23 April 2010

Wanita yang dicintai iblis.......

Renungan bersama.......
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘NAJIS’ sifat-sifat keji seperti Pemarah, Pendendam, Hasad Dengki, Penakut dan Tamak akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari NAFSU dan SYAITAN. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa Cinta kepada ALLAH. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi dengan sifat-sifat terpuji seperti Sabar, Redha, Merendah Diri, Berani, Pemaaf dan Mencukupi Dengan Apa Adanya. Hanya Hati yang BERSIH dapat menjadi WADAH untuk menampung Cinta yang SUCI lagi AGUNG. Apa Pula Pengertian DeNdAm Ya? Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak akan pernah padam. Keburukan-keburukan Dendam Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya adalah…
1. Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang yang munafik.
2. Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.
3. Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.
4. Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawannya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan ini adalah merupakan perbuatan IBLIS TERKUTUK

No comments:

Post a Comment