10 May 2016

Impian mama,Kasih anak pada mama

Walau terjatuh,tersungkur berkali kali ..Di uji pula dengan pelbagai masalah kesihatan tetap masih di gagahkan diri buat permata hati yang tercinta..Selagi mampu dan selagi ada daya..Benarkan bagi seorang pesakit kekuatan semangat,sokongan moral dari insan sekeliling amat penting.Bagi saya kekuatan semangat dari anak buat saya masih bertahan..Ya dan semestinya bantuan dari Allah.Banyak keaijaiban dariNYa..Beberapa tahun lepas saya lumpuh,ketika itu hanya di bantu dengan kudrat anak anak saja...Anak anak ibarat tongkat saya tika itu..Mengengsot,merangkak,bertatih semula seperti bayi...Saya redha dengan ujian dari Allah...

Alhamdulillah,saya sembuh semula dari lumpuh dengan keaijaiban dariNya....Allah Maha Mendengar, MahaPengasihani..

Benarkan hati seorang ibu,selagi boleh ..selagi daya ingin bertarung dn berjuang untuk membesarkan anak anak...Walau perit,penuh ranjau onak duri,menangis sendirian dalam membesarkan anak anak kan...Hanya Allah yang tahu segalanya...

Anak anak pula mungkin terkesan dari kesusahan dan penderitaan ibu...Semangat mereka ingin mengubah masa depan...Ingin saya kongsikan mengenai kegigihan dan semangat anak anak..Result UPSR untuk Iktisyam tidak cemerlang mana tapi alhamdulillah..3 A 2B.Bercerita mengenai Ikhtisyam..Hari keluar result,saya kurang sihat tapi sebab untuk tidak kecewakan ikhtisyam saya pun gagahkan diri juga ke Sekolah.Sampai di Sekolah saya lihat ramai pelajar pelajar yang berkeliaran di dewan dan kantin..Ketika itu jam pukul 10.15 pagi,sambil menanti di kantin saya cuba check result melalui sms online...Tak sampai 5 minit,masuk message di phone.Result dah dapat..Mungkin ketika itu Ikhtisyam belum tahu lagi resultnya.

Saya pula cuba mencari Iktisyam di dewan..Result sedang di umumkan di dewan..Saya cuba memerhati Ikhtisyam dari jauh..Result pelajar pelajar yang dapat 5A,4 a 1b dah di umumkan..Dah nampak wajah ikhtisyam hanya tunduk di lantai...Sekarang result pelajar 3 A 2b pula di umumkan..Nama ikhtisyam di panggil untuk ambil slip di pentas...Ikhtisyam naik ke pentas dengan wajah yang muram sangat..Turun pentas Ikhtisyam duduk di belakang sekali sambil tunduk dan menangis..Saya memerhati dari jauh..Terasa sebak sangat..Tapi saya hanya bersembunyi memerhatikan...Ya dia menagis kerana tak nak kecewakan mama...

Seketika selepas itu Ikhtisyam bangun semula ke tempat duduk di tengah semula...Saya pula berjalan menuju ke tempat duduk Ikhtisyam..Ikhtisyam nampak saya terus bersalam dan tunjuk result..Dia minta maaf kerana tak dapat 5A..Dia berjanji akan usaha lebih kuat lagi di masa akan datang.Mama jangan sedih ya.Walau nampak masih sedih tapi Ikhtisyam berlagak seperti biasa..Sebak kan...
Anak anak kuat semangat dan gigih untuk mengubah masa depan..Inshaallah...

Bercerita mengenai Alia Erissha pula,Erissha memang seoarang anak yang sangat rajin,gigih..UPSR alhmdulillah, 5A, PMR 8 A,dan SPM syukur alhamdulillah 9 A.. Erissha memang bercita cita nak sambung belajar dalam bidang perubatan.Kalau boleh nak berkhidmat pada masyarakat nanti.Mungkin terkesan dengan sakit ibu,sakit arwah atuk..Arwah atuk Erissha meninggal sebab kanser buah pinggang stage 4..

Kegigihan Erissha mengulangkaji pelajaran saban waktu..Berkorban tidur ...bangun awal setiap pukul 3 pagi sehingga subuh hanya semata mata untuk mengulangkaji pelajaran...Kegigihan anak anak buat mama sebak..Yang mama mampu hanya doakan anak anak...Moga berjaya dunia akhirat..amin.

Aiman pula result akhir tahun lepas dapat nombor 3 dalam kelas.Alhamdulillah Aiman juga sentiasa cemerlang setakat ni...Masa mesyuarat PIBG tempoh hari ada anugerah untuk pelajar pelajar cemerlang Sekolah Kamil 2,Aiman dapat naik pentas dan terima hadiah..Turun dari pentas berlari lari dapatkan mama bagi hadiah...Sebak mama,teruskan usaha ya Aiman..Moga terus berjaya lagi nanti ya.Mama tak boleh bagi apa apa..Mama tak mampu tapi mama hanya mampu doakan anak anak mama mampu berjaya dunia akhirat.amin..

Selagi mama ada,mama boleh doakan anak anak ya.Tapi kesihatan mama tidak menentu.Impian mama nak terus besarkan anak anak jika Allah izinkan..Ingin melihat anak anak mama berjaya nanti..
Anak anak mama selain rajin belajar,rajin sangat bantu mama...Walau masa banyak bantu mama tapi masih dapat belajar dengan gigih.Berhujan panas sebelum ni tolong mama niaga,tolong mama siapkan packing order.Teman mama pergi ambil serunding...Teman mama lepas balik sekolah pergi pos barang.Nampak mama penat sikit atau tak sihat,anak anak mama pula teruskan kerja mama..Patutla anak anak mama ni pandai pandai ya..Sebab anak anak mama pandai jaga mama.Mama sentiasa redha pada anak anak mama..Pahala jaga mama...

Mama sebak tengok anak anak mama..Mama hanya mampu menangis sendirian..Mama kesian pada anak anak mama dalam usia sebegini dah kena gigih serba serbi..Beza dengan anak anak orang lain yang ibu bapa mereka sihat dan mampu...Tapi mama hanya mampu berbicara sendirian...Mama terfikir sejenab walau anak anak mama terpaksa susah susah,terpaksa tempuh semua ni sekarang,sebenarnya anak anak mamala yang beruntung dan bertuah kerana di uji..Apa yang di tempuhi sekarang banyak mengajar anak anak mama erti kehidupan..Semangat yang ada dalam diri anak anak sekarang moga anak anak mama lebih hebat nanti kelak..amin.

Kebelakangan ni kesihatan mama tak berapa elok...doa mama agar mama dapat terus bertahan...

Impian mama sebagai ibu ingin melihat anak anak mama berjaya di dunia dan akhirat.amin.Buktikan pada pergantungan yang teguh pada Allah dan semua kesusahan dan keperitan itulah pembakar semangat untuk berjaya..






















12 April 2016

Asslamualaikum sahabat sahabat yang di kasihi Allah..


Dah lama benar tiada entry kat blog...Rasa ingin mencoret semula serba sedikit..Kekangan masa yang buat saya tak sempat untuk menulis.Banyak yang nak di kongsikan kat sini...Hanya sempat mencoret serba sedikit di fb...

Sibuk mencari sesuap nasi untuk anak anak tercinta di samping bertarung dengan kesihatan...

Buat sahabat semua terima kasih di atas segala sokongan...




03 July 2015

Wahai hamba hamba Allah sudilah membantu saya

Bismillah..Wahai hamba hamba Allah sudilah membantu saya..





Jika sudi membeli sambil membantu saya

Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo

Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg



p/s:  Tika ini saya harap sangat ada hamba hamba Allah sudi membantu...

Anak anak berbuka puasa di masjid











Salam jumaat yang penuh barakah..


Gambar gambar anak anak tika sedang menunggu waktu berbuka dan berbuka puasa di masjid.Seperti tahun lepas anak anak berbuka kat masjid..Berbuka dengan air,buah kurma,sedikit kuih muih lepas tu solat maghrib dulu.Selepas solat maghrib baru makan nasi.Solat isyak dan terawih..




Indahnya ramadhan..indahnya berpuasa,indahnya berterawih,solat malam,bertadarus.Bersyukurlah pada yang masih memiliki nikmat kesihatan.Hargailah peluang yang masih Allah berikan..Indahnya beribadah padaMu wahai Tuhan..Lazatnya mengadu segala keresahan hati padaMu hai kekasih hati segala kekasih.Enaknya dapat mengalirkan air mata.Air mata itu pelembut hati buat hati yang keras.Pembasuh dosa2 yang berkarat di dasar hati.Alhamdulillah.Tiada perkataan yang mampu di gambarkan lagi.Solat terawih itu hanya ekslusif di bulan ramadhan sahaja.Siapa yang mengambil ringan akannya maka rugilah ia kerana ramadhan yang akan berlabuh nanti tidak dapat menjanjikan pertemuan buat kali seterusnya pada kitaran akan datang..Saat saat ramadhan ini amatku hargai.

Nikmati dan hargailah peluang yang Allah masih berikan..
Manfaatkanlah Setiap detik dn saat di bulan ramadhan untuk beribadat kepada Allah kerana sesungguhnya berjuta juta jasad di dalam kubur memohon kepada Allah supaya dikembalikan ke alam dunia agar dapat bersujud kepada Allah hatta walau sehari di bulan ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa.





28 June 2015

Sebak dan sayu hati mengenangkan mak.

Salam Ramadhan..

Puasa hari ke 11...

Sebak dan sayu hati mengenangkan mak..

Dugaan demi dugaan menimpa mak yang sedang uzur..Minggu lepas rumah peninggalan arwah ayah hampir di lelong,barang rumah hampir di sita tanpa bertolak ansur.Pinjaman peribadi arwah ayah dengan pihak tertentu yang dah hampir 15 tahun lalu di tuntut tanpa belas kasihan..mak yang sedang uzur bertambah uzur..simpati pada mak..Menangis teresak esak mak merayu agar rumah tidak di lelong.Terkedu dan sebak sangat hati ni..Apalah nasib mak di usianya terpaksa menghadapi semua ni..Lemah longlai rasanya diri ni...Saya juga banyak di uji silih berganti tapi tetap cuba bertahan.

Ya Allah ,kupohon padamu dengan rendah diri,KAU Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang terjadi pada hambaMu,Ya Allah Ya Tuhanku kau permudahkanlah segalanya,kau ringankanlah penderitaan yang ditanggung ibuku..KAU kasihi ibuku Ya Allah,ku pohon padamu Ya Allah kau hilangkanlah segala resah,duka dan permudahkanlah segalanya.amin.


Hanya simpati dan doa buat mak,apalah daya untuk membantu..Walaupun uzur mak tetap puasa walau sampai menggeletar menahan puasa..Hanya banyak terbaring,amat lesu..Tapi tetap puasa.Bila di nasihatkan untuk tidak berpuasa kerana keadaan kesihatan mak yang tidak berapa mengizinkan tapi mak tetap berpuasa..

Kesihatan saya dengan mak silih berganti..ramadhan beberapa tahun lepas saya terlantar tak dapat berbuat apa apa hanya mengharapkan simpati dan kudrat anak anak.Kesihatan saya sendiri juga tidak menentu tapi lebih baik jika berbanding dulu....
Kekuatan semangat dari anak anak buat saya gagah...


Dugaan Allah pada hambaNya,


19 June 2015

Selamat berpuasa

Salam Ramadhan Jumaat yg penuh barakah 
Hargai setiap saat ramadhan kerana doa2 org yg berpuasa sangat mustajab

Bulan ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..istiqamah dalam apa jua yg kita usahakan & amalkan dlm mencari keredhaan Allah pastinyer ada rezeki kita dlm bulan barakah ini.

Terus bersangka baik pada Allah yg Maha Memberi..insyaAllah yg baik2 sahaja dtg dlm hidup kita hari ini dan seterusnya.


Semoga kita semua sentiasa diberikan kesabaran dan ketabahan dalam melalui cabaran dan dugaan untuk menjalani ibadah puasa..InsyaAllah..

Jika ada kesalahan dan khilaf baik yang sengaja ataupun tidak sengaja saya mohon maaf. semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini kita semua mendapat rahmat,pengampunan dan keberkatan dariNya...amin.




Aiman dn Ikhtisyam berbuka puasa kat masjid...sama dgn tahun lepas.Ni masjid desa rahmat dekat area rumah mak di guchil bayam..hujung minggu balik rumah mak..

p/s : Ada sesiapa nak order atau buat tempahan serunding daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan,mini karipap,mini popia..boleh bantu anak anak saya.Boleh message saya di 012 921 8016.



18 June 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramdhan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...
Selamat datang wahai bulan suci Ramadhan..




Bermula terawih semalam..Moga anak anak mama menjadi anak anak soleh..amin..

Alhamdulillah...
Sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan penuh barokah ini...
Bulan penuh keinsafan... bulan penuh kenikmatan...
Ramadhan Ya Ramadhan
Bulan yang menyaksikan orang berpuasa
Bau mulutnya lebih harum daripada kasturi di sisi AllahDerita lapar adalah syurga balasannya
Pengampunan dosa-dosa di malam Lailatul Qadar
Bergandanya amalan kepada 10 hingga 700 kali ganda
Keseronokan ketika berbuka & menemui Tuhan di akhirat kelak

Syukur atas peluang yang Kau berikan ini Ya Allah...
Semoga Kau tetapkan imanku
Untuk terus patuh sujud mengharapkan keredhaan dariMu...
Dan ku pohon semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di bulan mulia ini.amin.

Salam Ramadhan buat
keluarga,sahabat handai dan semua umat islam

Sempena Ramadhan yang mulia ini
Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang diangkat darjatnya di sisi Allah
Semoga kita beroleh keampunan dan kemulian di sisi Nya.
amin.

17 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Serundinng daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan dari Kampung Laut Kelantan.




Moga diberikan kesempatan untuk menjalani ibadah di bulan mulia ini..amin.
Serunding serunding segar dari kampung laut,boleh buat salah satu menu berbuka atau bersahur nanti.

Serunding serunding daging tempatan,seruding ayam,serunding ikan..pembuka selera waktu berbuka dan bersahur nanti..insyaallah.Ada sesiapa nak order boleh pm atau message saya di 012 921 8016..Jika sudi membeli sambil membantu anak anak saya

Serunding daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan dari Kampung Laut.Hujung minggu baru baru ni bersama anak anak ke kampung laut.Ambil stok serunding yang baru siap di masak dan di packing.Aiman dan Ikhtisyam duk memerhati proses pembuatan serunding.Kat tempat serunding di masak tu memang panas sangat..

Tak mampu nak memerhati sama,cuaca kat luat pun panas terik sangat..Badan saya memang tak kuat cuma saya ni bergantung pada kekuatan semangat demi anak anak.Mata pun kadang kadang kabur sangat.Bertahan selagi mampu.banyak sangat nikmat yang Allah berikan..Jika nak berbanding beberapa tahun lepas saya hanya mampu terlantar.Sekarang syukur alhamdulillah nak berbanding dulu..Terima kasih Allah..

Panas terik cuaca..ujian kat dunia.Matahari berjuta kilometer di atas kepala,tapi balasan akhirat panas lagi.Sejengkal je di atas kepala..nak lari ke mana,nak cari tempat berlindung kat mana..Pasti akan merasa kepanasan yang amat sangat bagi orang yang mana timbangannya berat di sebelah jahat.nauzubillah....


27 May 2015

Serunding srunding dari Kampung Laut Kelantan..

Ya Allah,jadikan aku penyabar dan bersabar di atas setiap dugaan dariMu..Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu..Kurniakanlah aku sifat kesabaran dan ketabahan yang luar biasa yang teguh dalam meniti hari seterusnya...Ujian tiada hentinya,sungguh aku lemah tanpa petunjukMu..Ya Ilahi Rabbi,sungguh kasih sayangMu amat luas pada hambaMu.Hanya Engkau yang sering mendengar rintihan hati hamba..Betapa bersyukurnya kerana masih diberikan peluang meniti kehidupan bersama anakanda tercinta..Keajaiban dariNya untukku terus melangkah..Sungguh hamba bersyukur...

Kesihatan tidak menentu dengan cuaca sekarang ni yang agak panas..Tak tahan lama jika berada di luar rumah,mata pun tak tahan sangat dengan cahaya yang kuat.Tapi tetap cuba bertahan selagi mampu demi anak anak kan...Mama kena kuat,anak anak nak periksa tahun ni..Alia Erissha SPM dan Ikhtisyam UPSR.Mama pun kena gigih cari pendapatan untuk anak anak...

Memandangkan bulan puasa tak lama lagi, selain persediaan rohaniah,apa kata kita buat persiapan awal2 terutamanya memikirkan juadah untuk berbuka dan bersahur.

Jom dapatkan segera Serunding Daging dari Kelantan

Serunding dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat,tahan lama dan boleh di makan denagn pelbagai hidangan.Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan....
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dll...
Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
- Daging berkualiti dan dicarik halus
- Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
- Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
- Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama
Dapatkan yang asli, sedap dan murah
p/s : Makan serunding dengan nasi air kosong pun menyelerakan..
Sesiapa nak order boleh pm atau whatsapp saya 012 921 8016

Ada sesiapa yang nak buat bekal bulan puasa boleh pm atau whatsapp ke 012 921 8016
Serunding daging dan Serunding Ayam


Serunding Daging Tempatan


Serunding Ayam


Serunding Ikan







Pembantu mama...Tak pernah mengeluh bantu mama..Tolong mama angkat barang jalan kaki dari rumah nak gi pos barang.




11 May 2015

Keluhan hati...

Keluhan hati ....Aku ingin menulis. Meluahkan segalanya dalam bait-bait kata tapi aku tidak tahu dari mana harus kumulakan. Segalanya berjalan seperti yang telah tersurat dalam laluan takdir di bawah ketentuan-Nya. Dan segala yang tersirat adalah kehebatan-Nya yang tidak terjangkau oleh minda kecilku.
Apapun aku akur untuk terus berjalan pada laluan yang telah sedia terbentang di hadapanku. Tampak mudah dan lurus walau sentiasa berselang onak dan duri yang tidak terlihat oleh pandang mata. Sekali lagi aku akur.. tidak ada yang mudah walau untuk mengerdipkan sepasang mata. Segalanya dengan izin-Nya.. Subhanallah...
Aku merangkak,bertatih sendirian, berjalan dan cuba berjalan lagi.. Kemudian jatuh dan cuba bangun semula. Kuatur langkah satu demi satu dalam keperitan. Segalanya kulakukan dan laluinya sendiri.Seketika aku terkedu setabah itukah aku?Sungguh hebat dugaan yang pernah aku lalui tanpa sedar..
Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di genggam. Aku belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan.
Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari setiap ujian dan dugaan.Segalanya ketentuan Allah dan Allah itu Maha Peyayang..DIA ada setiap masa tanpa pernah meninggalkanku......
Terima kasih, Ya Allah.


Alia Erissha tahun ni bakal menduduki peperiksaan SPM..Tercalon di antara 14 pelajar cemerlang.Moga tercapai segala Impian,cita cita dn berjaya dunia akhirat.amin.Moga mama berpeluang melihat anak anak mengejar cita cita dan berjaya nanti.amin.Kesihatan mama bergantung pada kekuatan semangat anak anak..Segalanya keaiaiban Allah..

Bertahan dan bertahanla,kadang kadang kesihatan tidak menentu sangat tapi cuba kuatkan diri anak anak masih perlukan mama.Bisikan semangat untuk terus kuatkan diri.


09 April 2015

Moga ada yang sudi membantu

Assalamualaikum..Saya amat berharap jika ada hamba hamba Allah yang sudi membantu saya.Saya benar benar nak guna kewangan.Perbelanjaan harian anak anak hampir tiada,kesihatan saya pula tidak menentu kebelakangan ni.Untuk anak anak kena gagahkan diri juga.Jika ada yang sudi membeli sambil membantu.Kain pasang saya jual harga modal saja termasuk harga pos laju.Harap sangat sudi membantu tika ni.

RM 50 termasuk kos pos laju.









06 April 2015

Harap sudi bantu saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Jemputlah singgah tengok kain pasang murah murah saja.Saya baru nak cuba niaga kain pasang.Permulaan saya cuba 10 helai kain pasang.Saya bukan ada modal nak niaga.Mencari sana sini untuk dapatkan modal.Niaga tidak mendapat sambutan,kewangan amat terhad.Jika ada sesiapa yang sudi membantu untuk clearkan kain pasang yang ada.Saya jual murah murah je untuk dapatkan modal semula.Harap sangat sudi bantu saya.


Kos sara hidup semakin meningkat sekarang,pada yang tiada sumber pendapatan tetap macam saya macam manala nak hadapi semua ni..Kebanyakkan kedai barang barang runcit semuanya naik harga,termenung sejenap.Kuatkan hati dan yakin rezeki datang dariNYa.amin.Insyaallah.