21 October 2011

Wajah dan badan yang makin susut

Gambar setahun yang lepas,berat badan dah mula menurun tapi kini makin susut dan wajah makin pucat..Teman teman lama rata2 sudah tidak dapat mengenali..Kalau berselisih memang dah tak bertegur..Pernah terserempak dengan beberapa rakan tapi mereka seolah olah tidak mengenali...Wajah yang makin berubah.....

Anak anak jela yang masih mengenali wajah ibunya...

Alhamdulillah,kaki saya dah banyak perubahan dah boleh berjalan walau masih memerlukan wheel chair..Kaki masih tak kuat..Berdiri lama kejap nak rebah tapi alhamdulillah...Dari mengengsot,merangkak,bertatih semula,alhamdulillah...

Mata yang kian kabur

Senyuman yang makin pudar...tapi langkah harus diteruskan..

7 comments:

  1. syukur dan sabarlah.
    saya pun sebenarnya begitu, makin susut tapi yanie jauh lebih teruji.
    apa2pun comeinya masih jelas :)

    semoga bahagia dunia akhirat di samping anak2.
    tak apa kita lawan dan tetap lawan selagi terdaya mengikut cara kita.

    p/s- ramai kwn2 nak tinggalkan komen dan pesanan di blog yanie tapi tak kesampaian kerana mereka tiada blog.

    ReplyDelete
  2. insyaallah,amin..sy bersyukur..redha di atas segalanya.amat2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup bersama anak2..terima kasih ahp..

    lawan tetap lawan,dan cuba untuk tidak mengalah..Insyaallah...

    terima kasih byk2 pada rakan2 yang sudi menziarah blog ni.tak apa,amat2 menghargainya walau sekadar menjenguk..

    terima kasih kerana sering memberi sokongan dan semangat.moga ahp diberikan kesihatan yg lebih baik,dan sentiasa berada dlm rahmat dan lindunganNya.amin.moga lebih tabah dan lebih positif dlm mengharungi perjuangan..teruskan langkah..

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi...

    ReplyDelete
  4. Moga kita sentiasa dibawah lindungan & rahmat allah swt.. Kita kena kuat demi mereka yg sntiasa mnyayangi kita.. Tq dear! Atas doa & kata2 smangat yg dititipkn ;) ina sgt2 mghargainya..

    ReplyDelete
  5. ibu salina,insyaallah,amin..benar,kena kuat ina..sama2 kita bantu satu sama lain..terima kasih kembali.moga ina cepat sembuh..take care..:)

    ReplyDelete
  6. akak sangat comel :)
    dan yang as paling pasti, Allah sangaaaat sayang akak :)

    ReplyDelete
  7. As,Allah juga sangat2 sayang pada As..ingin sgt mengenali As.take care dik.

    ReplyDelete