29 December 2011

Wahai adik adiku...renungkanlah..

Zaman remaja adalah zaman paling mencabar kerana ia merupakan masa untuk menentukan hala tuju kita.Sebahagian besar masa hadapan kita boleh ditentukan oleh zaman remaja yang dilalui.Dari segi ketahanan fizikal dan mental ketika menghadapi serangan terhadap iman.

Ramai orang berkata,iman ada di dalam hati .Maka ramai jugalah yang tidak suka orang lain mempertikaikan penampilan,akhlak dan cara penampilan,akhlak dan cara hidup mereka.Kata mereka,dont judge the book by its cover.Kata mereka lagi,tidak semestinya mereka tidak beriman jika berpakaian mendedahkan aurat,berkelakuan tidak senonoh dan kurang beribadat.Yang penting,mereka sendiri tahu bahawa mereka orang yang beriman.Takkan hendak menunjuk nunjuk?

Sedihnya Nabi Muhammad s.a.w melihat perilaku umatnya yang sebegini,yang begitu dangkal ilmunya tetapi berani mendabik dada sebagai orang yang beriman.Memang betul,iman tidak perlu ditunjuk tunjuk tetapi jika benar seseorang itu beriman,dengan sendirinya iman itu akan terpancar melalui tingkah laku,akhlak dan penampilannya.Bukan hendak menunjuk nunjuk.

Orang beriman tidak sesuka hati menjerumuskan diri ke lembah maksiat.Membuang masa dengan melakukan dosa adalah ibarat membuat perancangan terpimpin untuk masuk neraka.Dosa yang kecil,jika dizalimi akan menjadi dosa yang besar akhirnya.Sedangkan dosa dosa itu,sama ada kecil atau besar,akan menyusahkan diri di akhirat kelak.

Mungkin ada yang mengganggap berbuat baik itu sebagai sia sia kerana tidak mengecap balasan serta merta sedangkan diri memiliki aset yang sempurna.Wajah yang cantik boleh digunakan untuk menggoda lelaki.Kawan yang ramai boleh digunakan dalam agenda pergaulan bebas dan fizikal yang menarik digunakan untuk seks bebas.Kekayaan keluarga dipergunakan semahu mahunya hingga mengabaikan masa hadapan.Tidak perlu belajar,alasan diberi.Kononnya,keluarga kaya dan telah tersedia pekerjaan nanti.

Ingatlah....berhibur dengan hiburan duniawi tidak kekal sifatnya.Lama kelamaan pasti akan jemu ataupun tidak akan pernah berasa puas.Ibaratnya,bak meneguk air dari lautan luas.Semakin banyak,semakin dahaga kerana itulah sifat dunia.Semakin mendambakannya,semakin memujanya,semakin mencintainya,semakinlah menjadi manusia haloba.Nikmat tidak pernah cukup,dunia semakin dikejar sedangkan syukur pada ILAHI semakin tertangguh dan tertunggak.

Tidak terdetikkah di hati bahawa berhibur dengan hiburan ukhrawi mampu menjadikan diri sebagai hamba yang solehah dan bertakwa.Ketahuilah...beribadat juga hiburan.Malah,hiburan ini lebih bermanfaat untuk kehidupan duniawi dan ukhrawi.Jika akhirat yang kita cari,insy Allah dunia juga akan datang kepada kita.Mudah untuk dikatakan begini: Jika hidup kita dedikasikan untuk kebaikan alam akhirat,maka kebaikan dunia juga akan dapat kita genggam.Itulah pakej lengkap yang telah dijanjikanNya.

Belajar dengan bersungguh sungguh,memilih kawan yang baik,menetapkan matlamat hidup yang gemilang,inilah sewajarnya matlamat utama setiap gadis remaja.Zaman remaja hendaklah ditempuh dengan sabar dan bermatlamat agar nanti mampu tersenyum manis ketika menuai hasilnya.

Ingatlah,,apa yang kita buat hari ini,kesanya akan dinikmati berpuluh puluh tahun lagi.Jadi pilihlah untuk susah sedikit hari ini agar bahagia di kemudian hari.Sebelum terlajak jauh,bangkitlah..Sifat yang buruk dibuang jauh jauh dan menanam tekad baru untuk terus mengejar cita cita dan masa hadapan yang gemilang.

Bentenglah diri sentiasa! Peliharalah kesucian diri sebaiknya.Persembahkanlah diri yang terbaik buat bakal suami dan bukan memberi sepah kepadanya.Moga moga rumah tangga yang dibina nanti menjadi mahligai yang paling indah di atas dunia.Lebih pentng,ia bakal menjadi jambatan terbentang menuju syurga yang abadi.Insyaallah.

Anda adalah hamba-Nya yang telah terpilih.Jadi,usah sia siakan keistimewaan tersebut.Pabila semua asas islam telah berjaya disemat dan diamalkan,insya ALLAH anda akan membesar sebagai wanita yang baik,wanita yang akan menjadi rebutan untuk dijadikan isteri.Isteri solehah adalah harta yang paling mahal bagi setiap suami.Isteri solehah adalah dambaan bagi setiap lelaki.Berbahagialah menjadi isteri solehah,berkat kesabaran membentuk peribadi mahmudah pada usia remaja.

Renungkanlah..
Mengapa memperdagangkan diri merata rata?
Mengapa menjaja cintamu untuk hiburan duniawi?
Bukankah lebih baik menjual jiwamu kepada TUHAN?
Kerana DIA pasti sudi membeli jiwamu itu
Dengan harga yang paling mahal

2 comments:

  1. Satu ingatan yang baik untuk kita semua-sama renungkan dan mengambil ikhtibar bersama

    ReplyDelete
  2. Naj Mi,

    Perkongsian bersama..Moga dapat dijadikan renungan dan ikhtibar..

    ReplyDelete