31 January 2011

Di mana Had kesabaran?

Ini merupakan satu pertanyaan yang sering muncul ketika manusia sedang membicarakan tentang kesabaran.Saya sudah bersabar,tapi bukankah kesabaran itu ada hadnya?Di mana sebenarnya had kesabaran itu?Tentu saja kesabaran itu ada hadnya dan had kesabaran adalah kemampuan seseorang dalam menanggung suatu beban dugaan dan kesusahan .Oleh kerana daya tahan dan kemampuan setiap orang berbeza antara satu sama lain,maka had kesabaran setiap manusia juga berbeza-beza.Akan tetapi,Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuan yang dimilikinya.Allah tidak akan menimpakan sesuatu yang melampaui kemampuan seseorang dalam menanggungnya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."(al-Baqarah:286)

Oleh kerana itu,sudah tentu kesukaran yang dihadapi setiap orang tidak akan pernah melampaui had kemampuannya untuk bersabar.Dengan demikian,kita tidak perlu berasa khuatir akan adanya suatu dugaan yang menimpa dalam hidup kita yang begitu besar sehingga kita tidak mampu bersabar terhadapnya.

Semua dugaan dan kesukaran yang kita hadapi insyaAllah masih berada dalam had kemampuan kita untuk bersabar.Kerana itu,jangan pernah hilang keyakinan dan jangan pernah cepat berputus asa di saat kesusahan datang.Yakinlah,bahawa kita mampu menghadapinya dan percayalah bahawa kita mampu bersabar terhadap semua beban yang kita hadapi itu.

No comments:

Post a Comment