Alhamdulillah,saya sembuh semula dari lumpuh dengan keaijaiban dariNya....Allah Maha Mendengar, MahaPengasihani..
Benarkan hati seorang ibu,selagi boleh ..selagi daya ingin bertarung dn berjuang untuk membesarkan anak anak...Walau perit,penuh ranjau onak duri,menangis sendirian dalam membesarkan anak anak kan...Hanya Allah yang tahu segalanya...
Anak anak pula mungkin terkesan dari kesusahan dan penderitaan ibu...Semangat mereka ingin mengubah masa depan...Ingin saya kongsikan mengenai kegigihan dan semangat anak anak..Result UPSR untuk Iktisyam tidak cemerlang mana tapi alhamdulillah..3 A 2B.Bercerita mengenai Ikhtisyam..Hari keluar result,saya kurang sihat tapi sebab untuk tidak kecewakan ikhtisyam saya pun gagahkan diri juga ke Sekolah.Sampai di Sekolah saya lihat ramai pelajar pelajar yang berkeliaran di dewan dan kantin..Ketika itu jam pukul 10.15 pagi,sambil menanti di kantin saya cuba check result melalui sms online...Tak sampai 5 minit,masuk message di phone.Result dah dapat..Mungkin ketika itu Ikhtisyam belum tahu lagi resultnya.
Saya pula cuba mencari Iktisyam di dewan..Result sedang di umumkan di dewan..Saya cuba memerhati Ikhtisyam dari jauh..Result pelajar pelajar yang dapat 5A,4 a 1b dah di umumkan..Dah nampak wajah ikhtisyam hanya tunduk di lantai...Sekarang result pelajar 3 A 2b pula di umumkan..Nama ikhtisyam di panggil untuk ambil slip di pentas...Ikhtisyam naik ke pentas dengan wajah yang muram sangat..Turun pentas Ikhtisyam duduk di belakang sekali sambil tunduk dan menangis..Saya memerhati dari jauh..Terasa sebak sangat..Tapi saya hanya bersembunyi memerhatikan...Ya dia menagis kerana tak nak kecewakan mama...
Seketika selepas itu Ikhtisyam bangun semula ke tempat duduk di tengah semula...Saya pula berjalan menuju ke tempat duduk Ikhtisyam..Ikhtisyam nampak saya terus bersalam dan tunjuk result..Dia minta maaf kerana tak dapat 5A..Dia berjanji akan usaha lebih kuat lagi di masa akan datang.Mama jangan sedih ya.Walau nampak masih sedih tapi Ikhtisyam berlagak seperti biasa..Sebak kan...
Anak anak kuat semangat dan gigih untuk mengubah masa depan..Inshaallah...
Bercerita mengenai Alia Erissha pula,Erissha memang seoarang anak yang sangat rajin,gigih..UPSR alhmdulillah, 5A, PMR 8 A,dan SPM syukur alhamdulillah 9 A.. Erissha memang bercita cita nak sambung belajar dalam bidang perubatan.Kalau boleh nak berkhidmat pada masyarakat nanti.Mungkin terkesan dengan sakit ibu,sakit arwah atuk..Arwah atuk Erissha meninggal sebab kanser buah pinggang stage 4..
Kegigihan Erissha mengulangkaji pelajaran saban waktu..Berkorban tidur ...bangun awal setiap pukul 3 pagi sehingga subuh hanya semata mata untuk mengulangkaji pelajaran...Kegigihan anak anak buat mama sebak..Yang mama mampu hanya doakan anak anak...Moga berjaya dunia akhirat..amin.
Aiman pula result akhir tahun lepas dapat nombor 3 dalam kelas.Alhamdulillah Aiman juga sentiasa cemerlang setakat ni...Masa mesyuarat PIBG tempoh hari ada anugerah untuk pelajar pelajar cemerlang Sekolah Kamil 2,Aiman dapat naik pentas dan terima hadiah..Turun dari pentas berlari lari dapatkan mama bagi hadiah...Sebak mama,teruskan usaha ya Aiman..Moga terus berjaya lagi nanti ya.Mama tak boleh bagi apa apa..Mama tak mampu tapi mama hanya mampu doakan anak anak mama mampu berjaya dunia akhirat.amin..
Selagi mama ada,mama boleh doakan anak anak ya.Tapi kesihatan mama tidak menentu.Impian mama nak terus besarkan anak anak jika Allah izinkan..Ingin melihat anak anak mama berjaya nanti..
Anak anak mama selain rajin belajar,rajin sangat bantu mama...Walau masa banyak bantu mama tapi masih dapat belajar dengan gigih.Berhujan panas sebelum ni tolong mama niaga,tolong mama siapkan packing order.Teman mama pergi ambil serunding...Teman mama lepas balik sekolah pergi pos barang.Nampak mama penat sikit atau tak sihat,anak anak mama pula teruskan kerja mama..Patutla anak anak mama ni pandai pandai ya..Sebab anak anak mama pandai jaga mama.Mama sentiasa redha pada anak anak mama..Pahala jaga mama...
Mama sebak tengok anak anak mama..Mama hanya mampu menangis sendirian..Mama kesian pada anak anak mama dalam usia sebegini dah kena gigih serba serbi..Beza dengan anak anak orang lain yang ibu bapa mereka sihat dan mampu...Tapi mama hanya mampu berbicara sendirian...Mama terfikir sejenab walau anak anak mama terpaksa susah susah,terpaksa tempuh semua ni sekarang,sebenarnya anak anak mamala yang beruntung dan bertuah kerana di uji..Apa yang di tempuhi sekarang banyak mengajar anak anak mama erti kehidupan..Semangat yang ada dalam diri anak anak sekarang moga anak anak mama lebih hebat nanti kelak..amin.
Kebelakangan ni kesihatan mama tak berapa elok...doa mama agar mama dapat terus bertahan...
Impian mama sebagai ibu ingin melihat anak anak mama berjaya di dunia dan akhirat.amin.Buktikan pada pergantungan yang teguh pada Allah dan semua kesusahan dan keperitan itulah pembakar semangat untuk berjaya..