04 June 2012

Ada Allah,Pembelaku...


Usahlah  menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya.
 (Quran, 12:53)
Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.
Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri..
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.’
Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.

Jangan zalimi insan yang lemah lebih lebih lagi orang yang sakit...Orang sihat lupa orang sakit walau bersendirian,ada Allah sebagai pembelanya.Walau orang lain ada insan lain boleh membela nasibnya ketika sakit,ketika dikhianati,ketika dicemuh,dihina tapi saya ada Allah..Al Jabbar Yang Maha Gagah...

Hati cukup2 terkilan bila ada barang bantuan niaga yang dapat dari Dato Shahrizat hilang di curi.Belum pernah di gunakan lagi di atas masalah masalah yang tertentu.Harga bukan murah..Siapakah yang menganiaya dan mengkhianati orang sakit?Ingatlah Allah.Kali ini apa yang berlaku,saya tak dapat lagi menahan dan berdiam diri..Saya tidak dapat maafkan dan saya tidak redha siapa yang mengambilnya...

Sukakah orang yang masih sihat lihat tangisan orang yang tak bermaya ni yang masih cuba berlakon sihat dan berusaha sedaya mampu kerana ibu dan anak anak?Kerana kasihkan mereka,kasihankan mereka...
Allahu akhbar...


Bukankah kita ummat kepada Rasulullah s.a.w...
Bukankah kita Bersaudara seislam?...


Jika kita kembali mengimbau sejarah dan sirah Nabi, bukankah akhlak yang baik itu adalah salah satu asbab atau penyebab kepada bertambahnya bilangan mereka yang beragama Islam. Masih kita ingat kepada cerita Rasulullah dan orang buta (bukan seorang Islam). Bagaimana orang buta mampu membezakan suapan Saidina Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W apabila Baginda telahpun wafat. Lihat, lembutnya tingkah laku dan akhlak Baginda.

" Ala, itu Rasulullah. Aku manusia biasa, lain! "Ayat di atas sering kita dengar. Ya, kita bukan Rasul ataupun Nabi.Tapi kita adalah ummat kepada Rasulullah S.A.W bahkan Baginda adalah manusia terbaik. Maka apakah kita tidak mampu?

No comments:

Post a Comment