Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
29 December 2013
Tahniah buat anakanda Alia Erisha
Syukur alhamdulillah dan tahniah buat anakanda Alia Erisha kerana berjaya meraih 9A dalam PMR.Semoga anakanda terus berjaya nanti di dunia jua akhirat.Doa mama sentiasa mengiringi anakanada semoga anakanda terus berjaya,juga semoga lebih tabah,lebih gigih dengan semangat yang kental untuk menghadapi ujian yang lebih besar dan mencabar nanti. Semoga anakanda berjaya menjadi insan berguna di suatu masa kelak..Hanya doa yang mampu mama kirimkan buat anakanda...
17 October 2013
Salam Aidiladha
Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.Selamat Hari Raya Aidiladha..
Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah. Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.
Kesihatan semakin hari semakin menguji..Masih bertahan..Amat mengharap jika ada sesiapa yang sudi membantu untuk meneruskan rawatan dan kehidupan bersama anak anak..Pada sesiapa yang pernah membantu saya,saya doakan semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah.amin.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan.amin.
07 October 2013
Selagi ada daya...
Ada yang comment blog saya ni penuh dengan cerita sedih saja kenapa tidak diceritakan hal hal yang positif.Blog ni satu satunya tempat saya meluah dan berkongsi semangat untuk meneruskan kehidupan.Hari hari yang dilalui ditempuhi dengan pelbagai ujian..Hanya Allah yang Mengetahui segalanya...
Walaupun saya dah mampu berjalan kembali tapi kesihatan lain tidak menentu.Saya cuba gagahkan diri demi anak anak yang amat memerlukan saya.Hiba,sayu memikirkan anak anak tapi selagi ada daya saya cuba bertahan...

02 October 2013
Semoga berjaya
Buat Anakanda Alia Erissha dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan PMR hari ini semoga berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik..
01 October 2013
Pasrahlah dengan segalanya..
Langit tidak selalunya cerah,mendung bukan selamanya... Allah adalah tunjang hidup kita...
Pada saat sekeliling dirasakan gelap tanpa sinar semangat,wajah yang sayu dibasahkan dengan air wuduk.Hati yang layu dipujuk menghadap yang Maha Penyayang.Allah tidak pernah meninggalkanku walau sesaat dan dalam sujud ku berserah..tawakal hanya pada Allah.
p/s: Setakat ni,anak anak jaga solat...Aiman..bila masuk waktu solat atau dekat masuk waktu solat,terus ambil air sembahyang..Puasa hanya tinggal 3 hari bukan empat...Ikhtisyam puasa enam,aiman ikut sekali tapi hanya mampu 3 hari..Ingatlah anak anak mama,jaga solat..Kita jaga hubungan dengan Allah,Allah jaga kita...amin..insyaallah.

Renungan buat permata hati mama,sekuat mana dugaan menguji,jika kita letak Allah sebagai tempat bergantung,tentu Allah tidak akan menghampakan kita.Allah menguji kita kerana terlalu sayangkan kita.Dia mahu kita merintih menghadapNya.Syukurlah...Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.Dia takkan uji kita dengan dugaan yang tak tertanggung oleh kita..Merintihlah PadaNya...
Kita ada Allah..Allah itu Ar Rahman (Maha Pemurah) dan Ar Rahim (penuh kasih sayang dan cinta).Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang sering menyebut namaNya dan meminta padaNya kelelahan seorang diri.Allah ada bersama kita dan sangat dekat dengan kita lebih daripada urat leher kita sekalipun.Di sebalik ujian,ada hikmahNya yang amat besar mahu diberikan kepada kita...
Alia Erisha,Aiman dan ikhtisyam...Moga dilindungi dan dipelihara Allah,dibekalkan dengan limpahan iman,agar tabah menghadapi dugaan,agar tidak terhenti di pertengahan.amin..
Pasrahlah dengan segalanya...
p/s: Setakat ni,anak anak jaga solat...Aiman..bila masuk waktu solat atau dekat masuk waktu solat,terus ambil air sembahyang..Puasa hanya tinggal 3 hari bukan empat...Ikhtisyam puasa enam,aiman ikut sekali tapi hanya mampu 3 hari..Ingatlah anak anak mama,jaga solat..Kita jaga hubungan dengan Allah,Allah jaga kita...amin..insyaallah.
30 September 2013
Ya Allah...
Ya Allah,kuatkanlah diri ini untuk terus melangkah..Merenung sayu wajah permata hati..Ketahuilah bahawa anakanda mama tercinta,kekuatan diri mama amat lemah.Tapi mama masih cuba berjuang untuk anakanda...Bergantung hanya PadaNya...Allah sentiasa ada bersama..
Menahan perit tanpa linangan air mata tanpa perlu merayu rayu.Makin cuba melangkah makin kuat ujian dariNya.Tetap mensyukuri di atas segalaNya.Mama masih ada untuk anak anak.Amat menghargainya...
Hanya Allah yang Mengetahui rahsia di sebalik semua ini..
Ya Allah,tolonhg hamba..hentikanlah derita ini..tiada daya dan upaya lagi..

26 September 2013
Berikanku kekuatan...
YA ALLAH,berikan aku kekuatan sepenuhnya...
Berikan aku kekuatan di saat aku rebah
Berikan aku Ketenangan di saat aku lemah..
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu…
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku kekuatan...
Ya Allah izinkan aku menulis luahan hati bukan untuk meminta simpati tapi untuk meredakan hati.Meniti hari dengan ujian silih berganti.Lama menyepi dari mencoret sesuatu di blog,laptod lama rosak.
Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian.Ujian Allah S.W.T datang dalam pelbagai bentuk..Hakikatnya dunia tidak pernah sunyi dengan mereka yang bermandi air mata dalam menghadapi ujian.Perit,jerih dan pedih terpaksa terus gagah melayari kehidupan walau diri dihimpit ujian.
Terkedu,tersungkur...permata hati mama,mama pasrah...
Bertabahlah wahai hati,kadang kadang tertanya tanya,kenapa ujian tiada hentinya?Mengapa ketika orang lain senang,kaya dan bahagia,diri sering berdukacita,berduka lara dan berlinang air mata..Masih bertahan kerana anak anak..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui mengapa kita diuji.
p/s : Hanya doa yang dapat saya kirimkan pada sesiapa sahaja yang perihatin,dan pernah membantu saya.Hanya Allah yang dapat membalasNya.amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)