03 November 2011

Petua Kesihatan Dari Al Quran Dan Hadith

Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal bagi baik daripada apa yang terdapat di muka bumi ini. [Surah Al-Baqarah: 168]

"Ya, Rasulullah, tolong pohonkan kepada Allah, agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa." Mendengar kata-kata Saad bin Abi Qaqqas itu baginda pun menjawab, "Wahai Saad! Perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan, di mana diri Muhammad dalam tanganNYA, seseorang lelaki yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama 40 hari. Ada pun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka nerekalah itu adalah lebih utama baginya." [Riwayat Ibn Marduwiyah]

Kemdian makanlah daripada tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. [Surah An-Nahi:69]

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan Al-Quran. [Riwayat Ibn Majah]

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram. [Riwayat Abu Daud]

Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua. [Riwayat]

Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk. [Riwayat Abu Naim]

KHASIAT SURAH SURAH DARIPADA AL QURAN

SURAH AL-FATIHAH - Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.

SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ - Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.

SURAH AL-IKHLAS - Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat Al-Tabrani]

SURAH AL-KAFIRUN - Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]

SURAH AL-KAUTSAR - Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikkan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000 kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

2 comments:

  1. Sama2..perkongsian bersama..walaupun banyak info,akak copy dn paste dari sumber lain,tujuan hanya satu untuk perkongsian dan renungan bersama.

    ReplyDelete