30 April 2012

Sumber inspirasiku selain anak anak...Mereka yang berbeza tapi SETARA dan kukuh di hatiku

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwa sehingga kitamerasakan kitalah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya,lagi lagi bila hanya seorang diri. Akhirnya menjadilah orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.


Ya Allah hanya Engkau yang Mengetahui setiap derita hambaMu di atas pentas dunia...Berat sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak mendaki bukit. Di jalan yang rata pula dikalahkan oleh kenderaan yang lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, maka tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang simpati, ada yang kehairanan, ada yang mencemuh,malah ada juga yang tidak ambil peduli. Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.Lebih hebat....


Mereka yang berbeza tapi SETARA dan kukuh di hatiku.....Kekuatan dan inspirasiku...


Sedih mendengar rintihan kakak angkat yang juga sedang menahan derita,hanya memiliki sebelah kaki akibat gangren kencing manis..Beliau seorang yang amat tabah..sungguh beliau amat tabah..Ujian hidup beliau amat berliku,penderitaan demi penderitaan tiada hentinya.Pernah berkali kali koma..Segalanya dihadapi dengan redha.Tidak pernah sesekali mengalah dengan ujian Illahi.Kini beliau diuji suami sakit yang sedang berada di  hospital..Yang lebih menyedihkan dengan segala kepayahan dan kesusahan  beliau berjuang menjaga suami di hospital...Setiap hari mengayuh kerusi roda menahan teksi seorang diri bertemankan tangisan di hati...Menahan lelah derita.Satu persatu ujian datang yang kadang kala tidak dapat diterima dek akal..Hanya linangan air mata mendengar rintihan akak..Kak...kalau saya dekat dan saya mampu saya tak akan biarkan akak terkapar kapar seorang diri.Setiap kali mendengar rintihan akak jiwa saya juga ibarat terbang.Kak,ingatlah perjuangan akak tidak sia sia.Akak berjuang untuk suami akakdan kerana Allah..Akak sedang merebut pahala dalam menjaga seorang suami walau dalam seribu kepayahan... Ada lagi insan lain yang tidak berpeluang untuk menggapainya...Moga syurga Allah menanti buat akak...


Satu persatu berlegar legar membuatkan diri ini cuba tabah dan kuatkan diri,AHP
Beliau adalah seorang insan yang hebat..yang saya amat kagumi..Sungguh...beliau insan yang amat istimewa..Keluhuran,kemurnian dan keperihatinan beliau yang sanggup mengorbankan masa, kerehatan, dan tenaga untuk membantu dan menyedarkan insan insan lain mungkin adalah salah satu hikmah kenapa beliau diuji sedemikian(human error semasa pemindahan darah)..Kebangkitan untuk menyedarkan ramai lagi insan insan di luar sana untuk tidak terus hanyut dengan hiv..Amat kagumi beliau..Indah dan betapa harmoninya kehidupan beliau bersama keluarga berlandaskan aspek keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT..Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segala galanya dengan bijaksana.AHP,saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana berpeluang mengenali insan sehebat AHP... 

  1. Bersabarlah di atas suratan.......


Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.


Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)


Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk menghadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!



Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.



Pimpinlah daku


Kadang kadang menyendiri itu lebih baik,hanya Allah yang memahami segalanya...Hanya Allah...Segalanya tidak terluah .Air mata juga dah tak mampu mengalir...Allah jua penentu segalanya,ku menuju padamu Ya Rabb,pimpinlah aku....Berikanlah aku secebis kasih Mu...Secebis kasih Mu...Allah..Pimpinlah daku....Subhanallah..Subhanallah...

24 April 2012

Penawar duka...

Alia...kasih mama tiada galang gantinya....Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.amin.


Contohilah Siti Khadijah..
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah

 Didikla jiwamu seperti Siti Aishah
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…
 Moga dirimu setabah umi Nabi Ismail kelak...
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….



Ketabahan masyitah dan keteguhan imannya....




p/s: “LINDUNGILAH DIRIMU, SEINDAH PERHIASAN DUNIA”

Permata hati...moga terus bersinar...

Moga anak2 mama berjaya dunia akhirat,mama sanggup bertarung memikul apa saja.Dari awal pagi sehingga awal pagi...Dalam mama berjuang untuk anak anak,mama bertarung dengan kesakitan dan emosi..Memikirkan perjalanan hidup...Ia benar2 berliku penuh onak duri,ranting ranting tajam,bukit bukau yang menggunung..Akan mama menyelusuri jalan2 ini buatmu anak anakku,selagi mama bernafas...

Soalan cepumas dari Ikhtisyam,mama,...kenapa bila tanya mama ingat tak kat abah mama tak nangis pun tapi kenapa kalau tanya mama ingat baba (arwah abah)mama terus nangis?...Kerana mama pernah merasai didikan dan kasih sayang yang tulus dari seorang abah tapi tidak anak anak mama.......Jawapan ini hanya di dalam hati..tak sanggup mereka mendengarnya...Moga mereka terus tabah dan dilindungi Allah...Kasih sayang Allah lebih lagi kasih sayang ibu dan bapa....

Tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai...

Awal terjaga,tak dapat lelapkan mata dari tadi..batuk yang makin kronik.makin tak berhenti..Dah hampir 2 malam tak dapat lena dan lelapkan mata...Batuk yang menakutkan,sesak nafas...Saat mama bertarung dalam kesakitan wajah anak anak datang satu persatu satu..Sayu dan sebak memandang wajah mereka...Moga Allah lindungi anak anak mama dunia akhirat.amin...

23 April 2012

Sesuatu yang tak terluah....

 
Al-Qurtubi berkata: “Allahlah yang Maha Mengetahui segala rahsia isi hati manusia dan apa yang disembunyikannya. Begitu juga alam buana ini dari tujuh petala langit dan bumi serta seisinya.

Air mata yang tak terkeluar adalah kekuatan terakhir yang dimiliki...

Luka yang paling dalam ialah yang tidak terlihat oleh mata,kesedihan yang paling dalam ialah yang tak terluah  oleh kata kata...

Jadikan emosi itu motivasi untuk lebih kuat....

Meneguhkan ketahanan mental melalui 
gelak tawa mereka

Bisikan hati mama tiada siapa yang tahu....

Perjalanan hidup yang tidak mudah......




 Allah...Allah....Allah..Allah



dekatlah selangkah padaKu,nescaya 1000 langkah Kuberlari padamu”

”berdoalah padaKu nescaya akan Kukabulkan permintaanmu”

”mohonlah ampun padaKu,asal tiada sekutu,datangmu segunung dosa selautan taubat Kuhampar padamu”

”ceritalah padaKu,rataplah padaKu…”

dengan Dia esok masih ada,

21 April 2012

Ma Fi Qalbi Ghairullah



Abah
Moga tenang di sana
Amat2 merinduimu abah
Jiwa ini sering meraung memanggil namamu
Tidak terdaya lagi melawan arus
Terkapar kapar seorang diri tanpa bimbinganmu
Saban malam memanggil nama abah kini
panggilan yang tidak menyahut...
Terkejut dari lena,abah tiada lagi di sisi...
Hibanya hati ini 
Derita hati silih berganti tak terluah
Abah... bagaikan terasa dan terngiang2 dicuping telingaku akan suara abah memanggil2 ku.  
Hati mula bergetar, mataku mula berair 
Abah...Tiada lagi dahan untukku berpaut menentang arus yang deras...
Terdampar jauh terhempas badai
Abah....tetapi walau tanganmu tidak dapat lagi kugapai akan ku terus bangkit menentang arus.........agar permata hatiku terus bersinar...
Al Fatihah

Ya Allah
Berikanku secebis CINTAMU buat hamba yang dhaif ini
Sekelumit belas KASIHMU
Untukku berpaut & bersandar hanya padaMU

Kasihmu yang abadi
Hanya Engkau yang Maha Mendengar dan Maha Pengasihani
Aku disini kan terus Mencuba demi CINTA &KASIHMU
Walau rintangan begitu berat & Pedih
Kuangkat kedua tangan yang hina & nista ini
Bersimpuh & bersujud dalam persembahan suci UntukMU
Kan kubasah lidahku dengan lantunan zikirMU yang indah bertemankanku
Kupanjat doa tulus dalam setiap desahan nafasku
Demi CINTA & KASIHMU Ya Allah....

Allahuakhbar......