09 May 2013

Kasih Sayang Allah sangat mewah...


Dalam hidup ini,ada cabaran, ada tekanan, ada manisan, dan sentiasa dilingkari kejutan. Alangkah banyaknya air mata yang membasahi pipi seorang wanita,alangkah banyaknya derita di hati seorang ibu,dan berapa kuat jeritan di kerongkong si kecil.Hidup ini tidak pernah berhenti untuk menyediakan gimik yang terbaik, yang Dia rancang untuk sentiasa menjadikan kita hamba yang bersyukur di sebalik setiap ujian.



Hidup di dunia ini sebenarnya sangat mewah dengan kasih sayang ALLAH...kalau kita menikmati dan mampu merasai kasih sayang dan rahmat ALLAH yang terlalu meluas itu,kitalah insan yang paling kaya,paling bahagia dan dunia ini terasa lapang tanpa derita,kerana derita yang dirasa adalah dari apa yang kita fikir dan rasa pada sesuatu ujian dan peristiwa yang menimpa.Melihat musibah dan kesakitan dari nilai Ar Rahman,akan lainlah tafsiran yang memenuhi fikiran dan perasaan.


Sesungguhnya derita yang diberi ALLAH perlukan jiwa lunak untuk membaca hikmah di sebalik takdirNya.


Sesungguhnya gembira dan ceria yang dirasa juga menjadi ujian adakah kesyukuran kita terbukti dengan amal nyata sebagai hambaNya.


Alangkah tingginya harapanku kepada Allah..


Semoga setiap ikhtibar menjadi satu kekuatan pada insan lain untuk merasa kuat dengan kasih sayang ALLAH.

01 May 2013

Terus bertabahlah

Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa tidak bersekutu bagiNya,padaNya kerajaan dan PadaNya pujian,dan dia berkuasa ke atas segala sesuatu.Redha dan pasrah pada ujian Ilahi.Menyingkap sejuta rahsia.Terkedu merenung tarbiyah dan hikmahNya.Segala perjalanan telah diatur dan sudah tertulis di Lauhul mahfuz.Apakan daya sebagai hamba melawan suratan takdir Ilahi.Walau segentar mana sekali pun sebagai hamba tetap bersangka baik padaNya.Tetap akur pada aturan Allah.

Sebagai seorang insan biasa yang amat daif,sering tertanya tanya dalam diri kenapa ujian ini bertalu talu,tidak berhenti.Tiada ruangkah untuk diri dan anak anak menggapai kesenangan dan kebahagiaan?


Terus bertabahlah wahai hati,sesungguhnya Allah amat menyayangi,terlalu banyak nikmat dan rahmat dariNya pada diri ini.Masih bernafas dari keajaiban dariNya.Terima kasih Allah..Anugerah kehidupan yang masih ada..semuanya berlaku dengan perjalanan takdir dan kehendakNya. Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah itu tidak membebankan kepada hamba-hambaNya di luar kemampuan hambaNya.




Ya Allah....


Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah(husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan,redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

28 March 2013

Derita jua yang di tempah...

Derita jua yang di tempah,perjalanan hidup yang semakin menguji.Blog ni penuh dengan cerita sedih.Pohon maaf banyak banyak,comment2 yang tak reply.Mungkin sesiapa yang membaca akan mudah bosan.Luahan hati saya hanya di sini.Deritanya hidup tidak terkata.Makin di kuatkan diri makin tersungkur.Tapi tetap cuba untuk terus bertahan.Segalanya rahsia Allah.

19 March 2013

Bantu hamba



Ya Allah,tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuanmu....Astaqfirullahalazim...
Ya Allah bantu hamba..amin.

18 March 2013

Hanya Tuhan Yang Tahu


Air mata yang sentiasa mengalir.perit di hati hanya Tuhan yang tahu.Untuk di luah pun tak termampu.Merenung wajah anak anak,teramat sayu dan sebak.Hati hiba mengenangkan mereka.Perjalanan hidup yang penuh liku.Cuba kuatkan hati untuk terus melangkah.Ada DIA di setiap langkah..

Meniti kehidupan kini dengan keajaiban dariNya.Indahnya ujian yang Maha Hebat ini.Walau sering terkedu,tersungkur sendirian,masih mampu untuk meneruskan langkah demi mereka.
Satu persatu penyakit kronik dan berangkai menimpa diri.tapi kuasa Allah melebihi segala galanya.Mampu berjalan kembali dengan keajaiban dariNya.Ada sinar di penghujung ramadhan.

Betapa indahnya tarbiyah dari Allah.Tidak lekang dari air mata,tidak sesekali di biarkan diri ini lena dalam kesenangan.Ujian bertubi tubi,yang sukar dimergetikan,segalaNya dalam rahsiaNya.
Terus melangkah dan sentiasa bersangka baik padaNYa.Ada rahsia dan hikmah di sebalik setiap ujian.Janji Allah itu pasti.

10 March 2013

Hidup bukan untuk derita...

Hidup bukan untuk derita. Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit,  ia datang juga, bersabarlah dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. 

Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”.

Duka dan derita itu lebih luas daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka dan derita, tetapi betapa banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit. Duka dan derita boleh hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena kepada yang miskin dan yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar raja. Kadang-kala ia datang dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu sebabnya. Kadang-kala kelihatan sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat besar.













Aiman dan ikhtisyam makin pandai berdikari.Mereka makin memahami perjalanan hidup yang sedang di lalui bersama mama..Dalam renungan mata anak anak,terselit seribu rasa dan penuh harapan.Di situlah mama mencari kekuatan dan masih bertahan dengan keajaiban dari Allah.

Meneruskan kehidupan,walau terpaksa menempuh pelbagai duka dan derita.Banyak hikmah di sebalik duka dan derita.

Apabila duka dan derita hadir, insan akan mula memanggil Tuhan siang dan malam. Insan mula insaf bahawa inilah kehidupan yang sementara, lantas harapannya bergantung kepada Allah semata. Dia pu mengharapkan apa yang hilang di sini, diperolehi di sini.


Tawakkal! Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya.

Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah.

Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya):
“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3).
Duka dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini.