nafas: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 


Hidup cuma ada 2 pilihan: Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. 
Hidup yang abadi cuma ada 2 tempat: Syurga atau neraka. 

Ingatlah..........Peluang kehidupan yang Allah masih berikan...